Showing posts with label Yusry KRU. Show all posts
Showing posts with label Yusry KRU. Show all posts

HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akhirnya Mengumumkan Tarikh Perkhawinan Mereka



Berita HOT!

Seperti yang kami tulis semalam tentang pengumuman tarikh pernikahan Yusri dan Lisa Surihani, hari ini Yusri dan Lisa akhirnya meleraikan teka teki tentang tarikh perkhawinan mereka.

Bertempat di Hotel Mariot Putrajaya, Yusri dan Lisa membuat pengumuman kepada media mengenai tarikh pernikahan mereka.


Seperti yang dijangka semua pihak, mereka bakal bernikah awal tahun depan iaitu pada 23 february 2012. Majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Majlis Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Majlis resepsi perkhawinan pula pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Tahniahlah kami ucapkan pada Lisa Surihani walaupun banyak jejaka di Malaysia akan patah hati buat seketika dan tahniah juga pada Yusri. Jangan jadi dulu ok :)



HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akan Mengumumkan Tarikh Pernikahan Mereka Sabtu Ini



Berita hot!

Pelakon hot Lisa Surihani dan Yusri dikhabarkan akan mengumumkan Tarikh Pernikahan mereka selepas lama membisu mengenai tarikh Pernikahan diorang ni. Mereka akan mengumukannya Sabtu ini iaitu esok.

Gambar @ mStar Online


Lisa Surihani dan Yusri yang membuat pengakuan mengenai hubungan cintan cintun mereka Jun lalu dikatakan akan melangsungkan pernikahan awal tahun depan, Tahun 2012.

Tahniah atas berita ini. Hmm, semoga lah hubungan akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. Jangan lah jadi macam yang dulu ye Yusri? :)

Hmm, Lisa pula janganlah nak sembunyi-sembunyi pasal kahwin ni. Ramai jejaka akan terluka dan patah hati tau. :)


Yusri (KRU) Bukan Jadi Pensyarah


Sebelum ni, terbaca mengenai Yusry KRU yang bakal menyertai barisan tenaga pengajar UiTM Shah Alam di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Yusri dikatakan bakal menjadi pensyarah sambilan dan mengajar kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Itu cerita sebelum ni. Namun hari ni, Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar meyatakan bahawa Yusry bukanlah menjadi pensyarah sambilan seperti yang digembar gemburkan. 

Dia hanya akan menjadi salah seorang penceramah jemputan bagi kursus kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu. Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini. - Ezwan Mohd Mokhtar, mStar Online

Jadi dah sah bahawa Yusry (KRU) bukanlah menjadi pensyarah sambilan tapi sebagai penceramah jemputan bagi kursus tersebut. Namun penceramah atau pensyarah, tugas adalah sama iaitu mencurahkan ilmu yang ada. Yusry ni berpengalaman dalam bidang tu, jadi bertuahlah pada sesiapa yang masuk dengar ceramah dia ni nanti.

Jadi korang yang masuk dengar ceramah dia ni, jangan dok tengok muka Yusry sampai tak berkelip mata tu, tapi ambil ilmu yang dia akan curahkan nanti :)