Tips Menulis Entri Yang Menarik

Aku nak tanya korang, bagaimana satu entri tu menarik untuk dibaca? Kalau korang mula baca dah boring, korang nak teruskan tak pembacaan?

Hah, tulah soalan yang perlu dijawab oleh semua penulis, tak kiralah nak tulis blog ke, cerpen ke article atau berita, ada beberapa cara untuk menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Sebenarnya aku pun tak pandai sangat nak menulis dan gaya penulisan pun bukan bagus sangat, tapi dari apa yang aku belajar dan baca, aku nak share sikit tips bagaimana nak tulis sesuatu article atau blog post yang menarik.


1. Attention getter atau unsur penarik perhatian
Sebenarnya tips ni aku belajar semasa mengikuti kelas bahasa english dan salah satu yang diajar ialah bagaimana menulis article yang menarik. Dan perkara pertama ialah letakkan sesuatu yang menarik di permulaan article tersebut. Mungkin sedikit lawak, atau sedikit fakta. Kalau tak pun mulakan penulisan dengan sedikit persoalan yang menyebabkan orang tertanya-tertanya apa cerita seterusnya.

Cuba bayangkan kalau permulaan article tu tak menarik langsung, korang nak baca tak? jika dibandingkan dengan article yang mempunyai pendahuluan yang menarik, mana pilihan hati? Mesti nak baca yang menarik kan? Kalau entri macam tu, paling kurang pun, komen tak payah baca entri. hehe lainlah kalau article tu ada isi yang korang perlu kan?


2. Letak gambar-gambar menarik
Yang ni aku dapat masa baca blog paling famous di Asean iaitu si xiaxue ni. Siapa masih tak tahu siapa dia ni, hah pergi baca blog dia kat sini Xiaxue. KAlau korang nak tau, dia ni kira hebat la juga. Kalau tak, kenapa dia ada post wikipedia tentang sia ni. Nah, korang pergi tengok pula kat wikipedia tentang si xiaxue ni.

Ok, balik pada tips kedua kita, letakkan banyak gambar yang menarik bak kata xiaxue supaya post kelihatan lebih ceria dan menarik perhatian. Kalau asyik perkataan je, mesti boring kan? Lagi lah kalau article tu panjang. So letaklah gambar yang menarik, tapi janganlah keterlaluan sebab terlebih letak gambar pun boleh memberi kesan pada loadtime blog.



3. Gunakan bahasa ringkas
Maksudnya disini bukannya gunakan shortform ok? Tapi gunakan bahasa yang simple dan tak memeningkan kepala nak baca. Kalau korang gunakan bahasa yang sangat complicated, pasti orang yang baca akan berasa bosan dengan entri tersebut lalu blah.

Dan kalau boleh jangan gunakan shortform yang orang lain tak faham. Contohnya korunk, faham tak apa maksud ni? dulu aku tak faham pun maksudnya bila aku masuk dalam satu blog tu. Lepas aku pening-peninfg fikir benda tu, baru aku faham maksudnya korang. huhu.

Ini saja tips yang mampu share disini. Kalau ada sesiapa yang ada tips yang lebih baik, boleh sharekan disini. Sharing is caring kan? :D

Eh, Perempuan Pun Nak Main Raba-Raba

Korang setuju tak kalau aku katakan perempuan dan lelaki ni sama saja?

Namun disebalik kesamarataan terebut, perempuan lebih emosional dan lebih bersikap tertutup dan pemalu, tak seperti lelaki.

Dan sebut pasal pemalu ni, sebenarnya keinginan perempuan sama saja dengan lelaki, kecuali dari segi dalaman la kan? Betul tak? Dan aku setuju juga kalau kata perempuan ni pemalu berbanding lelaki.

Namun, apa yang aku baca dalam akhbar kosmo, 1 mei 2010, seorang askar wanita Ausralia didakwa meraba rakan-rakan lelakinya. Wah, ni kes apa ni main raba-raba? Tapi kejadian raba-raba tersebut berlaku selepas perempuan tu minum arak dan mabuk, menyebabkan dia berkelakuan tidak senonoh.

Ooo, patutlah jadi macam tu kan, rupanya mabuk pula. Hah, tulah, ada orang kata arak tu kencing setan. Lepas minum, buat benda bodoh entah apa. Dah jadi macam setan.

Benarkah Kiamat Semakin Menghampiri

Benarkah ianya semakin menghampiri? aku pun Tatau tapi menurut Ramalan nostradamus, ianya akan berlaku pada 12/12/ 2012. Kalendar Mayan pula terhenti pada tarikh itu menyebabkan banyak ilmuan dari seluruh dunia mengesyaki bahawa ia ada kaitan dengan hari kiamat dunia.

Sebenarnya, aku dah pernah tulis benda ni dalam entri 12 Disember 2012 hari kiamat. Tapi baru-baru  ni, aku ada terjumpa satu gambar dalam facebook (facebook lagi) yang menyatakan Nasa bersetuju ada kemungkinan matahari akan terbit dari barat dan tenggelam di timur. Adakah ini satu petanda bahawa kiamat sudah dekat?

Banyak bukti yang menyokong benda ni, contohnya kalendar mayan tu, dan juga ramalan nostradamus. Siapa yang masih tak kenal dengan nostradamus, pergi baca ni, siapa nostradamus. 

Dan kalau kita lihat keadaan dunia sekarang ni, macam tak mustahil kiamat akan tiba. Dengan sifat manusia yang semakin menjauhi kebaikan dan banyak melakukan kejahatan, kemusnahan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri terhadap bumi, seakan kita sendiri yang menyebabkan dunia ni semakin hancur.

Walaupun kita tidak pasti sejauh mana kebenaran benda ni, namun sama-samalah kita memberi ingatan antara satu sama yang lain. Bersedia sebelum tibanya waktu itu, kerana bila tibanya saat itu, tiada yang mampu kita lakukan kerana ianya datang seperti pencuri dimalam hari. Tidak akan ada yang bagi kita isyarat secara tepat kedatangannya.

England Lega Menjelang Piala Dunia

Berita penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney sudah beransur pulih dari kecederaan buku lali melegakan skuad England menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Sebelum itu kecederaan Rooney meresahkan jurulatih England, Fabio Capello kerana Rooney adalah pemain penting untuk England. Dan rasanya ianya berita menggembirakan buat seluruh penyokong England.

Wayne Rooney dilaporkan cedera selepas beraksi menentang Bayern Munich dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 30 Mac lalu. Dan disebabkan Kecederaan itu, Wayne Rooney terpaksa berehat sehingga tamat saingan Liga Perdana Enggeris musim ini. Ini juga meresahkan Fabio Capello.

Dan yang terbaru, Wayne Rooney mengesahkan bahawa dia sudah pulih selepas menjalani rawatan dan melakukan fisioterapi sepanjang tempoh rehat yang dilaluinya. Dia juga menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk diturunkan dan memberi jaminan akan pulih sepenuhnya menjelang pusingan akhir saingan Piala Dunia di Afrika Selatan jun nanti.

Syukurlah Rooney dah sembuh. Buat. Kalau tak, memang england akan berhadapan dengan masalah. Rasanya peminat England dah boleh tersenyum lebar dengan berita ni. :D

p/s aku peminat setia Brazil :D

Kembali!

Hari mood kembali macam biasa. Tapi lepas ni tak tau pula macamana. Dah jadi macam perempuan mengandung pula aku ni kejap mood baik, kejap pula tak baik. So harap ok je lepas ni.

Anyway, tahniah untuk yuna yang menang besar dalam AIM. Cayalah Yuna, ko memang terbaik. Yuna menang 4 anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Semalam iaitu kategorii Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya.

Yuna juga memenangi kategori kategori Artis Baru Terbaik dan kategori lagu Inggeris tempatan terbaik berjudul Deeper Conversation yang juga ciptaannya sendiri.

Baru je dalam industri tapi dah menang banyak kan? Memang berbakatlah Yuna. So, tahniah sekali lagi. Teruskan usaha untuk lebih maju dan berjaya di masa hadpan. :D Lagu ko memang best.

So, kepada artis Malaysia yang lain kalau nak jadi srtis, lebih baik cipta lagu sendiri macam Yuna. Tak payah nak harap orang lain buatkan lagu untuk korang, baik buat sendiri. Yuna buat lagu sendiri dah menang besar. Itupun kalau berbakat nak cipta lagu. Dan kalau menang, tak payah nak share hadiah, bolot untuk diri sendiri saja. :D

Mood Blogging Membawa Diri

Mood blogging tiba-tiba saja pergi menjauh. Bukan dipinta, tapi ianya datang tanpa diundang. Dengan Masalah masih tak dapat view blog sendiri, buatkan mood blogging aku tiba-tiba hilang. Aku malas menulis, bukan kerana tiada benda nak ditulis, tapi entah.

Aku nak tengok jumlah Visitor kat nuffnang pun tak boleh login website diorang ni. Sangat lambat. Menambahkan lagi mood aku menulis semakin hilang. Aku suspect internet punya pasal, tapi website lain boleh pula aku buka. Laju pula tu.

Aku nak berehat kejaplah dari menulis. Blog murahan macam ni manada orang nak cari pun kalau berhenti menulis.

Nanti kalau aku dah ok balik, aku akan balik juga menulis kat sini.

Entri Aku Penuh Spam Komen

Demi memudahkan pengomen untuk komen dalam blog ni, aku dah disable semua yang difikirkan akan menyusahkan ketika nak komen entri termasuklah word verification. Aku juga cuba tukar blog ni dari nofollow kepada dofollow. Tapi tak taulah berjaya ke tak aku tukar. Tak mahir sangat lagi ni. Yang aku tau, menulis saja.

Dan bila aku ingat blog ni dah mesra readers sikit, ianya menimbulkan masalah lain pula. Salah satu entri aku dipenuhi spam komen. Entri tersebut berkenaan dengan Penangan facebook. Hari tu nak cek email macam biasa. Bila buka email, ada satu email kata anonymous has leave a comment. Aku tak heran sangatlah, mungkin ada anonymous nak drop komen kan.

Tapi semalam, aku dapat lagi email yang sama. Dan bila aku cek email tu, dalamnya hanya alamat web dari mana entah aku pun tatau. Kalau sikit punya komen, oklah. Korang tau, nak dekat 20 komen macam tu. Penuh dengan alamat website yang aku tatau apa bendanya. Nak cek pun malas.

 Sceenshot spam komen tu

Aku yang tengah bengang tak dapat view blog sendiri termasuklah nuffnang bertambah bengang. aku masuk entri tu, nasib dapay masuk walau terpaksa tunggu sejam. Dah tu, aku delete semua komen diorang tu. Cis! Apa punya anonymous yang nak buat spam.
Tulah taktik kotor diorang nak dapat naik Page Rank dengan cepat. Kalau ya nak naik cepat, buatlah cara baik. Ni tak. Hantar entah bot mana lepas tu tinggal komen macam tu. Cis!

Nak enable balik word verification tu, nanti kang ada pula nak suruh buka balik. Nak bagi orang yang ada akaun google je boleh komen, tapi kesian juga dengan anonymous yang betul-betul nak komen kan?

Takpelah, kalau ada lagi senang je. Aku delete satu-satu.

Aku Bengang!!

Aku betul-betul bengang, tak tau masalahnya datang dari mana~

Kalau korang perasan, dah beberapa entri yang aku tak dapat nak reply komen. Dan dah lama juga aku tak lawat blog korang. Lebih-lebih lagi yang tingal jejak kat shoutmix tu.

Sebenarnya aku ada masalah dengan blog ni. Loading time lambat sangat macam siput! Mau aku tunggu sejam nak view blog aku ni tak keluar-keluar juga. Bengang aku jadinya. Dah dua hari macam ni. huhu~
aku hanya boleh baca komen semua dari email. Sedih hatiku. huhu

Aku hanya boleh masuk sampai dashboard blog je. Nak view tak boleh. Semua entri sekarang ni pun buat autopublish je. Malas nak publish on the spot. Takde mood. huhu. Mungkin tak masalah template aku ni? Aku dah suka sangat dengan template ni. aku nak stay dengan template ni. Tak nak tukar lagi. Lagipun aku bukannya pandai bab-bab edit template. Kalau aku pandai, bagilah aku tempalte macamana pun, boleh saja aku transform pergi style yang aku suka.

Kalau korang masuk blog aku ni cepat tak load time dia? Ke sama lambat juga? Macam nuffnang ni pun sama gak. Aku tak dapat nak view pun website ni. Lambat! Nak kata masalah laptop, tak juga. Baru je semalam aku format laptop ni. Lagipun website lain boleh pula aku buka.

Kenapa ye?

Keputusan Kemasukan Ke IPTA Diumumkan Hari Ini


Kepada semua budak-budak lepasan SPM, ini adalah waktu yang ditunggu-tunggu.

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini. Berikut diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Kepada calon yang ingin memeriksa status kemasukan, mereka boleh menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Calon juga boleh memeriksa status permohonan mereka dengan melayari;




Calon juga boleh memeriksa status permohonan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini. Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.

Sumber sini.

2 Dah Lepas, 2 Menunggu

Tajuk entri yang macam pelik. haha

Sebenarnya saja nak cerita bahawa dah dua paper aku dah habis untuk exam kali ni. ETR300 dan subjek aku baru habis semalam, CHM300. Macam senang je soalan semua tapi tulah, lecturer suka buat soalan tricky. Nampak macam Senang, tapi bila buat salah je memanjang. huh~

So, dua dah habis, tinggal dua lagi masih menunggu giliran. Lama lagi, ada dalam enam hari lagi nam tunggu, so sempat lagi nak baca notes semua. Tapi huh gila, ada beratus slide nak kena baca dan nak faham semua? Memang gila la jadinya.

Tapi tulah pasal, siapa suruh tak belajar awal-awal dulu kan? Asyi nak main je, belajar bukan nak ingat. Nak exam, baru terhegeh-hegeh nak baca buku. :P So tips pelajar cemerlang  dari kyuubi, sila baca buku awal-awal dan buat nota dan soalan-soalan past exam. Nanti taklah gelabah dan tension sangat nak dekat exam ya adik-adik. hehe

So, lepas ni aku terpaksa berhempas pulas nak baca untuk baca BIO320 yang belajar pasal taxonomy tu dan CHM360 inorganic chemistry. huh~

Kalau aku tak terupdate blog ni, faham-faham la korang aku tengah berguguran air mata nak hafal nota. hahaha~

Cheers~