Tips Bagaimana Untuk Mendapat Tidur Yang Lena

Sejak beberapa hari ni korang tidur lena tak? Kalau lena, baguslah. Kalau tak, teruskan membaca kerana aku akan share tips bagaimana untuk dapatkan tidur yang lena. Ok?

Tidur itu sebenarnya adalah satu kenikmatan yang percuma. Sebabnya? Kerana kita tidak perlu membelinya. Maka tidak hairanlah kalau ada orang memilih tidur itu sebagai hobi atau untuk melupakan beban dan ketegangan fikiran. Namun terdapat segelintir orang yang mengalami masalah untuk tidur. Kalau yang tak dapat tidur dek gangguan nyamuk tu aku tak hairanlah.


Sebenarnya, masa tidur yang tidak menentu turut menjadi punca seseorang itu sukar untuk tidur. oleh itu jangan ubah waktu tidur anda dan jangan biarkan masa tidur anda kurang. Masa tidur yang cukup adalah diantara 4 hingga 8 jam sehari. ni adalah penting untuk memastikan tubuh anda segar apabila anda bangun keesokan hari. Jadi, kepada yang sukar untuk tidur, disini ada beberapa tips yang anda boleh ikut untuk mendapat tidur yang cukup.

1.Minta kebenaran diri sendiri untuk tidur.
Kadangkala, ketika kita berhadapan dengan tugas yang banyak, ianya membuatkan kita sukar untuk tidur. Ini kerana kita asyik memikirkan tugasan kita tu.Apa kata minta kebenaran dari diri anda untuk tidur. Anda ingatkan diri anda bahawa anda harus berehat demi diri anda. Biarkan diri anda dalam keadaan yang tenang. Anda pasti berterima kasih terhadap diri anda jika anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Buatlah rutin tidur
Cuba lakukan tugas yang sama setiap malam sebelum masuk tidur. Contohnya membaca buku 30 minit sebelum masuk tidur. Dengan berbuat demikian, kita memberi isyarat kepada tubuh supaya bersiap untuk tidur.

3. Pastikan tempat tidur anda selesa.
Cuba pastikan anda dalam keadan yang paling selesa bagi anda. Suasananya, jenis alas tidurnya. Sebenarnya, keselesaan tempat tidur ni bukan sahaja bergantung kepada jenis alas tidur tetapi juga merangkumi suasana tempat tidur anda seperti sejuk, gelap dan jauh dari bunyi bising yang akan menggangu tidur anda.


4. Senaman yang teratur.
Senaman yang teratur dapat meringankan ketegangan diri. Tanpa perasaan tegang dalam diri, pasti tidur pun lena kan? Namun cuba elakkan senaman menjelang waktu tidur kerana ketika kita bersenam, darah akan beredar ke seluruh badan. Ini akan menyukarkan kita untuk tidur. Elakkan juga senaman yang melebihi kemampuan badan. Nanti bukan sihat yang kita dapat tetapi mudarat yang datang.

5. Usahakan tidur yang teratur
Cuba usahakan untuk tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama  setiap hari. Ini akan melatih tubuh anda untuk tidur apabila sampai waktunya. Jam biologi anda sudah setkan masa tersebut untuk tidur. Jadi, apabila anda masuk tidur, tidak akan ada sebarang kesukaran untuk anda untuk tidur kerana tubuh anda sudah dilatih untuk tidur pada waktu itu.

6. Elakkan meminum minuman yang mengandungi kafein
Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mengandungi kafein pada waktu malam, terutamanya kopi dan nescafe. Seperti yang semua tahu, kafein merupakan sejenis dadah yang menggangu sistem otak dimana kesannya lebih kurang sama dengan heroin dan kokain. (sila baca sini untuk lebih lanjut. Kafein dan sini How Caffeine affect us)

7. Jauhi rokok dan alkohol
Amalkan gaya hidup sihat. Kebanyakan perokok memerlukan masa yang lama untuk tertidur dan kadangkala sering terjaga di tengah malam. Meminum alkohol sebelum tidur pula akan membuat anda mudah terjaga.

Masalah sukar untuk tidur ni sebenarnya boleh diatasi dengan mengamalkan cara yang betul. Jangan terlalu cepat untuk megambil ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ni. Cuba ikut tips-tips yang diberikan. Namun jika tidak berjaya, lebih baik untuk anda terus berjumpa pakar perubatan kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.
Semoga tips-tips ni berguna untuk semua. Selamat mencuba!

I Just Love Good Smelling People

Why i just love good smelling people? Pasti semua orang ada sebab tersendiri, dan aku juga ada sebab aku sendiri. Ok, ini adalah kisah benar yang aku nak cerita kat korang semua tentang betapa pentingnya untuk menjaga bau badan kita ni and makes me love good smelling people. huhuhu


Cantik tak gigi si gadis ni. Errkk, gadis ke? aku pun tak tahu. Tapi gigimu la cantik :) Tapi apa pendapat korang kalau gigi je yang cantik, tapi mulut berbau!? Memang muka yang cantik sekalipun korang akan larikan diri dari dorang, betul tak? Aku pun akan buat benda yang sama. huhu

Ni ada berlaku kat aku masa aku nak pergi kelas hari tu. Masa tu aku nak cepat pergi kelas, bila sampai ke perhentian bas, bas dah penuh tapi kerana nak cepat, aku menyumbat juga masuk ke dalam bus. Dalam aku bersesak-sesak dalam bus tu, ada seorang mamat junior aku  berdiri kat sebelah aku ni. Aku tenang je, ala aku senior dia junior so tak payah takut. Tapi tiba-tiba mamat tu bercakap dengan kawanya dan. Adoi mak!! bau mulutnya macam dah seminggu tak gosok gigi! aku yang duduk yang berdiiri disebelahnya tu terpaksa menahan nafas kerana bau mulutnya terlalu menyengat hidung! adoi nak termuntah aku!!. Tak tahan aku dengan bau mulutnya. Nak je aku tenyeh kepala budak tu dan kata, "Eh budak, ko tak berus gigi ke? Apasal mulut ko bau semacam je?" dan suru budak tu pergi berus gigi. Tapi aku tak sanggup.




Kejadian kedua yang aku pernah alami ialah ketika menaiki bus. Bus bandaraya kota kinabalu ni memang akan sesak setiap masa tak kira pagi, siang atau malam. Nak dijadikan cerita, Ahad yang lalu, aku keluar dengan gf aku ke bandar kejap. Yala kan, hujung miggu orang nak bersuka ria melepaskan tekanan selepas seminggu asyik ke kelas je.

Selepas penat berkeliaran, kami pun balik ke terminal bus untuk balik ke kolej. Dan untuk sampai ke terminal bas dari tengah bandar kami perlu menaiki bas bandaraya. Dan semua orang tahu keadaan dalam bas tu bagaimana. Sempit, sesak dengan orang yang berbagai ragam dan bau. Hah! sebut pasal bau ni, masa tu aku terpaksa berdiri kerana semua kerusi dah penuh. Dan masa tu juga seorang pak cik naik dan berdiri disebelah aku. Kerana terpaksa berdiri, pakcik tu memegang rel besi yang ada kat atas, dan terbuka la ketiak dia tu! Dah tu ketiak tu mengarah kat aku. Dan korang tahu tak bau ketiak yang tak pakai deodorant atau bedak dan berpeluh setelah penat seharian bekerja? Bau!!

Aku memandang kearah gf aku dengan muka yang berkerut. Dia faham maksud aku dan tersenyum melihat ke arah aku masa tu.. huhuhu. Dan aku terpaksa menahan bau tu selama 30 minit!! Sikit aku nak cakap kat pak cik tu, 
"pak cik, tak pakai deodorant ke? bau semacam je ketiak tu. Gunalah Adidas action 3, bau ketiak tu akan hilang" 
Tapi aku tak berani nak cakap, kang dilempangnya aku, pengsan aku dalam bas tu.


Eh, kenapa aku nak syorkan pakcik tu gunakan Adidas Action 3? Adidas action 3 ni memang best, ada beberapa kelebihan bila menggunakannya iaitu mengandungi anti perspirant dimana ianya menghalang ketiak kita dari berpeluh dan basah. Adidas action 3 juga menghilangkan bau badan yang kurang enak serta tidak mengandungi alkohol dimana ianya sesuai untuk semua, tak kiralah korang muslim ke tak. Memang bijak! :D So, korang nak tips untuk menghilangkan bau badan? Gunalah Adidas Action 3! :D

Sebab itulah juga Adidas Action 3 bersama Nuffnang membawakan Project Alpha Season 2 dimana ianya akan membariskan Malaysian Top Blogger dan melihat bagaimana kehidupan mereka. sebabnya? Agar mereka ni tidak akan berbau ketika melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang lasak nanti! haha

So, apa yang ditunggu? mari bersama-sama Memberi kaharuman, bukan sahaja diri sendiri malahan kepada semua orang di sekeliling kita agar kejadian yang menimpa aku tu tidak akan berulang lagi!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS!!

Lawatan ke Membakut Sabah

Hai semua. Dah lama aku tak update blog ni sebab aku sibuk sangat. Tambahan pula, lepas balik dari lawatan ke membakut tu, aku penat sangat. Nak kena siapkan beberapa assignment, siapkan proposal summary. Dah tu, internet pula buat hal. So, tak sempat nak update blog aku ni. Tapi tidak mengapa. Di kesempatan ini, aku nak cerita sikit lawatan aku ke membakut ni. Aku dah janji kan? :D

Ok, sebelum tu aku nak bagitau sedikit tentang Membakut ni disebabkan ada yang komen di entri Im off to Membakut Sabah Membakut tu apa? huhu

Ok, Membakut ni sebenarnya satu kawasan kecil di sabah yang terletak dalam Daerah Beaufort. Perjalanan dari kota kinabalu ke Membakut mengambil masa kira-kira 2jam lebih. Namun ianya bergantung pada laju anda driving. Lebih laju, lebih cepat la kan? :)

Inilah peta kedudukan daerah Membakut yang aku snap dari peta pak cik Google. yang bertanda bulatan merah paling atas adalah ibu negeri sabah, Kota kinabalu, manakala yang paling bawah itulah membakut. So, korang dah tahu kan letaknya mana letaknya tempat ni? :)

Tempat ni masih selamat dari arus pembangunan yang pesat. Sesampai sahaja di pekan membakut, my first impression of this place was, tempat ni nampak tak berapa maju. Hanya ada beberapa deret bangunan kedai. itupun bangunan lama. Namun ada beberapa bangunan yang sedang dibina tak jauh dari tempat kami sampai tu. Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang, akan berlaku banyak perubahan di tempat yang aman ni. Siapa yang tahu kan?



Tapi apa yang menarik tempat ini sangat tenang dan tak sibuk jika dibandingkan dengan bandaraya Kota Kinabalu yang sangat sibuk. Hanya beberapa buah kereta yang bergerak pada satu-satu masa. ditambah pula dengan pemandangan alam yang menghijau. huhu. Memang menenangkan. Namun suhu tetap tak boleh lari dari kepanasan alam.

Booth  Celcom Broadband

Tapi ada juga celcom broadband kat tempat ni tau. Walaupun tak maju dari segi fizikal, namun pembangunan dari segi it masih juga seiring dengan tempat lain. :D



hahaha.. ini adalah rakan-rakan group aku yang baru ketika baru sampai disini. Sampai sahaja kat sini, kakak penjual ice cream terus diserbu!! haha. Dah kepanasan sangat, so nak cari makanan yang dapat menyejukkan badan, so ice cream la jawabnya. Weh, aku nak bagitahu satu rahsia, rasanya kalau buat business jual ice cream pasti laku kan? dah la sekarang ni panas semacam je cuaca ni.


 Ini pula adalah ice cream aku yang dah digigit sana sini. hehe.



  

Wah cantiknya rumah. Gambar ni aku ambil semasa masuk ke sebuah kampung dimana kami tinggal semalaman. Tak sangka orang-orang tempat ni banyak duit. korang tengok la rumah tu. Walaupun tempat ni nampak tak berapa maju, namun taraf penduduk disini dah meningkat dari segi ekonomi.



  

Pemandangan disini pun cantik. tengoklah hutan paya bakau ni, cantik kan? kata rakanku, kalau hari dah petang, pasti korang nampak banyak burung bangau bertenggek di sepanjang sungai ni. Tapi kami tak sempat tengok pemandangan tu sebab takut hari nak gelap, so terpaksa balik ke rumah tempat kami menumpang. Alam memang terpelihara disini kan? Rasanya kalau nak lari dari kesibukan kota, boleh la ke sini. Rehatkan badan dan minda serta jauhkan diri dari hiruk pikuk kota. Pasti berbaloi korang datang sini.


  

Dan untuk pengetahuan kprang, kampung yang aku pergi tu namanya kampung Binsulok. Dan rakan aku yang tinggal di kampung ni bagitahu kami sebab kampung ni diberi nama binsulok kerana kononnya pada masa dahulu, tempat ni pernah dijajah oleh orang-orang suluk dari kesultanan sulu tu. Sejauh mana kebenaran benda ni, aku pun tak tahu. Dan korang nak tahu kenapa aku ke tempat ni? sebabnya aku nak tengok orang buat belacan!! haha..  Untuk pengetahuan korang lagi, Kg Binsulok ni terkenal dengan pengeluaran belacan yang terbaik di sabah. Semua orang sabah tahu tentang ni. So, kalau korang datang ke sabah dan nak cari belacan, korang minta dengan penjual tu belacan Membakut. Memang sedap. :) eh, korang suka tak belacan? :) Dalam business proposal tu nanti, aku akan buat buat business belacan la kononnya. Harap-harap la berjaya. haha




Eh, ada orang main bola. :) masa round kampung ni, kami terserempak dengan sekumpulan anak muda sedang bermain bola. Wah bagus, bersukan untuk kesihatan kan? hehe




wah!! ada pantai la. :) wei, di Kampung Binsulok ni juga ada pantai tau. Cantik tempat ni. Sempat lagi kami mandi manda disini. Sebenarnya di pantai ni terdapat sebuah resort tapi kami tak sempat ke sana sebab tempat tu terletak di hujung pantai ni. Jauh, so tak sempat nak kesana.


Wah, cantiknya tempat ni. Mendengar deru ombak disertai angin lembut sepoi-sepoi bahasa memang menenangkan. Aku terlupa sekejap tujuan aku datang kesini untuk belajar dan melihat pemprosesan belacan tu. Dan aku terlupa kejap business proposal aku tu!!



Haha, muka dorang ni lagi. :D kesian kat dorang ni jadi model aku. haha. Ni adalah ahli group aku yang akan buat business proposal tu. Gembira dorang ni dapat bergembira. Yala kan, dah lama tak bergembira macam ni, mestilah nak nikmati sepuas-puasnya kan? :) Thanks niks, azfa, ijan and ida sebab sudi jadi model aku. hehe




Dan semasa aku menyusur pantai ni, aku terjumpa dengan seekor obor-obor yang dah mati ni. Kesian kat obor-obor ni. Tapi takut juga dengan benda ni biarpun dah mati.



Semasa kami dalam perjalanan balik nak pulang, ternampak pula dengan beberapa ekor kerbau sedang mandi-manda di tebing sungai. haha. Kerbau pun nak juga bergembira macam kami. hehe

 inilah diriku yang kacak dan bergaya. hehe. Perhatian, aku seorang lelaki, so jangan panggil aku si cantik manis. Dan jangan ingat aku awek!! huhuhu


semasa berada disini, aku merasakan suasana kampung yang aman dan tenang. Dapat lari sekejap dari kesibukan kota tu membuat hati tenang. Tak sia-sia juga aku kesini, biarpun penat nak buat kerja, namun terbayar juga penat tu. Aku rasa seperti nak lagi datang ke tempat ni, dan kali ni aku nak stay lebih lama lagi. Kata rakanku kalau sempat boleh juga pergi memancing, dan memancing adalah kegemaran aku! Tapi kali ni tak sempat nak memancing. Lain hari aku datang lagi, pasti aku pergi memancing. hehe

So, apa pendapat korang dengan tempat ni?

kalau datang sabah, lawat lah tempat ni, pasti berbaloi. :)

Im off to membakut sabah

Adoi, aku dah penat!! Banyaknya assignment yang aku kena siapkan. entah ada berapa, dah tu minggu depan hari pertama, exam mid sem untuk paper etr 300. Pening Aku. Tapi takpe, hujung minggu ni, aku akan pergi membakut sabah. Aku dengar, tempat ni cantik juga. hahaha. AKu ni orang Sabah, tapi tak pernah sampai ke membakut lagi.

Tapi, aku ke sana pun bukan sebab nak jalan-jalan ok. Aku terpaksa ke sana untuk our business proposal untuk paper etr 300 tu. Kalau yang pernah ambil paper ni, korang tahu la paper ni belajar apa. Aku ke sana nak tengok tapak kilang yang akan kami masukkan dalam proposal tu. huhuhu. 
Tapi harap aku sempat nak jalan-jalan round tempat tu. pas balik nanti aku upload gambar tempat tu cantik ke tak. Nanti korang semua nilai la sendiri. hahaha

ok, tak nak tulis panjang-panjang kali ni. Tapi selama ni aku tak pernah pun tulis panjang-panjang kan? hehe

so, aku tak dapat blogwalking ke tempat korang semua. Harap maaf. dah la internet slow macam siput, banyak lak kerja. Aku janji, pas semua selesai, dan cari masa internet ni tak macam siput, aku akan lawat korang semua ok? :D

ok, sayonara

Mari Baca lawak siri 3

Dah lama kyuubi tak buat siri lawak ni. Jadi untuk kali ni, kyuubi akan sambung siri lawak ni iaitu siri yang ke 3. mari kita sama-sama rehatkan minda di hujung minggu ni sambil baca lawak.



Pada suatu hari 2 ekor Kelawar pemakan darah sedang berehat di dalam sebuah gua. Sedang mereka berehat, tiba-tiba seekor daripada kelawar tersebut berasa lapar.

kelawar 1 : weh kelawar 2, meh kita cari darah. aku lapar la.
kelawar 2 :wei, mana ko nak cari darah siang-siang macam ni? Kita kan biasa cari darah malam  je. ada-ada je ko ni
kelawar 1 : wei! aku lapar la! aku nak juga, aku nak sekarang!

si kelawar 1 pun dah sangat lapar dan bersedia untuk terbang. Dia menoleh kepada rakan kelawarnya itu dan berkata, "ko nak ikut ke tak?"

"Jangan jadi bodoh, ko hanya akan membazir masa je pergi sekarang"

si kelawar yang pertama tidak mengendahkan kata-kata rakannya itu dan terus terbang.  Selang beberapa minit kemudian, kelawar pertama tadi balik semula dengan darah di serata mukanya. Si kelawar ke 2 pun kehairanan kerana memang susah nak cari darah masa siang.lalu dia pun bertanya,

kelawar 2 : "wei, mana ko dapat darah banyak tu masa siang macam ni?"
kelawar 1 : " oh, ko nampak tak pokok besar diluar tu?" sambil menuding jari kearah 1 pokok besar diluar gua.
kelawar 2 :"oh nampak, jelas dan terang lagi"
kelawar 1 :"aku tak nampak"  katanya

hahahahahahaha!!

*Picture taken from google

Pengajaran : fikir dahulu sebelum bertindak. nanti macam kelawar tu, dah tahu tak nampak kalau jalan siang, nak juga jalan.

Kenapa kalau lelaki beli pakaian dalam wanita itu pelik, sedangkan wanita beli pakaian dalam lelaki itu biasa



Tajuk ini mungkin sedikit sensitif, namun aku nak juga share pandangan aku dan pengalaman aku dengan hal ni.

Apa dalam fikiran korang bila tengok tajuk ni? Mesti ada yang menyampah dan ada juga yang tak setuju, betul tak?

Kenapa kalau lelaki beli pakaian dalam wanita itu pelik, sedangkan wanita beli pakaian dalam lelaki itu biasa. Mungkin ada juga yang rasa ianya bukan biasa. Tapi itu dah memang lumrah, cara pemikiran semua orang adalah berbeza. Kan?

Dan aku merasakan ianya pelik. Kenapa? Aku ada beberapa pengalaman yang aku nak share dengan korang semua.

Pengalaman pertama aku semasa berada dalam sebuah kedai pakaian. Semasa aku lalu di bahagian pakaian dalam wanita, a.k.a bra, aku ternampak seorang lelaki dalam lingkungan umur 25-30 sedang tengok bra-bra yang ada disitu, dan sedang dia tengok-tengok bra tu, ada seorang wanita juga berada di tempat tu, dengan pandangan pelik semacam dan penuh tanda tanya melihat kearah lelaki tu. Lelaki itu yang perasan dengan kelakuan wanita tersebut berlalu dengan muka yang malu dan sedikit merah. Dalam Hati aku, kenapa wanita tu tengok lelaki tu semacam je? Mungkin kah lelaki tu nak belikan isterinya benda tu atau mungkin isterinya minta lelaki tu belikan? Siapa tahu kan? Aduh, aku confuse. Kesian lelaki tu, mesti dia berasa malu.
 
Image: 
@yaelshelbia/Instagram)


Pengalam kedua aku dalam kedai pakaian juga. Ketika berada dalam sebuah kedai pakaian, aku ternampak seorang lelaki sedang tengok-tengok bra, dan kemudian dia pun meminta bantuan seorang jurujual wanita untuk mencarikan dia saiz yang dia ingini. Aku nak belikan  untuk isteriku katanya. Sambil tersenyum-senyum, jurujual wanita tu tolonglah lelaki tu pilihkan saiz yang dia ingini. Eh, kenapa nak senyum-senyum orang nak beli. Aku confuse lagi melihat senyuman sumbing wanita itu. Yang tu senyum malu ke, senyum mengumpat?

Satu penglaman aku dengan wanita semasa aku bekerja dengan satu supermarket di tempat aku, bila ada wanita yang beli seluar dalam lelaki, dengan selambanya dorang bertanya dengan aku nak minta saiz, siap nak minta tukar warna kononya dia tak suka warna tulah, tak suka warna nilah.

Kalau hari valentine nak dekat pula, ramailah wanita datang nak beli seluar dalam lelaki. Mulanya aku pelik juga. Tapi ada rakan sekerja perempuan masa tu bagitau aku bahawa wanita gemar memberikan seluar dalam sebagai hadiah hari valentine untuk kekasihnya. Pada wanita di luar sana, betulkah korang suka bagi hadiah ni pada lelaki? Kononnya supaya hubungan yang terbina berkekalan. Aku confuse sekali lagi.

Aku pun heran. Lelaki nak beli pakaian dalam wanita tu orang pandang semacam je, tapi wanita nak beli pakaian dalam lelaki takda pun orang tengok pelik.

Korang semua, betul ke apa aku merepek ni? Korang setuju tak?


Apa pula pandangan korang?

Majlis Penutupan Sukan Antara Program (Supermits)


Sukan Antara Program atau lebih famous sebagai supermits adalah acara sukan tahunan UiTM sabah. Dan rasanya seluruh sistem UiTM pun anjurkan acara sukan ni. Pada siapa-siapa yang belajar dalam sistem UiTM ni, betul kan? :D

Acara sukan ni berlangsung dari 27 Februari, iaitu hari sabtu yang lalu. Dan hari ni adalah hari penutupan acara sukan ni. Banyak acara sukan yang dipertandingkan, antaranya semestinya bola sepak. Ada juga ragbi, bola keranjang. Dan korang nak tahu apa acara yang aku ikut? Aku jadi tukang sorak saja. haha. Aku tak pandai bersukan. Eh, bukan tak pandai, salah statement. Aku malas bersukan. hehe

Dan acara yang paling dinanti adalah acara pertandingan perbarisan antara program. Kalau course korang menang, macam course korang la yang paling hebat untuk supermits pada masa itu. hahaha




 
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan. Course aku yang naju berwarna ungu. Tapi sayang, tak menang la pula. Kalau menang, leh la berlagak dengan yang lain. hehe




Ni pula adalah wakil course aku untuk pertandingan perbarisan ni. Kesian juga dengan dorang ni. Terpaksa berpanas. Sudah lah cuaca sekarang ni panas semacam je.




Ni pula adalah gambar rival course aku. Course Diploma in Public Admin




Bendera Supermits. Setiap Kali Supermits diadakan, bendera ni akan digantung disini menandakan Acara supermits sedang berlangsung. Ala, macam ala-ala sukan olimpik tu.




Datuk Pengarah Kampus Sedang menerima Bendera Supermits yang telah diturunkan Menandakan Berakhirnya Acara Sukan ni.




dan, nilah antara kawan-kawan kau yang sama-sama turun memeriahkan acara ni. weh, caya la korang! rajin juga nak turun. :D




 
Eh, Nor Allfizan dan.. err ssiapa tu? Oo Maria, kenapa tu, malu eh? :D


Walaupun course kami dah kalah, tetap bersemangat. Think Positive! :D Menang kalah adat pertandingan. Kalau tak ada yang kalah, tak best la kan? Manusia takkan berusaha untuk lebih maju kalau asyik menang saja. betul tak?

Acara sukan pun dah tamat, maka aktiviti bersukan pun akan berkurangan. Eh, Mana boleh, sepatutnya kita perlu bersukan sekurang-kirangnya 3 kali seminggu untuk kesihatan. Kalau tak, macam-macam penyakit akan hinggap.

akhir kata, bersukan la demi kesihatan, dan

Majulah sukan untuk negara!

Cheers!

p/s entri kali ni banyak gambar. Harap-harap tak menyebabkan load page aku bertambah lg. huhu

Kalaulah aku Seorang Jutawan

Apa Perasaan anda sekiranya anda bangun lewat pada esok hari dan anda temui sepucuk surat diatas meja dialamatkan kepada nama anda. Bila Korang buka saja, dalamnya sebuah surat berbunyi;

Tahniah!, anda baru sahaja memenangi cabutan bertuah anjuran Nuffnang sendirian berhad berjumlah sejuta ringgit!



wah! mimpi yang tak pernah kesampaian.hahaha

jikalau aku menjadi jutawan macam diorang ni, benda pertama yang akan buat ialah beli kereta. Dan kereta yang aku akan beli ialah,

Ferrari! ni adalah kereta idaman aku sejak sekian lama. Kalaulah aku jutawan, aku mesti beli kereta ni. Boleh juga aku berlagak lebih dengan kereta ni. Budak-budak kampus aku yang temberang bawa kancil pun aku tak tengok dah. Hah, dulu korang temberang kat aku dengan berlagak ngan aku korang bawa kancil saja, hah, sekarang giliran aku la pula nak temberang bawa kereta ferrari pergi kelas. Bolah ke macam tu?

Benda yang kedua aku nak buat ialah Buat Pembedahan plastic!!!  aku nak bagi muka aku ni hemsem ala-ala brad pit.


Sebab dulu cintaku pernah ditolak oleh seorang gadis dan alasannya adalah kerana muka aku ni tak hensem. hah!, sekarang aku dah ada duit berjuta, aku nak buat pembedahan muka. ala, macam alahyarham Michael Jackson tu kan, balik-balik buat pembedahan muka. Bila muka aku dah jadi hensem, boleh la aku berlagak dengan dia, nah muka aku dah hensem, padan muka ko buang aku dulu. huh! nanti kalau dia nak aku balik, aku cakap la kat dia. weh muka tak cantik, ada hati nak laki hensem macam aku?

Aku nak juga pergi melancong dan tempat yang yang aku teringin nak pergi ialah jepun. Kenapa jepun? sebab aku nak tengok bunga sakura. Orang kata bunga sakura ni cantik.

Eh, kejap.. sebelum aku nak pergi jepun, aku nak kawen!! haha.. kenapa? sebab orang kata masa bunga sakura berkembang dan berguguran, romantik. haha.. jadi sebelum pergi jepun, aku nak kawen dulu. pastu berbulan madu di jepun. baru best.. haha

dah berapa kali aku haha sini :D

Dengan duit yang banyak tu, aku nak mulakan perniagaan. Aku memang suka berniaga, tapi sekarang modal aku takda. Jadi tak boleh la nak mulakan perniagaan. Tapi, kalau aku ada duit berjuta, tak payah cakap. esok juga aku mulakan perniagaan aku. Dan aku nak buka business makanan. Kenapa? sebab setiap masa ada saja orang lapar. jadi kenapa kalau orang sentiasa lapar?
banyak la peluang business aku kalau orang sentiasa lapar. Tak berhenti-henti pengunjung nak makan nanti. (itu pun kalau makanan yang dijual tu sedap)




dan benda yang paling baik yang aku nak buat ialah tolong keluarga aku. Walau sejahat manapun aku, aku tetap akan tolong keluarga aku. Aku nak tolong sekolahkan adik-adik aku sehingga tahap yang mereka dah boleh hidup dan cari makan sendiri.

aku juga nak buatkan rumah untuk ibu bapa aku dan bagi mereka duit. selama ni, ibu bapa aku hidup susah nak besarkan kami, jadi inilah masanya aku pula nak bagi hidup mereka senang. bawa mereka pergi melancong.


Akhirnya habis juga duit sejuta tu. haha. so, apa pendapat korang dengan angan-angan aku ni. ok tak. kejam tak aku? haha

sebenarnya entri ini khas untuk menyertai contest anjuran aduka5.blogspot.com iaitu;



Tarikh tutup contest adalah pada 4 mac 2010. Masih ada 2 hari lagi untuk anda menyertai. Jadi jom ramai-ramai kita berangan nak jadi jutawan!!

Ladies, please wash your bra. Or else..

Entri kali ni khas untuk wanita-wanita diluar sana. Walaupun aku ni bukan wanita, tapi gf aku dah suru juga sebarkan benda ni takut terjadi dekat orang lain. Entri ni berkaitan dengan penjagaan kebersihan.

pada wanita-wanita diluar sana, kyuubi nak pesan korang semua agar mencuci bra anda sebersih-bersihnya. Kita tidak tahu kuman apa yang melekat di bra tersebut, dan penyakit apa yang akan datang.

dan aku nak share 1 gambar yang mungkin akan menggelikan dan menakutkan bagi wanita. Kes ni terjadi disebabkan mereka memakai bra yang tidak bersih.

(Atas sebab ada yang komen minta remove gambar ni, aku dah remove gambar ni. Kalau korang nak tengok gambar tersebut, boleh pergi pada link yang aku letak kat bawah tu)



Geli tak? hah, mulai sekarang, korang belajar la menjaga kebersihan. (Tapi sebenarnya ramai juga yang  komen bagitahu gambar tu gambar edit. Mungkin kerja orang-orang yang tak bertanggungjawab diluar sana)

aku, tak nak cerita lebih lanjut tentang gambar ni, korang p la baca di blog WannieBarney atau korang boleh juga jenguk blog



jaga kebersihan, utamakan kesihatan!


mari Jawab Tag

Fuh, dah lama aku tak update blog ni. Dah 3 hari. eh, da lama ka tu? Tapi aku rasa dah lama sangat dah. hehe. Biasalah, masalah internet. Aku menggunakan Wireless internet connection kolej aku. Maksudnya kalau dorang dah off wireless tu, aku tak online la. Dan dalam 3 hari tu, kerja-kerja maintenance wireless tu dilakukan menyebabkan aku tak dapat nak online.. huhu

So, hari ni, buka ja blog, aku dah kena tag oleh si FIT yang terrer bab edit gambar tu. Aku rasa coding pun hebat si fit ni, korang p la jenguk blog dia ni.


Ok, cukup aku nak jawab tag dulu.

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now


 

2) Tell us why you like the wallpaper

Actually i don't like this wallpaper. hahaha. Sebenarnya laptop aku baru aku format, jadi belum jumpa wallpaper yang best, so just biarkan default wallpaper dulu. nanti aku tukar kalau dah jumpa wallpaper yang berkenan di hati.

3) Tag 10 people...

wah banyak ni. Ok, mari tengok siapa yang kena..

1.  MONICA
2.  p3perak
3.  zai
4.  Berd
7.  Sizuka
9.  Feelinblue 
10. Dee


Ok, siap akhirnya aku buat tag ni. Tak pernah lagi aku main tag-tag ni. Best juga rasanya kalau buat sekali-sekala kan? :D

Pada yang kena tag ni, selamat berjaya. Buat, jangan tak buat. ada juga alasan nak update blog. :D