Hai semua. Dah lama aku tak update blog ni sebab aku sibuk sangat. Tambahan pula, lepas balik dari lawatan ke membakut tu, aku penat sangat. Nak kena siapkan beberapa assignment, siapkan proposal summary. Dah tu, internet pula buat hal. So, tak sempat nak update blog aku ni. Tapi tidak mengapa. Di kesempatan ini, aku nak cerita sikit lawatan aku ke membakut ni. Aku dah janji kan? :D
Ok, sebelum tu aku nak bagitau sedikit tentang Membakut ni disebabkan ada yang komen di entri Im off to Membakut Sabah Membakut tu apa? huhu
Ok, Membakut ni sebenarnya satu kawasan kecil di sabah yang terletak dalam Daerah Beaufort. Perjalanan dari kota kinabalu ke Membakut mengambil masa kira-kira 2jam lebih. Namun ianya bergantung pada laju anda driving. Lebih laju, lebih cepat la kan? :)
Inilah peta kedudukan daerah Membakut yang aku snap dari peta pak cik Google. yang bertanda bulatan merah paling atas adalah ibu negeri sabah, Kota kinabalu, manakala yang paling bawah itulah membakut. So, korang dah tahu kan letaknya mana letaknya tempat ni? :)
Tempat ni masih selamat dari arus pembangunan yang pesat. Sesampai sahaja di pekan membakut, my first impression of this place was, tempat ni nampak tak berapa maju. Hanya ada beberapa deret bangunan kedai. itupun bangunan lama. Namun ada beberapa bangunan yang sedang dibina tak jauh dari tempat kami sampai tu. Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang, akan berlaku banyak perubahan di tempat yang aman ni. Siapa yang tahu kan?
Tapi apa yang menarik tempat ini sangat tenang dan tak sibuk jika dibandingkan dengan bandaraya Kota Kinabalu yang sangat sibuk. Hanya beberapa buah kereta yang bergerak pada satu-satu masa. ditambah pula dengan pemandangan alam yang menghijau. huhu. Memang menenangkan. Namun suhu tetap tak boleh lari dari kepanasan alam.
Booth Celcom Broadband
Tapi ada juga celcom broadband kat tempat ni tau. Walaupun tak maju dari segi fizikal, namun pembangunan dari segi it masih juga seiring dengan tempat lain. :D
hahaha.. ini adalah rakan-rakan group aku yang baru ketika baru sampai disini. Sampai sahaja kat sini, kakak penjual ice cream terus diserbu!! haha. Dah kepanasan sangat, so nak cari makanan yang dapat menyejukkan badan, so ice cream la jawabnya. Weh, aku nak bagitahu satu rahsia, rasanya kalau buat business jual ice cream pasti laku kan? dah la sekarang ni panas semacam je cuaca ni.
Ini pula adalah ice cream aku yang dah digigit sana sini. hehe.
Wah cantiknya rumah. Gambar ni aku ambil semasa masuk ke sebuah kampung dimana kami tinggal semalaman. Tak sangka orang-orang tempat ni banyak duit. korang tengok la rumah tu. Walaupun tempat ni nampak tak berapa maju, namun taraf penduduk disini dah meningkat dari segi ekonomi.
Pemandangan disini pun cantik. tengoklah hutan paya bakau ni, cantik kan? kata rakanku, kalau hari dah petang, pasti korang nampak banyak burung bangau bertenggek di sepanjang sungai ni. Tapi kami tak sempat tengok pemandangan tu sebab takut hari nak gelap, so terpaksa balik ke rumah tempat kami menumpang. Alam memang terpelihara disini kan? Rasanya kalau nak lari dari kesibukan kota, boleh la ke sini. Rehatkan badan dan minda serta jauhkan diri dari hiruk pikuk kota. Pasti berbaloi korang datang sini.
Dan untuk pengetahuan kprang, kampung yang aku pergi tu namanya kampung Binsulok. Dan rakan aku yang tinggal di kampung ni bagitahu kami sebab kampung ni diberi nama binsulok kerana kononnya pada masa dahulu, tempat ni pernah dijajah oleh orang-orang suluk dari kesultanan sulu tu. Sejauh mana kebenaran benda ni, aku pun tak tahu. Dan korang nak tahu kenapa aku ke tempat ni? sebabnya aku nak tengok orang buat belacan!! haha.. Untuk pengetahuan korang lagi, Kg Binsulok ni terkenal dengan pengeluaran belacan yang terbaik di sabah. Semua orang sabah tahu tentang ni. So, kalau korang datang ke sabah dan nak cari belacan, korang minta dengan penjual tu belacan Membakut. Memang sedap. :) eh, korang suka tak belacan? :) Dalam business proposal tu nanti, aku akan buat buat business belacan la kononnya. Harap-harap la berjaya. haha
Eh, ada orang main bola. :) masa round kampung ni, kami terserempak dengan sekumpulan anak muda sedang bermain bola. Wah bagus, bersukan untuk kesihatan kan? hehe
wah!! ada pantai la. :) wei, di Kampung Binsulok ni juga ada pantai tau. Cantik tempat ni. Sempat lagi kami mandi manda disini. Sebenarnya di pantai ni terdapat sebuah resort tapi kami tak sempat ke sana sebab tempat tu terletak di hujung pantai ni. Jauh, so tak sempat nak kesana.
Wah, cantiknya tempat ni. Mendengar deru ombak disertai angin lembut sepoi-sepoi bahasa memang menenangkan. Aku terlupa sekejap tujuan aku datang kesini untuk belajar dan melihat pemprosesan belacan tu. Dan aku terlupa kejap business proposal aku tu!!
Haha, muka dorang ni lagi. :D kesian kat dorang ni jadi model aku. haha. Ni adalah ahli group aku yang akan buat business proposal tu. Gembira dorang ni dapat bergembira. Yala kan, dah lama tak bergembira macam ni, mestilah nak nikmati sepuas-puasnya kan? :) Thanks niks, azfa, ijan and ida sebab sudi jadi model aku. hehe
Dan semasa aku menyusur pantai ni, aku terjumpa dengan seekor obor-obor yang dah mati ni. Kesian kat obor-obor ni. Tapi takut juga dengan benda ni biarpun dah mati.
Semasa kami dalam perjalanan balik nak pulang, ternampak pula dengan beberapa ekor kerbau sedang mandi-manda di tebing sungai. haha. Kerbau pun nak juga bergembira macam kami. hehe
inilah diriku yang kacak dan bergaya. hehe. Perhatian, aku seorang lelaki, so jangan panggil aku si cantik manis. Dan jangan ingat aku awek!! huhuhu
semasa berada disini, aku merasakan suasana kampung yang aman dan tenang. Dapat lari sekejap dari kesibukan kota tu membuat hati tenang. Tak sia-sia juga aku kesini, biarpun penat nak buat kerja, namun terbayar juga penat tu. Aku rasa seperti nak lagi datang ke tempat ni, dan kali ni aku nak stay lebih lama lagi. Kata rakanku kalau sempat boleh juga pergi memancing, dan memancing adalah kegemaran aku! Tapi kali ni tak sempat nak memancing. Lain hari aku datang lagi, pasti aku pergi memancing. hehe
So, apa pendapat korang dengan tempat ni?
kalau datang sabah, lawat lah tempat ni, pasti berbaloi. :)
sala...
ReplyDeletewahai kyuubi...
Gambar member jer ke...
Gambar tuan rumah mana....? :)
@maslinamansor,
ReplyDeletehehe.. nak juga ke kak? :)
wah..bagus..lain kali buat lagi post mcm ni.
ReplyDeletealif pun pernah sampai tempat ni.
memang best jalan2 tempat orang.
www.syoknyadownload.blogspot.com
best yea g sabah. jeles yoooo! xP
ReplyDelete*wei! result dh nk kuar.. mggeletar dh ni.. T___T
@alif,
ReplyDeleteoo, dah pnh sampai sini? ya mmg best jln2 tpt org.. aku ni suka travelling sbnrnya.. :D
kalau aku jln p tpt yg best, pasti aku postkan kat sini.. hehee
@maisyara pot!,
ReplyDeletehehe.. mmg best..
mai, bertenang.. bnykkn berdoa ok? moga semuanya ok... yakin pd diri..
kawan aku asl dr membakut..
ReplyDelete>>___<<
ReplyDeletepic lu mana?
ngehehehhehe ~
bangunan kedai2 camtu
dah jarang nampak ~~
ole ole nye mane?
ReplyDeletehehe :D
bestnye berjalan
:D
ntahnye..
ReplyDeletegambar lu mane..
hehe..
akhirnya ku tau jugak kat mana itu membakut
ReplyDeleteala...
ReplyDeleteapala korang ni...
c ubi tu ha...yg baju putih tu... ni mesti tak baca abis ni...
wah besnye!
ReplyDeleteKah kah kah.. Okey okey.. Ku pon ingat kamu awek.. Hahaha.. ;p
ReplyDeleteMenariknya pi jalan2.. Honeymoon pi sini pun best.. Ngeee..
Wah! Rindunya kampung halaman ku. Huhuhu.
ReplyDeletegamba sendri mne doe.
ReplyDeletenk gak ak usya..
ekekee
sabah memang cantik
ReplyDeletenegeri aku tu
err.. tp aku tak pernah lg sampai membakut. pasal sejarah suluk tu betul ler
eh eh kali nie kyuubi upload pic die la.. HAHA
ReplyDelete:P
nice story kyuubi.
hehe
dah macam agen pelancongan :P
sesekali lari dari kota yg sibuk...mst best.. :D
ReplyDeletehahaha aku pla asal beaufort..dkt je nk g membakut tu...tahniah sbb ade kwn2 yg da smpai g sna...
ReplyDelete