Showing posts with label pakaian dalam. Show all posts
Showing posts with label pakaian dalam. Show all posts

Kenapa kalau lelaki beli pakaian dalam wanita itu pelik, sedangkan wanita beli pakaian dalam lelaki itu biasa



Tajuk ini mungkin sedikit sensitif, namun aku nak juga share pandangan aku dan pengalaman aku dengan hal ni.

Apa dalam fikiran korang bila tengok tajuk ni? Mesti ada yang menyampah dan ada juga yang tak setuju, betul tak?

Kenapa kalau lelaki beli pakaian dalam wanita itu pelik, sedangkan wanita beli pakaian dalam lelaki itu biasa. Mungkin ada juga yang rasa ianya bukan biasa. Tapi itu dah memang lumrah, cara pemikiran semua orang adalah berbeza. Kan?

Dan aku merasakan ianya pelik. Kenapa? Aku ada beberapa pengalaman yang aku nak share dengan korang semua.

Pengalaman pertama aku semasa berada dalam sebuah kedai pakaian. Semasa aku lalu di bahagian pakaian dalam wanita, a.k.a bra, aku ternampak seorang lelaki dalam lingkungan umur 25-30 sedang tengok bra-bra yang ada disitu, dan sedang dia tengok-tengok bra tu, ada seorang wanita juga berada di tempat tu, dengan pandangan pelik semacam dan penuh tanda tanya melihat kearah lelaki tu. Lelaki itu yang perasan dengan kelakuan wanita tersebut berlalu dengan muka yang malu dan sedikit merah. Dalam Hati aku, kenapa wanita tu tengok lelaki tu semacam je? Mungkin kah lelaki tu nak belikan isterinya benda tu atau mungkin isterinya minta lelaki tu belikan? Siapa tahu kan? Aduh, aku confuse. Kesian lelaki tu, mesti dia berasa malu.
 
Image: 
@yaelshelbia/Instagram)


Pengalam kedua aku dalam kedai pakaian juga. Ketika berada dalam sebuah kedai pakaian, aku ternampak seorang lelaki sedang tengok-tengok bra, dan kemudian dia pun meminta bantuan seorang jurujual wanita untuk mencarikan dia saiz yang dia ingini. Aku nak belikan  untuk isteriku katanya. Sambil tersenyum-senyum, jurujual wanita tu tolonglah lelaki tu pilihkan saiz yang dia ingini. Eh, kenapa nak senyum-senyum orang nak beli. Aku confuse lagi melihat senyuman sumbing wanita itu. Yang tu senyum malu ke, senyum mengumpat?

Satu penglaman aku dengan wanita semasa aku bekerja dengan satu supermarket di tempat aku, bila ada wanita yang beli seluar dalam lelaki, dengan selambanya dorang bertanya dengan aku nak minta saiz, siap nak minta tukar warna kononya dia tak suka warna tulah, tak suka warna nilah.

Kalau hari valentine nak dekat pula, ramailah wanita datang nak beli seluar dalam lelaki. Mulanya aku pelik juga. Tapi ada rakan sekerja perempuan masa tu bagitau aku bahawa wanita gemar memberikan seluar dalam sebagai hadiah hari valentine untuk kekasihnya. Pada wanita di luar sana, betulkah korang suka bagi hadiah ni pada lelaki? Kononnya supaya hubungan yang terbina berkekalan. Aku confuse sekali lagi.

Aku pun heran. Lelaki nak beli pakaian dalam wanita tu orang pandang semacam je, tapi wanita nak beli pakaian dalam lelaki takda pun orang tengok pelik.

Korang semua, betul ke apa aku merepek ni? Korang setuju tak?


Apa pula pandangan korang?