Showing posts with label etr 300. Show all posts
Showing posts with label etr 300. Show all posts

Bersiap Sedia Perang Besar Akan Bermula

Peperangan dah nak bermula. Dan sebelum pergi berperang, siapkan segala keperluan. Kalau Zaman kegemilangan Melayu Melaka, Hang Tuah dan rakan-rakan seperjuangan pasti sedang mengasah keris, lembing, tombak, parang panjang, parang pendek dan segala macam parang yang wujud pada masa tu.


Kalau masa Si George Bush menyerang Afganistan dan Iraq pula, mesti tengah siapkan kereta kebal, peluru berpandu, peluru tak berpandu, Senapang yang patah dan tak patah, riffle M-16, grenade launcher, dan bermacam-macam lagi launcher dan senapang yang ada. Dah zaman tu takde orang guna parang nak berperang kan?

Aku berperang bukan macam diorang ni ok

Dan esok aku akan berperang. Bukan ke medan perang angkat Riffle M16, atau keris taming sari, Tapi angkat pen mata bola, berserta pembarisnya, pemadam dan segala keperluan perang aku ni. haha Aku akan berperang dalam dewan peperiksaan!

Lebih kurang nilah yang akan aku bawa esok

Esok aku akan berperang dengan First paper exam aku iaitu entrepreneurship. Mesti korang dah baca kan, aku dah berkali-kali mention benda ni kat sini. hah, p baca masa aku pergi melawat membakut pasal subjek ETR ni dan presentation ETR300 aku hari tu.

So, harap segala yang aku dah baca akan aku ingat semasa menjawab exam esok. Kalau tak matilah aku!!

p/s esok nak exam sempat lagi update blog. haha. malam ni akan jadi malam yang paling panjang. Aku takkan tidur supaya dapat baca habis nota-nota aku.

ETR 300 yang memberi tekanan

Macam yang aku pernah coretkan disini beberapa waktu yang lalu, aku sedang on my way in creating a business proposal. Hari tu pun aku p melawat membakut sabah kerana ada beberapa tugasan untuk aku siapkan rancangan perniagaan untuk subjek ETR 300 tu. huh! memang tekanan nak siapkan benda alah ni. dah aku ni bukan business student. kalau aku study business, mungkin aku dapat terima juga. Tapi aku ni tak pernah exposed to business punya subjek. tetiba je kena buat rancangan perniagaan. Tak ke bingung tu?

Tapi syukurlah, dapat juga siapkan benda ni. Dan dah pun present semalam dekat panel tu. Takut kitorang kena tembak bertubi-tubi dengan panel tu. Tapi nasib juga lah tak kena tembak habis-habisan. Kalau tak, nangislah aku dalam tu. 

 Ni la group etr aku. Kesian terpaksa makan dalam kelas demi siapkan benda ni.

Panel tu pun ok, sporting. Tak jahat. huhu. Mungkin nasib aku lah kali ni panel tu ok je. Lagipun sorang je panel tu. Kalau berteman, tak tau lah apa nak jadi.

semua yang dah habis present rasa lega. Semua orang dah boleh senyum.


Tapi, yang belum present kesian. Penat menunggu. kesian dengan Si Suhaino ni.

Tapi akhirnya selesai lah juga. Nasiblah sepanjang kami menyiapkan tugasan ni, lecturer yang kami dapat is the best. Thanks to mr Franklin Hazley Lai for his guidance. Seorang yang sporting dan sungguh dedikasi membantu kami. mana taknya, pas habis kelas terakhir dalam jam 6 petang macam tu, dia terpaksa berdepan dengan kami lagi sehingga jm 8 atau 10 malam bila kami perlukan bantuan dia. Bertuah sungguh kami dapat lecturer macam dia ni.

Hah, ni la dia lecturer kami yang banyak membantu dalam menyiapkan
Business plann tu. Comel kan? hehe. Sori sir, aku curi gambar facebook tanpa kebenaran. :D
Sir memang paling best.

Tapi, yang paling best bila dia belanja kitorang pas habis presentation semalam

Selepas semuanya selesai, makan ramai-ramai di KFC. best! :D
Orang berbaju merah tu adalah panel yang buat assessment on our business proposal. :D

Akhirnya semuanya dah selesai. Tekanan pun dah berakhir. Kepada semua orang, tahniah kerana dapat menyiapkan kerja kita dengan jayanya. Thanks juga pada my group, group belacan yang bertungkus lumus siapkan business proposal kita tu. huhu. Tahniah kepada kumpulan lada epal kerana berjaya jadi kumpulan terbaik dan kepada Hasmah Ashmar, ko yang terbaik sebab dapat jadi presenter terbaik.

Pasni, final exam sedang menanti. huhu

Im off to membakut sabah

Adoi, aku dah penat!! Banyaknya assignment yang aku kena siapkan. entah ada berapa, dah tu minggu depan hari pertama, exam mid sem untuk paper etr 300. Pening Aku. Tapi takpe, hujung minggu ni, aku akan pergi membakut sabah. Aku dengar, tempat ni cantik juga. hahaha. AKu ni orang Sabah, tapi tak pernah sampai ke membakut lagi.

Tapi, aku ke sana pun bukan sebab nak jalan-jalan ok. Aku terpaksa ke sana untuk our business proposal untuk paper etr 300 tu. Kalau yang pernah ambil paper ni, korang tahu la paper ni belajar apa. Aku ke sana nak tengok tapak kilang yang akan kami masukkan dalam proposal tu. huhuhu. 
Tapi harap aku sempat nak jalan-jalan round tempat tu. pas balik nanti aku upload gambar tempat tu cantik ke tak. Nanti korang semua nilai la sendiri. hahaha

ok, tak nak tulis panjang-panjang kali ni. Tapi selama ni aku tak pernah pun tulis panjang-panjang kan? hehe

so, aku tak dapat blogwalking ke tempat korang semua. Harap maaf. dah la internet slow macam siput, banyak lak kerja. Aku janji, pas semua selesai, dan cari masa internet ni tak macam siput, aku akan lawat korang semua ok? :D

ok, sayonara