Showing posts with label angan-angan. Show all posts
Showing posts with label angan-angan. Show all posts

Kalaulah aku Seorang Jutawan

Apa Perasaan anda sekiranya anda bangun lewat pada esok hari dan anda temui sepucuk surat diatas meja dialamatkan kepada nama anda. Bila Korang buka saja, dalamnya sebuah surat berbunyi;

Tahniah!, anda baru sahaja memenangi cabutan bertuah anjuran Nuffnang sendirian berhad berjumlah sejuta ringgit!



wah! mimpi yang tak pernah kesampaian.hahaha

jikalau aku menjadi jutawan macam diorang ni, benda pertama yang akan buat ialah beli kereta. Dan kereta yang aku akan beli ialah,

Ferrari! ni adalah kereta idaman aku sejak sekian lama. Kalaulah aku jutawan, aku mesti beli kereta ni. Boleh juga aku berlagak lebih dengan kereta ni. Budak-budak kampus aku yang temberang bawa kancil pun aku tak tengok dah. Hah, dulu korang temberang kat aku dengan berlagak ngan aku korang bawa kancil saja, hah, sekarang giliran aku la pula nak temberang bawa kereta ferrari pergi kelas. Bolah ke macam tu?

Benda yang kedua aku nak buat ialah Buat Pembedahan plastic!!!  aku nak bagi muka aku ni hemsem ala-ala brad pit.


Sebab dulu cintaku pernah ditolak oleh seorang gadis dan alasannya adalah kerana muka aku ni tak hensem. hah!, sekarang aku dah ada duit berjuta, aku nak buat pembedahan muka. ala, macam alahyarham Michael Jackson tu kan, balik-balik buat pembedahan muka. Bila muka aku dah jadi hensem, boleh la aku berlagak dengan dia, nah muka aku dah hensem, padan muka ko buang aku dulu. huh! nanti kalau dia nak aku balik, aku cakap la kat dia. weh muka tak cantik, ada hati nak laki hensem macam aku?

Aku nak juga pergi melancong dan tempat yang yang aku teringin nak pergi ialah jepun. Kenapa jepun? sebab aku nak tengok bunga sakura. Orang kata bunga sakura ni cantik.

Eh, kejap.. sebelum aku nak pergi jepun, aku nak kawen!! haha.. kenapa? sebab orang kata masa bunga sakura berkembang dan berguguran, romantik. haha.. jadi sebelum pergi jepun, aku nak kawen dulu. pastu berbulan madu di jepun. baru best.. haha

dah berapa kali aku haha sini :D

Dengan duit yang banyak tu, aku nak mulakan perniagaan. Aku memang suka berniaga, tapi sekarang modal aku takda. Jadi tak boleh la nak mulakan perniagaan. Tapi, kalau aku ada duit berjuta, tak payah cakap. esok juga aku mulakan perniagaan aku. Dan aku nak buka business makanan. Kenapa? sebab setiap masa ada saja orang lapar. jadi kenapa kalau orang sentiasa lapar?
banyak la peluang business aku kalau orang sentiasa lapar. Tak berhenti-henti pengunjung nak makan nanti. (itu pun kalau makanan yang dijual tu sedap)




dan benda yang paling baik yang aku nak buat ialah tolong keluarga aku. Walau sejahat manapun aku, aku tetap akan tolong keluarga aku. Aku nak tolong sekolahkan adik-adik aku sehingga tahap yang mereka dah boleh hidup dan cari makan sendiri.

aku juga nak buatkan rumah untuk ibu bapa aku dan bagi mereka duit. selama ni, ibu bapa aku hidup susah nak besarkan kami, jadi inilah masanya aku pula nak bagi hidup mereka senang. bawa mereka pergi melancong.


Akhirnya habis juga duit sejuta tu. haha. so, apa pendapat korang dengan angan-angan aku ni. ok tak. kejam tak aku? haha

sebenarnya entri ini khas untuk menyertai contest anjuran aduka5.blogspot.com iaitu;



Tarikh tutup contest adalah pada 4 mac 2010. Masih ada 2 hari lagi untuk anda menyertai. Jadi jom ramai-ramai kita berangan nak jadi jutawan!!