Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com


** entri ni adalah sticky post sehingga 15/01/2010. Semua update terkini ada di bawah.



wei!!!

korang nak menang duit tak? Senang je... aku ada caranya :D

Ni haa.. Ada contest kat http://www.azizwan.com/ hee...

Tak la sampai beribu hadiah, tapi duit juga kan? tak susah, dan tak perlu buang keringat nak sertai contest ni...

Aku dapat tau contest ni dari http://bytcontest.blogspot.com/2010/01/penyertaan-contest-lekat-menang-anjuran.html ... hehehe.. (skemanya :D)


So kalau korang nak join contest ni, klik kat sini... Jom MENANG DUIT

Hadiah utama adalah Rm50 manakala untuk refferer pula adalah Rm30.. berbaloi gak.. bukan kerja berat punn.. hee

Simple je nak join contest ni.. Buat 1 entri je dah bleh join..

Tarikh akhir nak sertai contest ni adalah pada 13 Januari 2010 tepat jam 11.59pm...

So, cepat rebut peluang ni!!!!!!!!

Hujan Punya Pasal

Sejuknya pagi ni. Hujan tak berhenti-henti dari semalam. Nak berhenti pun kejap je.
dah masuk musim hujan kot. Aku tak ada nak buat apa-apa hari ni. Jadi duduk menghadap laptop je la dan update blog ni sambil tengok-tengok blog orang nak baca cerita yang best.

Sepatutnya hari ni aku keluar dengan gf aku, tapi memandangkan hari hujan, sejuk pula tu, rancangan kami nak keluar hari ni tergendala pula. Dia janji nak belanja aku tengok wayang...hehe
Tapi pasal hujan ni, melepas la aku nak kena belanja tengok wayang hari ni... :(
Pas tengok wayang, nak pekena nasi beriyani... huhu
yang ni pun melepas juga.. tak patut betul la..

So, ada sapa2 di luar sana yang sanggup meredah hujan dan belanja aku?? hehehe..

Heh, tak pe.. nanti minggu depan aku doakan hujan tak turun... Aku nak tagih Bahagian aku!!!



Malunya Aku

Mungkin kalian pun pernah juga melalui kejadian yang memalukan dan ianya berlaku di khalayak ramai. ya tak? negitu juga dengan aku. :D

Kejadian ni baru berlaku petang tadi. masa tu, aku baru je habis kelas. Dah la hari tengah hujan, penghawa dingin pula dipasang pada suhu 16 darjah celsius!!! korang bayangkan la betapa sejuk tu sehingga aku yang kurus kering ni pun menggigil kesejukan! (hei, korang tau ke suhu di london berapa... hehe)

Dengan suhu yang sejuk gila babas ni, korang pun tahu kan yang badan akan mengeluarkan jumlah kencing yang banyak, tapi... ooopppssss!!! Bukan aku terkencing dalam seluar ye... jangan salah faham ye...

So, nak dijadikan cerita, selepas sahaja lecturer aku cakap, class  habis sampai sini saja, aku terus keluar dan pergi ke tandas nak membuang isi "tabung" aku yang dah penuh tu dengan seorang lagi rakan ku, Aaron.

Selesai buang benda yang sepatutnya tu, (korang faham2 la apa yang kau buang ye.. kalau tak faham, buat2 faham aje la)  aku pun nak pergi keluar. Aku terus menuju ke pintu berkaca bersama Aaron. Dan tiba-tiba... ppaaannnggg! Kepala ku terhantuk pada pintu kaca tu... huhuhu
Tanpa menyedari pintu tu tertutup, aku terjah je pintu tu... malunya!! nasib juga tak banyak orang masa tu. huhu

Kalau tak, memang malu besar la aku... huhu

Perlukah word verification bila nak komen?

Patutkah pasang word verification bila orang nak komen?

kadang-kadang tu, aku pun malas nak komen bila kita dah siap tulis dan nak tekan publish post, tiba-tiba keluar pula "pak cik" tu nak minta word verification. Geram you know.

Dan yang tak best bila kita salah masukkan word tu, dia nak minta balik..


Arrrrggggh!!! Geramnya!!!


Pada pendapat saya la kan, tak perlu la nak letak Word Verification tu. Lagipun kalau  takut sangat dengan komen dari anonymous, awak boleh la settingkan tak boleh ada "hantu" tu nak komen. Ya tak? Dan boleh juga settingkan supaya sebelum komen tu kena display, perlu approval dari tuan punya blog. kan senang?

Blog tu sepatutnya kena la mesra pengunjung, barula ok. Tapi kalau blog peribadi dan taknak ada pengunjung, silakan la buat apa yang kamu suka. setuju tak?

Kalau pengunjung nak komen pun senang, ni siap berpantun nak suru komen, tapi bila nak komen, kena pula diverified dulu. Wei, tak ada Alien la nak baca blog...

Ada banyak entri yang aku baca pasal benda-benda yang tak perlu dalam blog tu, dan salah satunya adalah Word Verification ni, tapi ramai yang aku komen, ramai juga yang letak Word Verification tu. Kadang tu siap aku Close terus page dia, tak payah komen.

So, kalau korang tak tahu macamana nak buka word verification tu, meh sini aku bagitau :

1.  Login Masuk akaun anda dan pergi ke Dashboard

2.  Klik Setting pada blog yang nak dibuka word Verification

3.  Pergi ke Comments. Disini, anda boleh set siapa yang boleh komen pada blog anda pada   bahagian Who can comment Dan boleh tick No pada Show word verification for comments untuk   buka fungsi Word Verification.


Orang Malaysia Kuat Makan gula??





Negara kita sejak akhir-akhir ni selalu saja manghadapi satu masalah iaitu kekurangan gula, atau secara simple,  gula habis.

Adakah masalah ini timbul akibat dari perbuatan orang-orang yang tidak berperikemanusiaan? Mereka yang nak mengaut keuntungan kerana pernah keluar dalam berita dimana banyak pihak yang menyorokkan gula hanya kerana mereka nak kerajaan naikkan harga gula.

Atau memang orang malaysia ni kuat makan gula ke?

Baru-baru ni, aku terkejut bukan main. Tak pernah lagi aku alami keadaan macam ni. Hari tu Aku pusing satu pekan tempat aku tinggal ni untuk cari gula pasir, tapi tak jumpa juga. Pemilik kedai yang aku tanya tu just bagitau aku gula habis. Ada juga kedai yang siap bagi notis depan kedai yang gula pasir dah habis dan tiada stok. Pasaraya besar seperti Giant Supermarket pun kehabisan gula??

Kalau macam ni la keadaannya, better kita kurangkan la makan gula ni. Sebenarnya gula ni bukannya baik sangat untuk kesihatan pun. Kan?

Rakyat di negara (Malaysia) ini dilaporkan mengambil 26 sudu teh gula sehari!!! Wah, ni dah lebih ni.. walhal, saranan hanyala 7 sudu teh gula sehari.

So, kepada semua, kurangkan la pengambilan gula ni. Lagipun gula dah naik harga lagi, boleh jimat sikit. Kepada mereka yang suka minum minuman ringan dan yang suka pesan minuman manis kat restoran, ANDA HARUS INGAT BAHAWA SETIAP TIN MINUMAN TU MENGANDUNGI 7 - 8 SUDU TEH!! banyaknya..

Lagipun, gula ni dikaitkan dengan banyak jenis penyakit termasuklah kanser, asma, alahan, diabetes (kencing manis), penyakit jantung, batu karang hempedu, masalah sistem imun, penyakit buah pinggang dan kesihatan mental yang lemah.

Fikir-fikirkan juga statistik 2009 yang menunjukkan 17 peratus daripada 27 penduduk Malaysia menderita diabetes. Diabetes boleh menghasilkan komplikasi iaitu buta, penyakit jantung, kegagalan renal (buah pinggang) dan strok (sakit ahmar)!

Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat negara ini mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. (wei, data betul ni. Aku petik dari laman web Jabatan kesihatan negeri kedah).

So, daripada kita merungut gula dah habis, atau tak cukup, lebih baik kita kurangkan pengambilan gula, bukan sahaja gula dah mahal sekarang ni, malahan ianya juga boleh mungurangkan risiko kita untuk menghidap penyakit.

Dasar manusia Tak senonoh


Memang di dunia ni, terdapat banyak jenis Manusia yang wujud... Dan antaranya adalah manusia yang tak senonoh dan kurang ajar... Mungkin juga tak pernah diajar agama atau tak pernah belajar pendidikan moral, ilmu sivik...

Aku bukannya apa, tapi aku rasakan manusia yang hidup di muka bumi sekarang ni dah banyak yang macam tu. Mungkin nak dekat kiamat, mereka nak nikmati hidup mereka sehabis-habisnya. Apa yang mereka dapat?? Dasar Manusia tak senonoh...

Mungkin negara kita tak ada lagi atau mungkin ada, tapi tak banyak jumlahnya sebanyak negara luar tu. Nasib negara kita ni masih kuat pegangan agama masyaraktanya. (kalau betul lah Andaian aku)

Sebelum aku Postkan benda ni, aku baru dapat aduan dari gf aku, Masa dia nak cek akaun Taggednya tu, ada seorang manusia yang tak dikenali dari negara Luar yang menghantar benda-banda yang tak senonoh a.k.a lucah ke akaun tagged dia. Orang tu nak buat kawan kononnya, then orang tu pun hantarkan gambar-gambar aksi wanita sedang melakukan hubungan seks sesama wanita pada akaun gf aku tu.

Tak ke kurang ajar tu? Kalau bini dia yang dia buat macam tu, aku tak heran la. Tapi ni, orang yang baru dikenali melalui Social Network tu dah nak buat macam tu.

Ada pula jenis manusia yang macam tu kan? Tak sangka aku. Kalau betul dah gian nak benda tu, khawin la. Ni nak buat benda tak senonoh pada orang lain? Teruknya perangai. Memang dasar manusia tak pernah diajar kot. Tak tahu apa-apa.

Kata nak buat kawan, ni lain pula yang dibuatnya. Tak patut betul lah.

So, jangan percaya betul dengan orang luar kalau mereka cakap nak kawan dekat kita. Mungkin mereka ada agenda lain.

Tips Menambah Berat Badan

Ok, kali ini aku nak bagi satu tips iaitu cara untuk menambah berat badan. Entri kali ni khas untuk mereka yang teringin untuk menambah berat badan, sama dengan aku.... :D

Kepada mereka yang dah sedia berat, tak payah la baca, tapi kalau nak juga, baca la... boleh bagi dengan orang lain...

So, siapa yang nak menggemukkan diri, ikutlah tips bagaimana untuk menambah berat badan ni...

1. Makan selalu. ambil 3 hidangan biasa dan 2-3 hidangan ringan

2. Makan lebih banyak daripada biasa. (Aku dah cuba yang ni, memang berkesan :D)

3. Makan makanan yang berkalori tinggi seperti
  
   buah-buahan kering, roti, gandum, kekacang, daging merah.

4. Ambil makanan tambahan, contohnya vitamin,

5. Minuman juga perlu diambil kira, banyakkan minum susu, jus buah-buahan

6. Buat senaman berat untuk menukar kalori berlebihan kepada otot dan mengelakkan pembentukan lemak.

7. Banyakkan mengambil makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, produk tenusu
  
8. Amalkan meminum segelas susu sebelum masuk tidur.

9. Dapatkan tidur yang cukup.


(Cara untuk menambah berat badan ni berkesan juga, ada yang aku pernah amalkan dan kesannya berat badan aku naik 6 kg!!)

Adakah anda percaya bahawa berat badan aku bertambah? Sebelum ni berat badan aku cuma 49kg ja..
Sekarang ini berat badan aku sudah bertambah kepada 55kg!!! hehehe..

Aku amalkan cara yang nombor 2 tu.. Aku makan sebelum tido setiap hari... Dan hasilnya Badan aku naik...
Tapi jangan la ikut cara ni... tidak sihat ni..

So, kepada mereka yang berazam nak tambah berat badan di tahun baru ni, semoga berjaya untuk menggemukkan diri.. hehehehe

Aku kempunan KFC



Malang betul nasib aku hari ni... huhuhu

Korang pernah tak beli makanan, tapi bila bungkusan makanan dibuka, tak ada pula isinya??

Kelmarin sebenarnya aku pulang rumah nak ambil buku-buku rujukan, lagipun kuliah dah mula...
Tapi buku yang aku perlukan masih ada di rumah, so aku pulang la nak ambil...

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku kembali ke kolej...

Kerana Girlfriend aku minta belikan KFC, aku singgah la restoran kfc nak belikan dia...
Lagipun aku mengidam nak makan Zinger burger juga...

Masa order makanan, aku tengok cashier tu pakai Kad Training, tahu la aku yang dia ni baru nak berlatih.. So aku sebut jelas-jelas apa yang aku pesan..

Ni perbualan aku masa nak order...

Cashier : Selamat pagi dan selamat datang ke kfc, makan sini atau take away?
Aku  : Ya selamat pagi, take away..
Cashier : pesan apa?
Aku  : 1 X-meal deluxe..
Cashier : spicy or original?
Aku : saya mahu spicy.. dan 1 snack plate, spicy .. tak nak minuman..

Cahsier tu pun bagitahula aku harganya.. Tapi pastu aku minta nak tambah cheesy wedges...

cashier itu pun tekan-tekan sesuatu pada cash machine dan pack semua pesanan aku tadi..

Aku pun mula la berkhayal macamana aku nak melahap burger kegemaran aku tu nanti... :D

Selepas siap pack semua, cashier tu pun meletakkan pesanan aku tadi sambil aku membayar harga semua makanan aku pesan tadi..

Dengan hati yang berbunga, aku macam tak sabar nak melahap makanan aku tu.. Tapi aku sabar je..

Sampai je aku di kolej, aku bawa la girlfriend aku makan di kafeteria...

Dalam hati aku, aku dah tak sabar nak makan.. Tambahan pula aku lapar masa tu...

Bila aku keluarkan kotak X-meal yang aku pesan tadi, aku pelik sebab kotak tu kempis..macam tak ada isi..

Bila aku buka saja kotak tu, aku terkejut kerana burger yang patut ada dalam x-meal set tu tak ada... huhu..kecewanya hatiku...

Ku hanya mampu berkhayal nak melahap burger tapi realitynya aku tak dapat makan... yang ada hanya seketul ayam dan kentang goreng... huhuhu....

Kalau burger aku tedi lambat siap, biasanya mereka akan bagi nombor dan minta tunggu sebentar... Tapi ni tak pula aku diberitahu untuk tunggu...

Tapi tak apala, mungkin salah aku juga, tak check makanan aku tadi... Lagipun cashier tadi pun masih trainer je...

Nasihat aku la, kalau nak beli bungus makanan, lebih baik periksa dulu..

Nanti karang, terpaksa makan kotak dan plastiknya je la.... isinya lupa nak dimasukkan...

Merokok membahayakan kesihatan


Semakin hari, jumlah perokok semakin bertambah.. Ramai menganggap merokok memberi anda gaya yang hebat, nampak macho, cool..

Tapi sedarkah anda sebenarnya anda sedang mempertaruhkan nyawa anda?

Ramai mungkin tak sedar, atau sedar tapi buat2 tak tahu aje.. dalam sebatang rokok mengandungi banyak racun dan bahan kimia yang boleh memberi mudarat kepada badan manusia..



Seperti gambar diatas, terdapat banyak bahan dalam sebatang rokok.. contohnya arsenic adalah sejenis racun dan boleh menyebabkan kematian, manakala carbon monoxide adalah sejenis gas yang menyebabkan darah tidak mampu membawa banyak makanan untuk diedarkan dalam badan, dan gas ini juga boleh menyebabkan kematian..


gambar diatas pula adalah gambar peparu yang telah rosak akibat daripada aktiviti merokok..

Merokok memberi banyak kesan nagatif kepada perokok iaitu :

1. Bau yang kurang enak melekat pada badan si perokok menyebabkan bau badannya tidak menyenangkan.

2. Bau nafas si perokok yang tidak menyenangkan.

3. Gigi menjadi warna kekuning-kuningan.

4. Merosakkan paru-paru si perokok dan menyebabkan kanser paru-paru.

5. Meningkatkan Tekanan darah si perokok kerana kandungan dadah. Sebenarnya, dadah ini la yang menyebabkan seseorang yang menghisap rokok tidak mengantuk.

6. Racun rokok itu akan merosakkan bahagian badan di sepanjang perjalanannya dalam tubuh manusia sehingga dikeluarkan dari tubuh.

7. Racun dalam rokok boleh larut dalam air dan senang dibawa ke seluruh badan. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami migrain dan serangan jantung.

Banyak lagi kesan yang tidak baik kesan dari menghisap rokok.. Dan ini bukan sahaja memudaratkan si penghisap rokok, malah orang di sekeliling yang tidak merokok tapi terhidu asap rokok.. kesannya adalah sama dengan si perokok..

Kepada wanita yang mengandung, Rokok juga memberi kesan yang tidak baik iaitu,
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan asap rokok kepada anak pula adalah :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


jadi, kepada perokok diluar sana.. berhentilah merokok.. Tiada baiknya anda merokok..

tabiat merokok anda ini hanya akan memudaratkan diri anda, orang di sekeliling, isteri serta anak-anak anda..

Anda tak pernah kelihatan macho atau cool dengan merokok tapi membuatkan bau badan anda busuk..

Jangan Buat Lawak Ketika Makan

Ni nak bagi sedikit nasihat la dekat rakan-rakan di luar sana agar tidak buat lawak masa makan...

korang nak tahu kenapa aku nak bagi nasihat ni??

Korang pernah tak nampak adegan makanan dalam mulut disembur ke muka ketika makan?

Aku baru sahaja melakukannya tadi ketika makan malam!!

Tapi yang ni bukan kat muka, tapi kat badan la..

Masa tu, kami tengah makan malam.. Mula la kawan kami yang seorang ni buat lawak kami semua tak henti-henti ketawa sehingga sampai ke satu tahap yang aku tak dapat kawal ketawa aku... Dan... Burrrrr... makanan yang ada dalam mulut aku tersembur keluar ke arah rakan aku yang duduk di depan aku masa tu.. hahaha

tapi kesian kat dia, nasib aku dapat mengawal mulut aku masa tu, kalau semua makanan dalam mulut aku tu pun habis tersembur keluar... nasibla sedikit aje yang tersembur keluar...

so, nasihat aku, jangan la buat lawak ketika makan.. :D