Showing posts with label Filem Baru. Show all posts
Showing posts with label Filem Baru. Show all posts

The Flying Swords of Dragon Gate Disember Ini Di Malaysia



Dah lama nampaknya aku tak menulis tentang movie-movie baru. Ok hari ni nak cerita tentang filem China terbaru, The Flying Swords of Dragon Gate lakonan Jet Li dan arahan Tsui Hark yang akan ditayangkan di Malaysia 22 Disember ini. Ok serius aku tak kenal dengan Tsui Hark tapi Jet Li? Serius kenal! Dia antara pelakon kegemaran aku selain beberapa nama termasuk Jackie Chan.


Kalau dengan nama Jet Li pasti terfikir adegan bertumbuk, berlawan kung fu yang tak habis-habis. Filem The Flying Swords of Dragon Gate ini juga begitu. Jet Li memang salah seorang pelakon kegemaran aku kalau bab kung fu dan bertumbuk sejak dari dulu lagi.

Sedikit Sinopsis filem ni;

Dalam kerajaan China Zaman dulu, biasalah terdapat sida-sida atau pegawai kerajaan. Malangnya sida-sida ini bukan seperti yang diharapkan. Mereka adalah golongan jahat yang gilakan kuasa dan kekayaan. Mereka menubuhkan pasukan Polis Rahsia yang kejam dan bersenjatakan senjata pelik untuk mencapai impian jahat mereka.

 Picture @ wikipedia

Bekas general yang memimpin kumpulan baik pula dilucutkan jawatan oleh kumpulan sida yang jahat. Demi melindungi orang-orang yang tidak bersalah, General yang dilucutkan jawatan bangkit menentng kumpulan sida jahat.

Kemuncak konflik berlaku di sebuah rumah tumpangan, Dragon Inn dalam kawasan padang pasir negara tersebut. Disinilah pertarungan terakhir yang akan menentukan hidup dan mati mereka.




Filem ini akan ditayangkan pada 22 Disember 2011 Di malayia dalam 2 bahasa iaitu Mandarin dan Cantonese dalam 3D dan dikategorikan sebagai 13PG. So tak boleh bagi tengok pada budak-budak :)

Korang dah tengok Twilight Saga Breaking Dawn Part 1? Kepada Kaki wayang, nantikan pula cerita ni yang akan muncul di Panggung pada 22 Disember ini!


Justin Bieber's Never Say Never 3D Movie


Justin Bieber, penyanyi muda berusia 17 tahun yang menjadi pujaan ramai mendaki 1 lagi anak tangga dalam kerjayanya bila filem yang menceritakan kisah bagaimana dia mendaki ke puncak kemashyuran, Never Say Never 3D Movie bakal ditayangkan tahun ini 2011.


Filem ini mengadaptasikan kisah bagaimana seorang budak yang berasal dari sebuah bandar kecil, iaitu Justin Bieber mencapai cita-cita dan impiannya menjadi penyanyi pujaan ramai. Tonton trailer Justin Bieber's Never Say Never 3D Movie di bawah dan korang akan faham serba sedikit mengenai filem Never Say Never ini.


Filem ini akan mula menemui peminat pada bulan ini, pada tarikh 11 February bermula di USA. Manakala peminat Justin Bieber di Malaysia pula boleh menonton filem ni pada bulan April nanti. Tarikh tayangan filem Never Say Never 3D Movie ni di Malaysia dan Singapore adalah pada 14 April 2011.


Filem Rapunzel : A Tangled Tale (2010)


Masih ingat lagi tak zaman kanak-kanak dulu? Masa masih budak sekolah. Zaman masih manda di sungai beramai-ramai sambil telanjang bulat tanpa memakai seutas benang?

Kalau korang masih ingat, mesti ingat juga dengan cerita Rapunzel. Siapa yang tak pernah baca buku cerita Rapunzel? Serius aku minat buku cerita ni di zaman kanak-kanak aku. Jangan tanya kenapa.

Ok, di zaman yang dah moden ni, akhirnya cerita Rapunzel, si gadis yang ada rambut panjang tu dibawa ke layar filem. Buku cerita ni dah diadaptasi menjadi sebuah filem yang bertajuk, Rapunzel : A Tangled Tale arahan Nathan Greno dan Byron Howard Pernah dengar nama diorang tak? Sorry aku tak pernah dengar. Tak famous kot. heh

Untuk informasi, sebenarnya filem ni belum lagi ditayangkan di pawagam di Malaysia. Tarikh tayangan filem Rapunzel adalah pada 25 November 2010 untuk Malaysia sahaja.

 [ gambar ]

Filem Animasi, Rapunzae ni dibintangi disuarai oleh Mandy Moore, Zachary Levi and Donna Murphy. Nama ni pula kenal tak? Aku kenal Mandy Moore saja. Heh! Fail!

Sedikit sinopsis filem tangled ni, ianya mengisahkan seorang puteri yang berambut panjang bernama Rapunzel yang menghabiskan seluruh hidupnya tinggal dalam sebuah menara. Namun pada suatu ketika, dia jatuh cinta dengan seorang pencuri. Dan bermulalah pengembaraan si Rapunzel ke dunia luar yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Macam best pula cerita ni. Dulu aku baca dalam buku saja. Sekarang dah jadi filem pula. Huh! Rasa nak tengok pula movie ni. Trailer pun aku dah terjah. Macam ada elemen lawak sikit nih. Best!
Ok, yang belum tengok trailer filem ni, jom ramai-ramai terjah trailer Rapunzel ni!



Ingatan Pada Semua, Sayangi Wanita! Jom belajar apa yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser servik


Harga Tiket Wayang Harry Potter And The Deathly Hallows


Memandangkan filem Siri Harry Potter ke 7Harry Potter And The Deathly Hallows akan ditayangkan di pawagam. So sini ada beberapa informasi tentang harga tiket untuk filem ni bagi panggung wayang Golden Screen Cinema, GSC di seluruh negara. Lagipun, ada beberapa orang yang nak cari harga tiket untuk filem Harry Potter ke 7, Harry Potter And The Deathly Hallows. Semangat betul korang ye nak tengok filem ni.

Ok, ini adalah harga tiket untuk panggung Golden Screen Cinema untuk seluruh negara. Harga tiket ni bukan sahaja untuk filem Harry Potter Sahaja tapi juga untuk filem-filem berikut yang akan ditayangkan tak lama lagi di Malaysia. Jom layan...

Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 1
Rapunzel: A Tangled Tale
The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader
Tron Legacy
Gulliver's Travels

Klik untuk besarkan

Harga dipaparkan berdasarkan matawang ringgit. Dipetik dari laman web Golden Screen Cinema.

Tempah Tiket Sekarang Untuk Filem Harry Potter and the Deathly Hallows!


Akhirnya, Sequel filem Harry Potter, Harry Potter And The Deathly Hallows yang dinanti-nantikan  akan menemui peminatnya di Malaysia pada minggu depan! Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan di Malaysia pada 18 November 2010. Namun producer filem tersebut, Warner Bross dijangkakan mengubah jadual tayangan sehari lebih awal iaitu pada 17 November 2010 untuk Malaysia dan Singapore.


Manakala untuk seluruh Asia Tenggara Pula, peminat filem ni boleh menonton filem ni bermula pada 19 November 2010.

Rasanya tak sabar menunggu 17 November ni kan? Aku pun tak sabar nak tengok.Entah dah macamana lakonan diorang ni. Semua dah semakin dewasa. Dengan si Hermione yang semakin cantik dan seksi. Seksi ke dai nanti dalam filem ni nanti? Sama-sama kita nantikan.

So, sesiapa yang tak sabar nak tengok Filem Harry Potter ni, warga Malaysia boleh menempah tiket untuk filam Harry Potter ni di panggung GSC dan juga TGV manakala untuk warga singapore yang tak sabar nak dapatkan tiket boleh menempah tiket di semua panggung wayang negara itu.

Filem  ni sebenarnya dipecahkan kepada 2 bahagian. Mungkin panjang sangat kot filem ni. Bahagian pertama yang akan ditayangkan pada 17 November ni. Manakala bahagian ke 2 pula akan ditayangkan 6 bulan kemudian.

Jadi, siapa yang nak tengok dulu sedutan filem ni, boleh tengok kat Harry Potter And The Deathly Hallow