NuFFnang: Dah Macam Bapa Blogger

Dalam Dunia ni macam-macam cara orang nak tarik perhatian. Dari segi tingkah lakunya, cara berpakaian dan macam-macam lagi.


Kalau si perempuan nak tarik perhatian, mesti nak berhias secantik mungkin. Kalau yang berani sikit pakai lah pakaian seksi sikit. Kalau perempuan pakai pakaian seksi mata gatal mana yang tanak tengok kan?

Si lelaki pula pakai lah smart sikit, leh serlahkan kehenseman. Tak pun pakai pakaian berjenama sikit, mesti orang tertarik nak tengok.

Nuffnang pula disebaliknya.




Selepas beberapa bulan join NuFFnang, dah macam-macam event yang diorang anjurkan. Dari movie screening, minum kopi dengan staff NuFFnang, pergi blogger gathering dan macam-macam event yang best dan boleh menang hadiah lagi tu.

Korang tak caya? Pergi tanya abang Eyriqazz dah berapa banyak dia dapat dari event NuFFnang ni. Kalau tak silap dia pernah mention yang dia dah pernah menang hadiah hampir 7k harga kesemuanya.

aku nampak NuFFnang ni dah jadi macam bapa kepada semua blogger Malaysia ni. Tak pernah rasanya ada benda macam ni di seluruh dunia. Syarikat pengiklanan blog sangat rapat dengan blogger. 

Tengok dengan google, ada dia pernah buat macam ni? Nuffnang je yang pernah buat. Pastu mulalah syarikat lain nak ikut jejak langkah diorang ni. Nuffnang layan semua blogger macam anak diorang je.

Kalau hantar email, cepat je diorang reply email. Aku pernah hantar email awal pagi kat diorang. Petang sikit dah kena reply. ok tak macam tu?

Tapi kita blogger ni yang tak tau nak appreciate. Dah Nuffnang bagi amaran jangan lakukan clik fraud atau menipu klik, nak juga kita buat. Tu maksudnya menderhaka tu. Orang bagi peluang kat kita untuk dapat sedikit kebaikan, kita nak lebih-lebih.

dulu tak pernah ada benda ni. So semua orang anggap blogging ni buang masa je. tapi lepas nuffnang muncul dan tersebarnya kisah redmummy dan kennnysia dapat berpuluh ribu dari blog, semua orang nak buat blog. baik blog sampah mahupun blog tak sampah, nak berebut-rebut join nuffnang dengan mengimpikan rezeki yang sama.



Tapi korang semua lupa, rezeki manusia bukannya sama. Redmummy dapat rezeki dari blog sebab usaha dia. dan mungkin Allah dah jadikan rezeki dia tu dari blog. Kita pula mengimpikan kisah yang sama atas usaha klik-klik ni. baik hentikan sebelum terlambat.

Dan bagi kita semua, pasti ada suatu yang lain menanti kita semua. Dan mungkin juga masanya belum sampai untuk kita dapat rezeki sedemikian.

Percayalah, bila masanya sampai untuk kita, dua tangan kita menadah pun takan cukup untuk menerima rezeki dariNYA.

Bersiap Sedia Perang Besar Akan Bermula

Peperangan dah nak bermula. Dan sebelum pergi berperang, siapkan segala keperluan. Kalau Zaman kegemilangan Melayu Melaka, Hang Tuah dan rakan-rakan seperjuangan pasti sedang mengasah keris, lembing, tombak, parang panjang, parang pendek dan segala macam parang yang wujud pada masa tu.


Kalau masa Si George Bush menyerang Afganistan dan Iraq pula, mesti tengah siapkan kereta kebal, peluru berpandu, peluru tak berpandu, Senapang yang patah dan tak patah, riffle M-16, grenade launcher, dan bermacam-macam lagi launcher dan senapang yang ada. Dah zaman tu takde orang guna parang nak berperang kan?

Aku berperang bukan macam diorang ni ok

Dan esok aku akan berperang. Bukan ke medan perang angkat Riffle M16, atau keris taming sari, Tapi angkat pen mata bola, berserta pembarisnya, pemadam dan segala keperluan perang aku ni. haha Aku akan berperang dalam dewan peperiksaan!

Lebih kurang nilah yang akan aku bawa esok

Esok aku akan berperang dengan First paper exam aku iaitu entrepreneurship. Mesti korang dah baca kan, aku dah berkali-kali mention benda ni kat sini. hah, p baca masa aku pergi melawat membakut pasal subjek ETR ni dan presentation ETR300 aku hari tu.

So, harap segala yang aku dah baca akan aku ingat semasa menjawab exam esok. Kalau tak matilah aku!!

p/s esok nak exam sempat lagi update blog. haha. malam ni akan jadi malam yang paling panjang. Aku takkan tidur supaya dapat baca habis nota-nota aku.

Disqus VS Intensedebate

Kalau korang perasan, baru-baru ni aku dah tukar lagi comment system blog aku ni dari disqus ke intensedebate. Dulu ada orang komen kata lebih baik pilih antara 2 ni, disquss dan intensedebate supaya senang nak reply komen korang. Aku pun setuju juga sebab dulu, masa aku masih guna blogger.com comment system, bengong aku nak reply komen ni. Tapi lepas aku tukar comment system, senang skit nak reply komen.


Disqus Comment System

 

Comment system pertama yang aku guna adalah disqus. Memang senang nak reply komen, tapi aku ada masalah dengan comment system ni. Loading time benda ni aku rasa slow la. Dan lagi satu, masa aku nak post komen memang lambat sangat. Lebih-lebih lagi kalau internet connection memang slow. Disqus juga bagi load time blog aku tambah slow. So, aku tukar Disqus ni.


Intensedebate Comment System

So, lepas guna Disqus, aku beralih la pula pada intensedebate comment system. aku nak cuba sesuatu yang baru dengan intensedebate ni dan tengok apa yang intensedebate boleh bagi kat blog aku. Dan dah beberapa hari aku pasang comment system ni kat blog picisan ni.


Disqus Vs Intensedebate


Lepas menggunakan kedua-dua comment system ni dan buat perbandingan, aku lebih sukakan intensedebate. Walaupun fungsi kedua-duanya adalah sama, namun ada beberapa faktor yang buatkan aku lebih sukakan intensedebate daripada Disqus.

Antara kelebihan intensedebate berbanding Disqus selepas aku menggunakan kedua-duanya adalah loading time intensedebate lebih baik dari disqus. Walaupun tetap lambat, namun jika dibandingkan dengan disqus, intensedebate load time cepat sedikit.

Terdapat juga widget yang best dengan intensedebate ni dan benda ni dah lama aku cari,  iaitu comment luv. Yang ni best sebab widget ni boleh bagi backlink pada pengomen. Benda ni baik untuk kesihatan blog. haha

Dan faktor  terakhir yang memikat aku ialah ianya kelihatan cantik. Boleh customize warna, dengan buttonnya sekali boleh ditukar. pergi je kat dashboard akaun intensedebate, pastu dah boleh tukar ikut kemahuan.


Sebagai kesimpulan, Disqus dan Intensedebate ada kelebihan masing-masing, namun bagi aku, aku lebih sukakan intensedebate.

Korang dah cuba ke comment system ni? So pendapat?


p/s sebenarnya aku nak tukar balik kepada blogger.com comment system tapi aku takut ada yang tak kena nanti. Comment beberapa poast yang guna disqus dah hilang. Aku takut kalau aku tukar, lebih bnyk lg yang akan hilang.

Nafsu yang tidak Terlayan Punca Keretakan Rumah Tangga

Entri yang panas.

Semua orang rasanya dah panas telinga kalau dengar bab-bab keluarag bercerai berai kan? Mungkin kalau orang kebanyakan, tak kita tau sangat. Tapi Artis?? Aku pun tatau

Mengulas tentang keretakan rumah tangga ni dan pasangan cari orang lain diluar, Aku pernah terbaca tentang satu masalah yang dialami oleh seorang wanita iaitu masalah keinginan seks yang tidak dapat dipuaskan oleh suaminya.


Dan yang lebih mengejutkan adalah dia menyatakan keinginannya untuk mencarinya diluar, senang kata wanita tersebut mahu mencurangi suaminya akibat tidak puas dengan suami Mungkin kah perkara ni berlaku pada smemua orang?



Masalah ini rasanya boleh diatasi dengan cara berbincang dengan pasangan masing-masing. Tapi kalau berkaitan dengan seks, rasanya masyarakat dinegara ni masih lagi tidak berani atau malu untuk berbicara tentang ini walaupun dah berkhawin.

Kalau di barat, benda ni rasanya menjadi perkara yang normal untuk dibincangkan. Tapi, kat Negara kita, it’s a taboo. Kalau ada pun, mungkin jumlahnya agak kecil.

Tapi, kalau dah kawin, apa nak malu dengan pasangan kan? Bukan kah tugas pasangan untuk memberikan dan melengkapi satu sama yang lain?


Orang selalu kata, jangan ikut barat. Tapi bagi aku, apa salahnya kalau kita ikut benda yang baik, dan buang benda yang tak baik. Betul tak?

So, dalam masalah seperti ni, perlu diselesaikan dengan cara berbincang untuk mencari jalan penyelasaian. Kalau tak, akan menjadi masalah yang besar dalam rumah tangga dan boleh membawa kepada keretakan rumah tangga, seterusnya kepada perceraian.

kepada yang dah berkhawin, apa pula pandangan anda? Mungkin kah pendapat aku ni tak betul?

Datuk Bung Mokhtar Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah?

Hari tu heboh berita bila terdengar desas desus Datuk Bung Mokthar Kahwin dengan Zizie Ezette Abdul Samad. Ingatkan gosip semata-mata, rupanya betul. So, semua pun cool down dan menerima benda ni. Ada juga mulut-mulut gatal memperkatakan tentang perkhawinan diorang ni, tapi yelakan, lebih baik daripada buat benda tak baik.

Datuk Bung Mokthar Dan Zizie. Credit picture to wargamarhaen

Walaupun banyak mulut kata diorang ni tak padan la, dan Bung Mokthar sendiri mengaku tak hensem, namun dari pemerhatian, bahagia juga diorang ni ya. :D

Dan banyak juga yang cuba mempertikaikan benda ni, namun diorang buat pekak je telinga tu. Dan zizie pun kata yang dia buat benda yang betul. Syukurlah nak kalau betul. :D

Newspaper statement Zizie. Credit picture to Blog Selebriti

Dan lepas tu, semua pun aman. Takde kecoh-kecoh dah. Tapi pagi ni (20 April 2010) aku dikejutkan dengan berita yang aku baru je baca dalam kosmo online. Berita tu sebut Datuk Bung Mokthar akan dijatuhkan hukuman kerana brpoligami tanpa kebenaran mahkamah?? 

Apa kes ni, hari tu kata buat benda betul. Tak nak mengaku salah buat benda tak betul. Tapi tup-tup keluar berita tak ikut peraturan. Kan dah malu tu. Lain kali buatlah ikut peraturan. bukan Orang nak marah kalau nak kahwin, tapi at least ikut peraturan ok?

Macam tak percaya je benda ni. Korang p baca berita kat kosmo ni. Kosmo Online kot-kot aku silap faham. Kalau aku silap faham, gtau aku. huhu

Sanggup tuntut cerai akibat Godaan Pak Hitam??

Apa kes ni pak Hitam ni? Mak oi!!

Sebenarnya benda ni aku terbaca dalam akhbar tempatan tentang seorang nenek (58 tahun, tak nenek lagi ke?) yang sanggup mengheret suaminya yang sakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas menjadi angau dek panahan cinta asmara lelaki warga afrika.
Ehh, bukan laki ni ok? Yang ni aku copet dari Pakcik Google

Biarpun lelaki warga afrika itu ditahan polis kerana didapati Menggunakan dokumen palsu, nenek ni masih tetap “mencintai” pak hitam tu dan menyediakan tiket penerbangan untuk lelaki itu pulang ke negaranya.

Namun disebabkan keadaanya yang menjadi tidak menentu semasa ketiadaan lelaki itu menyebabkan nenek ni datang ke Negara terbabit untuk menemui lelaki itu.

Namun, yang mengejutkan, lelaki tu hidup dengan mewah dan mengaku kemewahannya itu adalah hasil kegiatan jahatnya dengan memperdayakan wanita, bukan sahaja dari Malaysia, tapi juga dari Negara lain.

Dan atas kegilaanya itu, duit simpanan dan tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM600,000 lesap akibat diperdaya oleh lelaki warga Afrika itu.

Wanita ini mengaku cair dengan pak hitam ni selepas termakan janji manis dan mendapat panggilan manja dari pak hitam ni dengan panggilan “sweetheart”, “Baby”, Dan “princess” sehingga terlupa suami yang sedang sakit. Wah, senangnya dipujuk rayu sehingga suami yang sedang sakit pun dilupakan. Ish3

Jadi, kepada mereka yang berada diluar sana terutama wanita, Korang berhati-hatilah dengan benda ni. Kalau kata tak nak suami yang tak romantik, carilah yang romantik. Tengok nenek ni, senang je cair dengan pak hitam ni. Diorang ni bukannya hensem pun kan?

Menurut penganalisis jenayah, wanita Negara ni yang pentingkan nafsu adalah yang mudah terpedaya dengan pak hitam ni. Mereka terlalu pentingkan perasaan sehingga gagal membezakan mana yang betul dan mana yang salah.

Jadi berhati-hatilah. Alasan bahawa diorang ni Menggunakan ilmu hitam tidak boleh diguna pakai. Kalau diorang ni ada ilmu hitam, masakan diorang nak goda perempuan kaya yang dah berusia kan? Mesti diorang cari jutawan muda yang lebih cantik.

 Kalau diorang tu betul ada ilmu hitam,
mesti girl yang cam ni diorang cari kan?

So, pada wanita-wanita diluar sana, jangan mudah terpedaya. Kalau ada lelaki yang tetiba je baik sangat dengan korang, pasti ada udang disebalik mee. Lebih-lebih lagi pada yang dah berumur. Mesti diorang ni nak duit korang je. Kalau tak pun, nak jadi teman pemuas nafsu. Itu saja.

Isi Masa Jawab Tag Kejap

Sebenarnya dah lama tag dari si bella ni, tapi aku takda masa nak buat. Dah la internet ni lambat macam siput, dah tu aku banyak assignment nak kena buat dan submit. Kalau korang perasan, akhir-akhir ni aku jarang update blog ni. Kadang je, kalau ada kesempatan, pasti aku update. Aku kan Hantu blog. haha

Ok, sekarang masa nak jawab tag. :D

1) Adakah anda rasa hot?
Ya, memang sekarang ni sangat panas tu pasal aku rasa sangat hot. :D

2) Upload wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang?


3) Cerita pasal gambar ni?
haha. aku dah lama pakai wallpaper ni. mls sgt nak tukar. So guna yang ni je la. :D

4) Kali terakhir makan pizza?
Sorry aku tak pernah makan pizza. Tak tau kenapa aku tak nak makan. Tapi baru je tadi aku makan KFC. hehe

5) Lagu terakhir anda dengar?
Shut up and drive dari rihana. Lagu ni aku guna untuk presentation aku. huhu

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan Tag ni?
Blogwalking of kos! :D

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Rahsiah sebab sangat buruk. Boleh ke jawab macam tu? hehe

8) Tag lagi 5 orang.

Aku tatau nak tag siapa ni. Ok, siapa yang kena...

2. zai

9) Siapa orang nombor 1 pada anda?
Kenalan alam maya. Aku selalu dtg blog dia dan komen2 tapi skrg ni aku jrg dah tgk tpt dia. sibuk je.

10) Katakan sesuatu pada orang nombor 5
Weh, dah lama aku tak dengar berita dr ko! :D

11) Nombor 3  ada hubungan dengan siapa?
dia ni seorang ibu. Ada hubungan dengan Danish, iaitu anaknya. :D

12) Bagaimana pula dengan nombor 2?
Oo, dia ni budak UiTM kedah belajar dalam Diploma Public Admin. Semester 6. Kalau aku dapat further study kat shah alam mungkin dapat jumpa dengan dia ni. :D

13) Kata Cinta pada nombor 4?
Hah!? Aku rasa tak bermakna kata-kata aku untuk dia. Dia hanya akan dengar apa si Frank Lampard cakap. huhu

14) Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang tag anda.
Dia kata dia ni penskodeng blog aku. huhu. seorang wanita of cos and belajar kat india ye? :D 
itu je yang kau tau pasal dia ni. huhu

So, ni lah hasil dari tag ni. Beautiful blogger ni dah aku tampal, so aku hanya akan tampal yang lagi satu ye cik bella? :D

So, pada yang kena tu, jawab, jgn tak jawab :D




Pele Cabar Lionel Messi

Entri Kali ni Khas Untuk Peminat Bola Sepak.

Rasanya tiada seorang pun peminat bola sepak yang tidak kenal Pele. Betul kan? Aku peminat bola yang tak berapa nak berminat pun kenal pele. Dia adalah legenda bola sepak dunia yang pernah menang piala dunia sebanyak 3 kali bersama brazil. Dia juga digelar Raja Bola. Sunggguh hebat dia ni kan sampai dapat gelaran macam tu.


Hah! Kalau korang baca akhbar metro keluaran ahad semalam, Si Pele ni pula mencabar Pemain muda Argentina, Lionel Messi untuk menjaringkan 1,000 gol sebelum Messi boleh dibandingkan dengan dirinya. Kata Pele, messi ni belum layak digelar pemain terbaik yang pernah ada dalam sukan bola sepak.

Kalau nak menandingi Pele, jaringkan dulu gol 1,000 dan keatas barulah layak. Kalau korang nak tahu, Pele menjaringkan gol sebanyak 1,280 dalam penampilannya sebanyak 1,363. Maksudnya hampir tiap perlawanan Pele akan jaringkan gol. Memang seorang pemain bola sepak yang hebat la Pele.


Namun Dia tetap mengagumi Lionel Messi dan berpendapat Messi ni memang seorang yang hebat. Rasanya ni dah cukup buatkan peminat si Lionel Messi ni senyum kambing. :D

Pele juga pernah meramalkan bahawa si Messi ni akan jadi pemain terbaik Dunia, dan memang betul pun. Beberapa tahun kemudian, si Messi dinobatkan Sebagai pemain terbaik Dunia fifa.

Dalam Konteks Bola Sepak negara kita, kenapa para pemain Negara kita tidak jadikan diorang ni sebagai sumber inspirasi dan berusaha lebih gigih lagi untuk memajukan diri dan meningkatkan mutu permainan. Tanamkan sasaran dalam diri. Jangan dah puas hati bila dah bermain untuk negeri atau kebangsaan. 



Dulu, pasukan bola sepak mampu mengalahkan Pasukan Korea sSelatan serta jepun, kenapa sekarang diorang dah pernah berkali-kali masuk piala dunia, tapi kita masih disini tak ada perubahan. Masih di tampuk yang lama. Nak salahkan siapa?

Cubalah tetapkan sasaran. Biar tinggi melangit. Kalau tinggi melangit pasti akan berusaha untuk mencapainya. Kalau pun tak tercapai, tapi pasti akan ada peningkatan.

Bak kata orang, aim for the sun, and you get the moon.

ETR 300 yang memberi tekanan

Macam yang aku pernah coretkan disini beberapa waktu yang lalu, aku sedang on my way in creating a business proposal. Hari tu pun aku p melawat membakut sabah kerana ada beberapa tugasan untuk aku siapkan rancangan perniagaan untuk subjek ETR 300 tu. huh! memang tekanan nak siapkan benda alah ni. dah aku ni bukan business student. kalau aku study business, mungkin aku dapat terima juga. Tapi aku ni tak pernah exposed to business punya subjek. tetiba je kena buat rancangan perniagaan. Tak ke bingung tu?

Tapi syukurlah, dapat juga siapkan benda ni. Dan dah pun present semalam dekat panel tu. Takut kitorang kena tembak bertubi-tubi dengan panel tu. Tapi nasib juga lah tak kena tembak habis-habisan. Kalau tak, nangislah aku dalam tu. 

 Ni la group etr aku. Kesian terpaksa makan dalam kelas demi siapkan benda ni.

Panel tu pun ok, sporting. Tak jahat. huhu. Mungkin nasib aku lah kali ni panel tu ok je. Lagipun sorang je panel tu. Kalau berteman, tak tau lah apa nak jadi.

semua yang dah habis present rasa lega. Semua orang dah boleh senyum.


Tapi, yang belum present kesian. Penat menunggu. kesian dengan Si Suhaino ni.

Tapi akhirnya selesai lah juga. Nasiblah sepanjang kami menyiapkan tugasan ni, lecturer yang kami dapat is the best. Thanks to mr Franklin Hazley Lai for his guidance. Seorang yang sporting dan sungguh dedikasi membantu kami. mana taknya, pas habis kelas terakhir dalam jam 6 petang macam tu, dia terpaksa berdepan dengan kami lagi sehingga jm 8 atau 10 malam bila kami perlukan bantuan dia. Bertuah sungguh kami dapat lecturer macam dia ni.

Hah, ni la dia lecturer kami yang banyak membantu dalam menyiapkan
Business plann tu. Comel kan? hehe. Sori sir, aku curi gambar facebook tanpa kebenaran. :D
Sir memang paling best.

Tapi, yang paling best bila dia belanja kitorang pas habis presentation semalam

Selepas semuanya selesai, makan ramai-ramai di KFC. best! :D
Orang berbaju merah tu adalah panel yang buat assessment on our business proposal. :D

Akhirnya semuanya dah selesai. Tekanan pun dah berakhir. Kepada semua orang, tahniah kerana dapat menyiapkan kerja kita dengan jayanya. Thanks juga pada my group, group belacan yang bertungkus lumus siapkan business proposal kita tu. huhu. Tahniah kepada kumpulan lada epal kerana berjaya jadi kumpulan terbaik dan kepada Hasmah Ashmar, ko yang terbaik sebab dapat jadi presenter terbaik.

Pasni, final exam sedang menanti. huhu

Pakai Tali Pinggang Keselamatan Ketika Memandu

Cuba Korang bayangkan tiba-tiba korang dapat panggilan dari pejabat polis atau hospital. Pastu diorang bagitau orang kesayangan korang telah pergi buat selamanya akibat nahas jalan raya? Apa perasaan korang? Mesti sedih yang teramat sangat.

Sebab itulah perlunya menjaga keselamatan semasa memandu dan antaranya perlu memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu, bukan sahaja pemandu tetapi juga penumpang di bahagian belakang supaya risiko bahaya dapat dikurangkan. Bukan 100% akan dapat diselamatkan, tetapi kita cuba mengurangkan risiko.

 

Kalau korang ada dengar Radio Hot fm pagi tadi (16 april) Farah Fauzana dan FBI hangat membincangkan tentang betapa kurangnya kesedaran dikalangan pemandu di negara kita ni tentang penggunaan tali pinggang keselamatan terutama di bahagian penumpang belakang.

Aku heran, kenapa eh diorang tak nak pakai? Tak nak selamat ke? Atau rasa diorang tu kebal dan rasa orang lain yang akan kena? Ok, cuba korang fikir, if korang rasa orang lain yang akan kena, bukan korang maksudnya aku atau siapa-siapa. Tapi cuba bayangkan kalau ada 100 orang yang kata benda yang sama, bukan ke korang tu orang lain bagi diorang?



Dan, kalau korang ingat pagi tadi ada seorang pemanggil cerita tentang kematian seorang baby disebabkan hal ni, tak pakai tali pinggang keselamatan di bahagian belakang, hasilnya, baby dia meninggal. Aku dah tak ingat bagaimana ianya berlaku. Kalau korang ada dengar pasti korang tau cerita ni.

Cubalah, jaga keselamatan. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan lah keras kepala sangat. nanti dah berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, baru nak menyesal.

Sesal dahulu, pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.

Berhati-hati dijalan raya!!

Pesanan Khidmat masayarakat dibawakan oleh Kyuubi_85@ Everything Beautiful