Showing posts with label isteri curang. Show all posts
Showing posts with label isteri curang. Show all posts

Wanita Cantik Selalu Curang?



Benarkah wanita cantik selalu curang? Mungkin ada benar, mungkin tidak benar statement ni. Tapi untuk kepastian samaada benar atau tidak, sesiapa wanita yang cantik, sila berikan komen anda benar atau tidak statement ni.


Hormon Estradiol hanyalah hormon sex yang ada pada wanita dan lelaki tetapi lebih dominan pada wanita. Ianya lebih kepada fungsi seks dan juga pembiakan. Untuk bacaan lanjut tentang Estradiol hormon ni sila layari Wikipedia - Estradiol Hormon dan Medical News.

Untuk kes curang atau tidak, bagi aku, ianya bergantung pada diri seseorang tu, bukan semestinya bergantung pada hormon yang diorang ada.

Pernah suatu ketika dulu, aku ada member perempuan yang ku rasa tak secantik mana, tapi selalu pula tukar teman lelaki. Ada juga kes lelaki yang rupa tak hensem, tapi berkali-kali tukar teman wanita. So, susah nak percaya statement ni. tapi, pada siapa yang punyai rujukan untuk kesahihan kes ni, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen.


Nafsu yang tidak Terlayan Punca Keretakan Rumah Tangga

Entri yang panas.

Semua orang rasanya dah panas telinga kalau dengar bab-bab keluarag bercerai berai kan? Mungkin kalau orang kebanyakan, tak kita tau sangat. Tapi Artis?? Aku pun tatau

Mengulas tentang keretakan rumah tangga ni dan pasangan cari orang lain diluar, Aku pernah terbaca tentang satu masalah yang dialami oleh seorang wanita iaitu masalah keinginan seks yang tidak dapat dipuaskan oleh suaminya.


Dan yang lebih mengejutkan adalah dia menyatakan keinginannya untuk mencarinya diluar, senang kata wanita tersebut mahu mencurangi suaminya akibat tidak puas dengan suami Mungkin kah perkara ni berlaku pada smemua orang?



Masalah ini rasanya boleh diatasi dengan cara berbincang dengan pasangan masing-masing. Tapi kalau berkaitan dengan seks, rasanya masyarakat dinegara ni masih lagi tidak berani atau malu untuk berbicara tentang ini walaupun dah berkhawin.

Kalau di barat, benda ni rasanya menjadi perkara yang normal untuk dibincangkan. Tapi, kat Negara kita, it’s a taboo. Kalau ada pun, mungkin jumlahnya agak kecil.

Tapi, kalau dah kawin, apa nak malu dengan pasangan kan? Bukan kah tugas pasangan untuk memberikan dan melengkapi satu sama yang lain?


Orang selalu kata, jangan ikut barat. Tapi bagi aku, apa salahnya kalau kita ikut benda yang baik, dan buang benda yang tak baik. Betul tak?

So, dalam masalah seperti ni, perlu diselesaikan dengan cara berbincang untuk mencari jalan penyelasaian. Kalau tak, akan menjadi masalah yang besar dalam rumah tangga dan boleh membawa kepada keretakan rumah tangga, seterusnya kepada perceraian.

kepada yang dah berkhawin, apa pula pandangan anda? Mungkin kah pendapat aku ni tak betul?