Contest Review Blog Dauspozi.com

Rasanya dah lama kot aku tak masuk mana-mana contest. Malas punya pasal. haha. So demi nak buang rasa malas tu, kali ni aku join la contest blog hijau ni. Hah! siapa tak kenal blog hijau ni sila angkat kaki! kih3

Kali ni dengan bangganya aku akan review blog hijau Dauspozi.com ni sempena contest review blog dauspozi.com. Walaupun rasa macam tak layak je. hihi

Ok benda pertama yang memang tak boleh blah ialah slogan blog ni "Ingat Hijau, Ingat Daus" haha. Memang sure ingat punyalah. aku kenal blog ni masa Gengblogger masih aktif dulut tu hanya dengan slogan ni saja. Syabas Beta!

Template

Ok, kita belek-belek pula template blog ni. Dah slogan main hijau-hijau, template pun memang hijau. Siapa yang minat hijau mesti terkinja-kinja masa baca blog hijau ni. betul tak? Korang jangan nak tipu pula. haha. Warna hijau ni nampak serasi dalam blog ni. Tapi mungkin boleh pelbagaikan sikit warna tu daus. Hijau biasanya matching dengan kuning, so apa salahnya letak kuning sikit ke, warna lain. Supaya blog nampak ceria. :)


Header nampak simple je dan lawa. Tapi nampak serabut sikit. aku tak pasti apa yang buatkan header ni nampak serabut. Mungkin boleh remove perkataan-perkataan kecil kat bawah tu kot. Tak pun bagi perkataan tu warna terang sikit. :)

Dan lagi 1, aku tak jumpa pun blog archieve blog ni. Ataupun page navigation. Susah nak baca entri-entri lama. Mungkin ada sebabnya daus tak letak blog archieve tu. Tapi mungkin lebih senang kot orang nak baca post lama dengan blog archieve berbanding post label je.

Entri-Entri

Ok kali ni kita tengok entri pula. Banyak informasi, review filem dan juga personal blog daus ni. Namanya personal blog kan. Biasalah. Lagipun aku suka gak kalau banyak info. Mesti banyak info menarik blog ni kan. hah, korang tengok follower blog ni dah mencecah seribu! mak ai! aku punya dah setahun blogging baru nak sampai 300. huhu

Gaya bahasa santai yang digunakan juga membuatkan pembaca tak pening kepala baca blog ni. Senang je nak faham isi tersirat dan tersurat. ehehe

Loading page? Aku tak guna speed test tu. Aku guna beruk celcom 512 kbps tak ada masalah masa loading. Syabas beta!

Keseluruhan

Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan prestasi blog ni. Teruskan usaha dan selamat maju jaya! Majulah sukan Untuk negara. ekeke. (gaya macam reviewer profesional)

So pada siapa-siapa yang teringin nak join contest ni, meh ramai-ramai terjah sini! Hadiah pun best gak ni.Boleh menang domain untuk setahun. Siapa yang teringin nak pakai domain sendiri, cepat la join. Manatau nasib korang nak pakai domain sendiri tahun ni. :)

Contest Review Blog Dauspozi.com ini ditaja oleh Ihosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi dan Yiedpozi.

Kalau macam Ni Susahlah

Kerajaan dah naikkan harga Minuman keras dan rokok. Nampaknya banyak pihak akan marah dengan Perdana Menteri dan kerajaan pada umumnya apabila kenaikan harga ni dilaksanakan. Niat kerajaan baik Sebenarnya, namun si penagih arak dan rokok ni tak tahu nak berterima kasih dengan niat baik tu. Kan benda tu haram?? Kenapa nak marah kan?

Tapi langkah ni rasanya tak dapat membendung masalah ketagihan rokok dan arak dikalangan rakyat Malaysia. Mana taknya, kalau harga pasaran untuk barangan rokok dan arak ni naik, industri penyeludupan pula bermaharaja lela.

Terbaru dalam berita kosmo yang aku baca, Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai RM1.8 juta dipercayai diseludup masuk ke Tawau Sabah.

Ni baru sikit beb. Rasanya banyak lagi yang berlaku tapi diorang tak jumpa dan tak dapat tangkap.


Ini Adalah Blog Peribadi

Bak kata Fitrihadi, ini adalah blog peribadi! Aku sokong ko fit. Blog ni juga merupakan blog peribadi. Tempat untuk aku meluahkan perasaan dan menulis apa sahaja yang aku rasakan menarik. Mungkin benda tu tak menarik kat mata orang lain, tapi bagi aku menarik kot. Sebab tulah aku tulis kat blog ni. Tak macam tu?

Tempat aku berkongsi pengalaman hidup aku. Pengalaman yang best dan tak best. Semuanya tersimpan disini. Tapi bukanlah sebagai diari. Kalau diari lain la pula isinya kan. Tak nak aku bagi korang baca kalau blog ni adalah diari. :)

Kadang tu, kalau idea tu datang nak share benda ke, nak share tips ke. Aku tulis la kat sini. Kadang bergaduh dengan cik awek ke, bengang dengan lecture ke. Luahkan juga kat sini. Kan dah namanya blog peribadi. Bukan diari harian, atau blog yang ditetapkan niche.

Teringat komen anonymous kat entry ni hari tu, katanya blog ni macam sampah je. Aku nak bagitau lah sekali lagi. Blog ni adalah blog peribadi tempat aku share semua yang menarik perhatian aku. So maksudnya adakalanya, benda yang aku tulis tu orang lain rasakan ianya sampah, tapi bagi aku ianya suatu yang menarik. Tak macam tu?


Dah Memang Aku Macam Ni

I'm just not in mood today. Masalah sentiasa datang. Hati sentiasa sakit. Walaupun mengharap untuk menikmati suatu kehidupan yang gembira, namun tidak pernah kesampaian hasrat itu. Dem untuk semuanya.

I'm just tired with my life. Cik Zai pernah kata kat aku, What a boring life you have. Kawan aku pun pernah juga bagitau macam tu kat aku. Hidup aku ni bosan katanya. Hidup aku ni sangat membosankan ke? Adakah aku ni sangat membosankan? Sampaikan Cik Awek pun pernah kata. ah awak ni bosanlah!

Entahlah. Aku dah memang macam ni. Nak buat macamana. I just want to live a simple life. Tak suka keluar jalan-jalan kerap sangat. Tak suka tempat ramai orang. Rimas dan bising la. aku lebih suka duduk dalam rumah. menghadap laptop or tv. Berehat dan tidur.

Nak clubbing? Berparti sakan? Aku tak minatlah. Even keluar dengan member kadang aku malas. Bukan tak suka dengan diorang, tapi memang dah sifat aku macam ni. Tak suka bersosial sangat.

Nak bersosial kat facebook? Twitter? tengoklah jumlah frendslist dalam facebook tu. Baru nak sampai 100 lebih. Orang lain dah nak sampai seribu. Online facebook? 15 minit sehari dah cukup.

Entahlah, aku memang macam ni.


Domain Name Paling Panjang

Apa domain name yang paling panjang korang pernah jumpa?

Sebelum tu, siapa yang tak tahu apa tu domain? Kalau anda seorang blogger, mustahil korang tak tahu. Ok bagi yang tak tahu lagi apa itu domain name, domain tu macam alamat sesuatu website atau blog la lebih kurang. Macam blog ni, domain name ialah  http://www.ubipanas.com/

Pendek saja kan? :)

Semalam, tiba-tiba aku tergerak hati nak cek free domain pula. So aku check la kat www.co.cc untuk free domain sebab diorang ni bagi free domain. Tapi biasanya yang aku check untuk setahun je. Kalau untuk lebih dari setahun aku tak tahu pula boleh ke tak.

Bila aku check domain yang aku berkenan tu, keluar pula result macam gambar ni.

Yang lain tu nampak ok lagi. Tapi yang ke 3 tu?? errkk.. aku no komen. Panjang gila! Entah website apa yang ada kat alamat tu. Aku tak check lagi. Kang laman web p0rn0 kan payah. haha.

Aku pernah baca article untuk SEO, tak baik guna domain yang panjang gila nak mampus macam ni. Tak baik untuk kesihatan blog katanya. Entah apa sebabnya. Tak nak google bot tu bingung kot masa nak index website tu. hihi


My Love To You


beautiful picture, gambar cantik



beautiful picture, gambar cantik


beautiful picture, gambar cantik

beautiful picture, gambar cantik

Cara Mudah Untuk Dapat Duit?

Selama aku hidup 25 tahun kat atas muka bumi ni, dalam lebih kurang setahun aku cuba cari cara buat duit paling senang. Yang tak perlu berusaha banyak. Duduk di rumah saja dan duit masuk tanpa henti. Dan hasilnya? Cara untuk buat duit? Aku tak jumpa pun apa cara yang paling senang nak dapat duit. Aku dah search kat internet. Dan banyak yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan senang. Itu hanya mukadimah. Bila dah start betul-betul, barulah kita tahu betapa susahnya nak cari duit. Takde cara senang oi. Semua bergantung pada usaha.

Dan demi duit jugalah ramai antara kita yang menulis blog meletak iklan nuffnang kat blog. Demi nak dapat duit sampingan disamping berblog.

Tapi yang tak best bila ada orang buat klik fraud. Hari tu dah heboh semua blogger pasal klik fraud ni. Aku rileks je biar pun aku dapat email juga dari nuffnang. Sebab semua blogger dok tulis pasal email nuffnang tu. Dan bila dah beransur reda, semua orang dah lupa kot.

Inilah masanya aku pula nak ingatkan kepada semua, janganlah buat klik fraud ni. Tak baik menipu. Kalau nak duit lebat, pi la cari kerja kat luar. Duit lagi lebat masuk poket daripada buat klik fraud 20 sen 1 klik. Apa yang kita dapat?

Kalau nak Buffered earning yang lebat, pi la blogwalking rajin-rajin biar meletup unique visitor tu. Barulah buffered earning pun berani lekat kat blog. ya tak? Tak pun survey nuffnang tu buat betul-betul. anggaplah kita tengah mohon kerja dengan diorang.

So, ingatan sekali lagi. Jauhi Click Fraud! Pandu Cermat jiwa selamat!


Akhirnya Dah Ubah Juga

Hari ini, 16 Oktober 2010 akhirnya berubah juga nama blog ni dari Everything Beautiful kepada Blogger 20 Sen. Memang dah lama nak tukar tapi mood nak tukar tu belum sampai. So hari ni kot mood tu sampai. haha.

Lepas ni, korang jangan ingat pada Everything beautiful lagi k. Tapi ingatlah si kyuubi, blogger 20 Sen ni. Takde benda pun yang beautiful kat dalam blog ni. hihi

Sebenarnya ni adalah salah satu blog rebranding yang aku maksudkan dulu, nak cari nama blog yang lagi unik dan senang nak ingat. Lagipun, rasanya belum ada blog yang bagi nama macam ni kot. Kalau everything Beautiful tu, search kat Google takde keluar punya blog ni. Semua keluar orang putih punya.

Mungkin lepas ni kalau bosan dengan nama ni, nak tukar lagi kot. haha

p/s unik tak nama tu? ke macam sampah?


Wedding Of The Year 2010


Mungkin ramai yang masih lagi di awang-awangan apabila mengingat kembali perkhawinan gilang gemilang angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama buah hati pengarang jantungnya, Dr Harlina Mohd Yunos. Mana taknya, mesti semua teringin nak majlis perkhawinan seperti itu kan? Lebih lebih lagi kaum wanita. betul tak?

Mungkin kisah Penyatuan 2 hati, Dr sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh dinobatkan sebagai wedding of the year pada tahun ni. Mana taknya, menurut laporan tv3, siaran perkhawinan mereka pada 10 oktober lalu meraih jumlah penonton sebanyak 3.2 juta! Dashyat betul penangan angkasawan kan?
 Semoga Bahagia hingga ke anak cucu ye :)

Dah jadi wedding of the year, jangan pula jadi macam yang lain ye. Buat majlis berjuta-juta, lepas beberapa tahun bercerai. Apa kejadahnya? Baik tak payah khawin kalau macam tu. Buat la style koboi. Dah puas cari lain. Lepas tu ganti lagi sampai puas.

Dan pada lelaki diluar sana termasuk diri aku sendiri, jom kita ramai-ramai jadi angkasawan. Mesti senang je nak jadi popular. Dan mesti ramai anak dara cair bila tengok korang. Ni baru anak dara. Belum kira anak tak dara dan bini orang. hihihi gurau je.

Dibandingkan semasa perkhawinan Datuk Siti Dengan Datuk K dulu, siapa lagi hebat? Siapa lagi punya lebih banyak penonton semasa siaran langsung?

Wa tak kisah, wa rileks je.


Kanye West Edar Gambar Bogel Sendiri


Berani betul penyanyi rap seorang ni. Kanye West baru-baru ni dikatakan telah merakam gambar bogelnya sendiri dan mengirimkan kepada beberapa orang perempuan. Namun perbuatan itu memakan diri apabila gambar bogelnya itu dijual pula kepada agensi-agensi media antarabangsa.


Menurut sumber, gambar bogel kanye tu memperlihatkan dia beraksi di hadapan kamera tanpa seurat benang dan mengenakan cermin mata hitam dan rantai emasnya.

Tulah kau kanye, dah la artis. Siapa yang tak nak kalau dapat gambar yang panas macam ni kan? Dan lagi satu, jangan lah bodoh sangat nak edar gambar bogel sendiri pada siapa pun termasuklah orang yang paling rapat. Kita tak tahu apa diorang akan buat dengan gambar tu nanti.
Si Kanye ni takpe. Dia tak kisah kot. Sebab dia ni pun suka berbogel. macam-macam dunia ni.