Showing posts with label Nicholas Cage. Show all posts
Showing posts with label Nicholas Cage. Show all posts

Movie Review: Season Of The Witch


Kalau korang peminat filem yang boleh menyebabkan adrenalin mengalir laju dan filem yang penuh dengan persoalan, Filem Season Of The Witch arahan Dominic Sena lakonan Nicholas Cage adalah salah satu filem yang boleh dipilih sebagai pembukaan tahun 2011 ni.


Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 6 januari 2011, dan semalam, aku berkesempatan menonton filem Season Of The Witch ni kat Times Square GSC.

Filem Season Of The Witch ni mengisahkan Behmen, seorang knight lakonan Nicholas Cage dan Felson, lakonan Ron Perlman pada abad ke 14 cuba menghantar seorang wanita yang disyaki sebagai seorang ahli sihir yang menyebabkan wabak penyakit yang membawa maut ke sebuah tempat terpencil dimana terdapat paderi yang akan menentukan samaada wanita tersebut, lakonan Claire Foy bersalah ataupun tidak.

Mereka menempuh bermacam rintangan dalam perjalanan ke tempat itu sehingga 2 orang rakan mereka terbunuh. Tengok Trailer filem Season Of The Witch ni dulu.


Filem ni menarik, dengan idea cuba ditonjolkan. Cara penceritaan dan juga cara cerita ini berkembang. Filem ni juga memnpunyai unsur yang kejutan dan penonton akan tertanya-tanya apa akan terjadi selepas ini.

Namun beberapa kelemahan dalam filem ni seperti watak ahli sihir wanita tidak ditonjolkan dengan baik, dan aku tertanya-tanya pada permulaan filem ni dari mana datangnya wanita tersebut. Dan dari watak wanita tersebut, dia kelihatan seakan seorang yang bersalah, tapi mereka tidak dapat memutuskan samada wanita itu tidak bersalah atau tidak.

Lakonan Nicholas Cage sebagai seorang knight pada kurun ke 14 juga juga seakan tidak berkesan berbanding dengan watak hero Cage dalam filem-filem zaman moden.

CGI filem ni juga tidaklah sehebat mana walaupun kita tahu bahawa teknologi CGI filem-filem Hollywood hebat-hebat belaka. Watak Ahli sihir yang menonjolkan diri sebenarnya pada penghujung cerita tidak memberi kesan. Dia hanya kelihatan seperti seekor kelawar besar dan penutup cerita ini tidak sebaik yang dijangka.

Pada keseluruhannya, aku nak bagi juga 3 bintang  dari 5 untuk filem ni dengan debaran dan plot cerita yang bolehlah memuaskan nafsu menonton filem aku. Berbaloi juga dengan RM8 harga tiket, walaupun filem ini tak seperti yang aku dijangka.