Blog Kena Banned Oleh Google!

Pernah tak terfikir yang blog kita kena banned oleh Google? Mungkin Ramai yang tak tahu, tapi rasanya otai-otai ramai yang tahu tentang ni. Aku pun baru saja tahu tentang ni. Dan kalau blog tu kena banned, memang susah kot nak dapat traffic dari search engine walaupun seo yang hebat dan pagerank yang tinggi.

Banyak sebab google banned blog atau website tu. Antaranya adalah melakukan spam, atau mengulang keyword tertentu dalam jumlah yang banyak. Contohnya, Datuk Siti Nurhaliza mengandung. Dalam blog pots, korang ulang keyword Datuk Siti Nurhaliza mengandung sebanyak 20 kali. Ini akan menyebabkan Google akan anggap post tersebut adalah spam. Ini hanya contoh, aku bukan pandai bab seo pun.

Jadi bagaimana nak check kena banned ke tak? Jangan risau sebab ada tools yang boleh digunakan untuk check samada blog dibanned atau tidak

Ok, sini adalah cara nak tahu blog kita ni kena banned atau tidak. Just Masukkan Domain anda dan tekan check! :)


Check domain: http://
(eg. www.iwebtool.com)

Powered by iWEBTOOL

Selamat mencuba!


Serangan 3 Serangkai

Memang dashyat aku kena serang kali ni. Sekali 3 yang serang. huhu. Memang penat gila! Hari tu dah kena masa perang besar ni. Kali ni aku diserang lagi, tapi taklah sebesar hari tu. Tapi memang payah! Ada ke patut, dalam sehari tu 3 test sekaligus! cet!

Lu bayangkan, jam10.30-12.30 tengah hari test. Jam12.30-2.00 petang test lagi. Jam2.30 test lagi. Tak ke pening tu?!

Waduh. Lu ingat wa ni robot ke, boleh kerja 24 jam tanpa henti? Main tekan suis on je, terus kerja tanpa henti sampai tekan suis off. Robot pun boleh rosak juga tau. Sampai ke saat ni, kepala masih pening-pening lalat sebab minum nescafe berlebihan nak tahan tidur. Boleh dapat extra time nak study.

Tapi kesannya? Macam kepala ni berputar ligat 360 darjah ke utara dan selatan. Waduh, nampaknya aku kena teruskan usaha untuk tidur beberapa hari nak ganti tidur yang tak cukup ni. Dah la aku ni jenis tidur 14 jam sehari pun tak cukup. cet!

p/s Kalau dah kerja, penangan dia msih macam ni lagi ke, or boleh bersenang lenang sikit? huhu


Model Kereta Terbaru Proton Inspira

Akhirnya, penantian untuk melihat model kereta terbaru dari proton terjawab dengan pelancaran model terbaru mereka, Proton Inspira. Beberapa minggu yang lepas, kedengaran ura-ura kereta terbaru proton ni. Namun tidak ada berita spesifik tentang kereta ni. Dengan pelancaran Inspira ni, penantian akhirnya berakhir jua.

Inilah pandangan hadapan Proton Inspira
Gambar Mstar

Ini hanyalah preview sebelum model inspiran ni dilancarkan secara rasminya pada 10 November 2010. Harga untuk model Terbaru ni pula adalah sekitar RM79,888 hingga RM95,000. Berbaloi lah  harga ni dengan produk yang berkualiti. Model Proton Inspira ni didatangkan dalam 2 varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter.

So, kepada yang berminat nak dapatkan model ni, boleh lah jenguk-jenguk kereta ni. Manalah tau mampu memenuhi keinginan di hati. :)

Syabas kepada proton dengan pelancaran model ni. Moga Inspira ni mampu mengangkat nama proton.


Promosi Gila-Gila Airasia!

Sempena menghargai semua pengguna Airasia, Syarikat penerbangan tambang murah Airasia ni akan buat promosi Gila-gila, 100 Million Guests Flown! Tambang semurah RM7 sahaja. Tak cukup gila lagi? 100 Million Guests Flown ni bermula hari ni dan tamat pada 17 Okotber 2010.

So cepat, jangan lepaskan peluang nih. Website promotion Airasia 100 Million Guest Flown ada kat link ni. 100 Million Guests Flown

Jarang Ada promosi gila-gila macam ni. Nasib bukan masa aku nak balik. hihi


RM143.02 Juta 2 Minggu? Cayalah facebook!

Sebut saja facebook, memang semua orang kenal. Sampai budak sekolah rendah, mahupun kanak-kanak kecil pun tau facebook ni. Baru-baru ni, Filem The Social Network, yang menceritakan sejarah penciptaan facebook dilancarkan kat Eropah. Hari tu Aku ada tulis mengenai filem The Social Network dalam entri ini. Tapi macam tiada orang berminat je nak tahu. Minat nak main facebook je kot.

Tapi bila aku baca newspaper, rupanya filem kisah facebook, The Social Network ni dah 2 minggu menduduki carta tertinggi kat Amerika Utara dengan kutipan sebanyak RM143.02 juta! Fulamak, memang diorang jugalah yang paling top. Baru 2 minggu tayangan dah dapat RM143.02 juta. Belum lagi sampai 3 minggu. hihi

Kat Malaysia, filem ni akan ditayangkan pada 11 November 2010. Kita tengok orang Malaysia minat tak dengan The social Network ni. Berapa saja yang mampu dikutip kalau filem ni keluar kat panggung wayang kat Malaysia ni. Aku menang teringin nak tengok filem ni. huhu. Harap berkesempatan nak tengok. Kalau tak pun, main download secara haram je kot. haha.

p/s Filem Malaysia ada ke yang pernah sampai RM143.02 juta dalam 2 minggu?


A Very Nice Love Story To Read

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan;

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Kadang-kadang kita tidak pernah mengambil berat apa yang dilakukan oleh pasangan kita dan tidak melihat betapa mereka berusaha untuk menggembirakan dan membahagiakan kita. Kita hanya inginkan keinginan dan kehendak kita dipenuhi dan dituruti. Inilah yang dikatakan tidak menghargai. Dont wish to have a guy like this, but wish you can have someone that can appreciate everything you did for them. You will be very happy for that.
 
p/s Entri ni dicopy paste dari rakan facebook. Original content.


A Very Tiring Day

Tak sangka hari ni bertukar menjadi hari yang paling memenatkan. Waduh, sakit kaki dan sengal-sengal badan. Siapa ada cara urutan yang betul supaya badan tak rasa sengal? Ajar aku boleh?

Hari ni sibuk sangat. Banyak berjalan pula tu. Dahlah aku ni student, standardlah student tiada kenderaan kan. Kalau family kaya raya aku tak heran la. Family aku kaya juga, tapi bukan kaya harta, tapi kaya kasih sayang. hehe. So dengan banyak urusan, terpaksalah aku mengerah tulang empat kerat ni bekerja, bergerak kesana kemari. Fuh!

Pergi Maybank nak buka akaun. Bukan apa, aku perlu buat online transaction nak bayar tiket flight. Maybank ni dah lama terkenal dengan sistem online payment, so aku pilih maybank. Dan lagi satu , aku tertarik dengan harimau diorang tu. haha. So bertambahlah koleksi akaun bank aku ni. hihi. Korang ada berapa akaun bank? Ada siapa yang sampai 10? aku nak lawan. haha

Lepas dah buka akaun, lupa pula ambil password untuk register online banking untuk Maybank ni, so terpaksa jalan lagi. aku dah ada bank islam, tapi masalahnya, Bila aku nak beli tiket Airasia, tiada pula link untuk payment dengan bank islam, so terpaksa buka akaun bank baru. hihi. bajet macam kaya raya banyak akaun bank, tapi semuanya kosong! Takde isi punya!

Lepas dah dapat password untuk maybank2u, register untuk online banking, aku dah siap nak beli tiket balik sabah! haha. hari tu tak balik so hujung sem ni mesti balik. Mak dah pesan suru balik and suru beli tiket awal-awal takut harga tiket naik katanya. Hemm, sayang juga mak dengan aku ni. hihi.

Tapi kalau ikutkan hati, aku nak naik Flight MAS. MAS is way better than Airasia! airasia ni kan tambang murah. Dah namanya tambang murah, mesti servis pun murah. Bila semuanya murah, kualiti pun mesti murah. Lagi satu, kata member aku yang sorang ni, crew cabin MAS lagi seksi dari Airasia. hihi. Ni aku takde komen. haha

Tunggu! hujung tahun ni aku nak balik!


Keputusan Formula 1 Japan Grand Prix 2010

Perlumbaan F1 Japan Grand Prix 2010 baru sahaja berakhir semalam. Dan nampaknya penguasaan Ferrari dalam siri perlumbaan F1 beberapa tahun lalu tidak dapat diteruskan musim ini apabila kedua-dua pelumba F1 RBR Renault iaitu, Sebastian Vettel dan Mark Webber masing-masing mengungguli tempat pertama dan kedua, manakala pemandu F1 Ferrari, Fernando Alonso hanya mampu menduduki tempat ke 3 dalam perlumbaan F1 Japan Grand Prix semalam.

Keputusan penuh Formula 1 Japan Grand Prix 2010 mengikut kedudukan;

1. Sebastian Vettel  (RBR-Renault) (1:30:27.323) 
2. Mark Webber (RBR-Renault) (+0.9 secs)
3. Fernando Alonso (Ferrari)  (+2.7 secs) 
4. Jenson Button (McLaren-Mercedes) (+13.5 secs) 
5. Lewis Hamiltonrap  (McLaren-Mercedes) (+39.5 secs)
6. Michael Schumacher (Mercedes GP) (+59.9 secs) 
7. Kamui Kobayashi (BMW Sauber-Ferrari) (+64.0 secs) 
8. Nick Heidfeld BMW (Sauber-Ferrari) (+69.6 secs)
9. Rubens Barrichello (Williams-Cosworth) (+70.8 secs)
10. Sebastien Buemi (STR-Ferrari) (+72.8 secs) 
11. Jaime Alguersuari (STR-Ferrari) (+1)
12. Heikki Kovalainen (Lotus-Cosworth) (+1) 
13. Jarno Trulli (Lotus-Cosworth) (+2) 
14. Timo Glock (Virgin-Cosworth) (+2) 
15. Bruno Senna (HRT-Cosworth) (+2)
16. Sakon Yamamoto (HRT-Cosworth) (+3) 
17. Nico Rosberg (Mercedes GP) (+6) 
18. Adrian Sutil Force (India-Mercedes) (Retire - Kebocoran Minyak) 
19. Robert Kubica (Retire- Masalah Teknikal)
20. Nico Hulkenberg (Williams-Cosworth) (Kemalangan)
21. Felipe Massa  (Ferrari) (Kemalangan)
22. Vitaly Petrov (Renault) (Kemalangan)
23. Vitantonio Liuzzi (Force India-Mercedes) (Kemalangan)
24. Lucas di Grassi (Virgin-Cosworth) (Kemalangan) 

*Lewis Hamilton layak pada petak ketiga tetapi disebabkan pertukaran kotak gear, dia diturunkan 5 petak.

Dengan baki 3 perlumbaan untuk siri F1 musim 2010 iaitu GP brazil , GP Korea dan GP Abu Dabi, nampaknya pasukan RBR Renault meninggalkan pasukan yang lain dan menduduki tempat pertama dengan mata terkumpul, 426. Manakala untuk kategori pelumba pula, saingan nampak sengit antara Mark Webber dan Fermando Alonso.


Exam Dah Nak Dekat Nih, Bila Nak study !?

Waduh! Kejap je rasanya dah sampai hujung tahun. Aku tak terasa pun melalui beberapa bulan ni. Tup tup dah bulan Oktober. Tak lama lagi tahun 2010 pun dah nak habis dan berganti dengan 2011. Wah Cepatnya masa berlalu! Nanti dah masuk hujung tahun, mereka yang bekerja mesti senyum lebar dapat bonus tahunan. Kitorang yang tengah belajar ni pula pening kepala nak exam!

Tak sampai sebulan lagi exam akan tiba. Persediaan belum ada lagi! Revision untuk chapter lalu aku belum buat. Dah lah test semua hancur. Rasa malas masih menguasai diri ni. Rasa hati memang nak study, tapi rasa badan nak tidur saja dan bergembira, berseronok. Cet! Tolonglah insan yang lemah ni!

Konon semester ni nak target anugerah dekan! haha mimpi la kau kyuubi! dah la tak study, nak dapat dekan? bluek! haha. Tapi serius, aku memang nak target anugerah dekan semester ni. Aku baru masuk semester 1 untuk degree aku ni, so subjek semua tak tough sangat pun even ada 1 tu yang buat kepala pening. haha

Masa sebulan masih ada, moga-moga aku insaf dalam masa yang terdekat dan dapat memenuhi impian. Kalau tak, memang sure korang akan nampak aku mengadu domba kat belog ni kalau aku fail!


Filem Terbaru 2010 - The Social Network, Kisah facebook

Kali ni, aku nak bawakan filem yang rasanya diadaptasi dari kisah benar iaitu The Social Network. Sebut pasal Social Network, mesti korang tak kisah kan? Tapi kalau aku sebut facebook, mesti korang semua telan air liur. haha

Sebenarnya filem ni mengisahkan tentang  founder facebook, iaitu Mark Zuckerberg lakonan Jesse Eisenberg, dan bagaimana dia mencipta facebook.

*Gambar Dari Google.com
Filem ni juga dibintangi Justin Timberlake sebagai Napster founder Sean Parker, selain Eduardo Saverin (Andrew Garfield) Sebagai rakan karib Mark Zuckerberg kembar Winklevoss (Armie Hammer and Josh Pence) pelajar Harvard yang mendakwa Zuckerberg mencuri idea mereka dalam penciptaan facebook dan menyaman Zuckerberg atas hak pemilikan.

Sedikit sinopsis filem ni; pada musim luruh tahun 2003, seorang pelajar computer programming, University Harvard, Mark Zuckerberg brsendirian dalam biliknya tatkala memikirkan idea barunya. Apa yang berlaku dalam ibliknya pada malam itu menjadi titik tolak kelahiran laman sosial yang memberi impak besar terhadap jaringan social yang menjadikan Mark Zuckerberg Jutawan termuda.

Filem genre drama ni akan direlease kat Malaysia pada 11 November 2010 dan diklasifikasikan PG13. Dianggarkan masa tayangan filem ni adalah 120 minit.

Tak sabar rasanya nak menonton filem ni yang membabitkan nama facebook. Yalahkan, kita dok main facebook tiap hari tanpa mengetahui bagaimana facebook ni tercipta. Walaupun ianya mungkin bukan kisah sebenar yang berlaku, sekurang-kurangnya kita mendapat gambaran apa yang berlaku kan?

So sebelum tu, jom terjah trailer filem ni dulu.