Facebook Akan Ditutup Bermula 15 March 2011


Mungkin ini adalah berita yang akan mengemparkan seluruh dunia dan menakutkan bagi semua pengguna yang gila facebook. Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa facebook akan ditutup bermula 15 March 2011!

Menurut laporan Kosmo Online, Laman sosial paling terkenal, facebook akan ditutup bermula pada 15 Mac 2011, 3 bulan dari sekarang. Berita ini turut disokong oleh sebuah akhbar online, Weekly World News dalam 1 laporan menyebut Facebook will end on march 15.


Dalam Akhbar berkenaan, pengasas facebook, Mark Zuckerberg dipetik sebagai berkata,

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Naib presiden perhubungan teknikal facebook juga dipetik sebagai berkata,

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Kenyataan diorang ni seperti menyokong khabar angin tersebut. Namun sebuah akhbar online pula melaporkan perkara yang berbeza. International Business Times dalam 1 laporannya pula menyebut bahawa Penutupan facebook yang digembar gemburkan hanyalah khabar angin.

Jadi apa pula pendapat korang dengan khabar angin ni? Facebook sudahpun mencatat sejarah tersendiri dan menempah kejayaan, adakah diorang tiba-tiba pula nak tutup sedangkan duit tengah mengalir masuk poket diorang?

Apapun yang berlaku, mari kita nantikan 15 march 2011 dan kita tengok apa yang akan berlaku. Tapi, sebagai persediaan, korang download semua gambar kesayangan korang dari facebook. Manalah tahu kan berita ni betul.

Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku



Semalam berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL) 25. Tapi aku tak sempat nak layan AJL 25 ni sebab aku ada kelas jam 8 tu. Menyedihkan. Bila balik rumah, aku sempat tengok penutup saja dan  tahu Anna Raffali yang menang.

Anna Raffali? Sebelum ni, macam tak kuat sangat nama dia ni. Ke aku yang tak mengikuti arus perkembangan dunia hiburan? Ok, never mind. Lagu yang menang? Tolong ingatkan aku. Bila aku search kat youtbue, macam aku tak pernah dengar lagu tu.

Kalau tak silap, lagu Anna Raffali yang aku tahu adalah lagu Kalau berpacaran dimana dia bersama dengan Altimet dan Suhaimi Mior Hassan menyanyikan lagu ni.

Mungkin inilah rezeki Anna Raffali untuk tahun baru ni. Ada juga peminat yang macam tak puas hati dia menang, tapi dah rezeki dia, betul tak? Jangan lah dipertikaikan lagi.

Ok, jom kita dengar lagu yang menjadi juara lagu kali ni, Tolong Ingatkan Aku Dendangan Anna Raffali


Movie Review: Season Of The Witch


Kalau korang peminat filem yang boleh menyebabkan adrenalin mengalir laju dan filem yang penuh dengan persoalan, Filem Season Of The Witch arahan Dominic Sena lakonan Nicholas Cage adalah salah satu filem yang boleh dipilih sebagai pembukaan tahun 2011 ni.


Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 6 januari 2011, dan semalam, aku berkesempatan menonton filem Season Of The Witch ni kat Times Square GSC.

Filem Season Of The Witch ni mengisahkan Behmen, seorang knight lakonan Nicholas Cage dan Felson, lakonan Ron Perlman pada abad ke 14 cuba menghantar seorang wanita yang disyaki sebagai seorang ahli sihir yang menyebabkan wabak penyakit yang membawa maut ke sebuah tempat terpencil dimana terdapat paderi yang akan menentukan samaada wanita tersebut, lakonan Claire Foy bersalah ataupun tidak.

Mereka menempuh bermacam rintangan dalam perjalanan ke tempat itu sehingga 2 orang rakan mereka terbunuh. Tengok Trailer filem Season Of The Witch ni dulu.


Filem ni menarik, dengan idea cuba ditonjolkan. Cara penceritaan dan juga cara cerita ini berkembang. Filem ni juga memnpunyai unsur yang kejutan dan penonton akan tertanya-tanya apa akan terjadi selepas ini.

Namun beberapa kelemahan dalam filem ni seperti watak ahli sihir wanita tidak ditonjolkan dengan baik, dan aku tertanya-tanya pada permulaan filem ni dari mana datangnya wanita tersebut. Dan dari watak wanita tersebut, dia kelihatan seakan seorang yang bersalah, tapi mereka tidak dapat memutuskan samada wanita itu tidak bersalah atau tidak.

Lakonan Nicholas Cage sebagai seorang knight pada kurun ke 14 juga juga seakan tidak berkesan berbanding dengan watak hero Cage dalam filem-filem zaman moden.

CGI filem ni juga tidaklah sehebat mana walaupun kita tahu bahawa teknologi CGI filem-filem Hollywood hebat-hebat belaka. Watak Ahli sihir yang menonjolkan diri sebenarnya pada penghujung cerita tidak memberi kesan. Dia hanya kelihatan seperti seekor kelawar besar dan penutup cerita ini tidak sebaik yang dijangka.

Pada keseluruhannya, aku nak bagi juga 3 bintang  dari 5 untuk filem ni dengan debaran dan plot cerita yang bolehlah memuaskan nafsu menonton filem aku. Berbaloi juga dengan RM8 harga tiket, walaupun filem ini tak seperti yang aku dijangka.


Rumah Adalah Tempat Yang Terbaik


Dimanapun tempat di dunia, rumah adalah tempat yang terbaik untuk korang pergi. Walau rumah tak secantik mana, bagi aku rumah jugalah tempat yang aku nak pergi.

[ Gambar ]

Aku masih ingat dengan seorang member ni, dia tak suka sangat stay kat rumah, sebab dia tak suka ada mak dia kat rumah. Dia kata, mak dia ni jaga dia macam budak kecil, sebab tu dia nak lari cepat dari rumah.

Pernah sekali kitorang tinggal sebilik kat kolej kediaman, bila mak dia datang melawat, dia suru mak dia tu balik cepat-cepat. Motif? Aku tak tahu.

Tapi, bagi aku, rumah adalah heaven. Dan orang kata syurga terletak kat telapak kaki ibu. Sungguh! Dah bertahun aku selalu tinggal berjauhan dari rumah. Dan aku dah rasa hidup sendirian yang susah. Bila aku nak makan, terpaksa cari makan sendiri. Kat rumah, mak dah masak, tinggal aku masuk dapur, sumbat makanan dalam mulut.

Pada siapa yang terfikir nak lari dari rumah ke nak keluar cepat dari rumah ke, mungkin korang tak rasa kot hidup susah tanpa mak dan ayah. Korang yang ada mak dan ayah beria-ia nak tinggalkan diorang.

Bagi mereka yang dah kehilangan mak dan ayah, lebih-lebih lagi mereka yang kehilangannya sejak kecil, pastinya diorang sangat menghargai mereka!


Gol Nani Selamatkan Manchester United


Gol Nani selamatkan Manchester United daripada seri dengan Stoke City dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris, EPL semalam. Gol pertama Manchester United dihasilkan oleh penyerang muda Mexico, Javier Hernandez dengan flick yang menarik.

Bila dah lega dengan gol pertama, Stoke City mengejutkan Manchester United serta penyokong mereka dengan gol penyamaan pada minit awal separuh masa ke 2 dengan tandukan cantik dari Dean Whitehead.

Tapi kegembiraan Stoke Coty tidak bertahan lama apabila si Nani menjaringkan gol cantik, gol kemenangan Manchester United ke atas Stoke City.

Dengan kemenangan ini, Manchester United menduduki tangga teratas EPL dengan 44 mata mendahului Manchester City di tangga ke 2 dengan 41 mata. Tapi keadaan ni belum pasti sebab pagi nanti, 6 Januari, Manchester City pula akan berdepan dengan Arsenal. Siapa yang akan menang? Sama-sama kita nantikan.

Jom Tengok Baju Dalam Remaja Perempuan Dan Filem di Cerita lucah.com



Kepada peminat filem biru, atau orang kata filem blue @ blue film, jom ramai-ramai tengok filem biru kat cerita lucah.com. Aku tak nak join, korang saja la layan filem macam tu. Aku budak baik. Sebenarnya aku tak tahu pun kewujudan laman sesawang tersebut sebelum ada bebudak nakal cari benda tu kat sini.




Dan, aku sebagai seorang lelaki tulin yang berhati suci lagi murni sememangnya tak pernah terlintas di fikiran aku dengan benda-benda yang tak baik. Apatah lagi memikirkannya. Dan sebab itu jugalah aku berfikir, macamana ya rupa baju dalam remaja perempuan macam yang diorang cari tu? Aku pun terfikir, macamana rupa baju tu? Err, korang tak payah jawab.

Nakal lah budak-budak zaman sekarang ni. Bukan budak-budak saja, mungkin bapa budak pun ada juga!

Maaflah, Ubipanas.com Bukan blog lucah. Korang tak akan jumpa benda-benda tu kat sini. Kalau nak hang pi cari sendiri kat kedai obat!


Tonton Dawson's Creek Tv Show Online


Sebenarnya, dah lama aku mencari Tv Show Dawson's Creek ni. Bagi yang tak tahu, Tv show ni dihasilkan oleh Sony Pictures Televisyen pada january 1998. Dah lama Tv Show Dawson's Creek ni sebenarnya. Pertama kali aku menonton cerita ni semasa aku berada dalam tingkatan 3 atau 4, aku dah lupa. Dan sejak menonton pertama kali, aku dah jatuh suka dengan show ni.

[ Gambar ]

Katie Holmes adalah salah seorang pelakon yang membawa watak joey dalam siri ni. masa tu si katie masih comel lagi. Sekarang dia dah tak comel macam dulu. Tapi dah jadi wanita yang Seksi meksi. haha

So, semalam aku Cuba nasib sekali lagi mencari dan akhirnya aku dah terjumpa satu website yang boleh tonton tv show ni secara online. So, pada siapa yang tengah mencari Tv Show ni, korang boleh lawat kat sini: Watch Dawson's Creek Tv Show Online.

Rasanya siri ni ada 6 musim kesemuanya. Dan kesemua 6 season untuk siri ni boleh ditonton kat laman web tersebut. Korang tak boleh nak download. Tapi, sebenarnya ada cara nak download, nanti aku ajarkan dalam post yang akan datang.

Jom tengok salah satu episod dalam season 6 siri ini. Manalah tahu dapat memikat hati korang. :)

Semoga aku dapat membantu mereka yang sama berminat dengan siri ini, macam aku. Selamat menonton!

Tak puas lagi? Jom tengok pulak Korean Pop Stars In Malaysia!


Mood Masih Bercuti Di Hari Ke 3 Tahun 2011


Hari ke 3 di tahun 2011, juga hari pertama semester baru aku bermula. Hari pertama kuliah, aku tak berapa sedia lagi nak masuk kelas dan start dengar lecture. Sungguh!

Masuk kelas bawa sehelai kertas saja. Memang mood tiada langsung! Dah la tengahari tadi hujan turun dengan tak seberapa lebat. Dulu, masa hujan tak pernah turun selama sebulan, semua orang merungut. Semua menunggu hujan turun. Bila tiba musim hujan pula, semua merungut lagi. Mungkin hujan ni marah kat kita, sampai banjir kat beberapa negeri kat Malaysia ni.

Mungkin mood masih bercuti lagi. Takpe, anggap sajalah enjin kereta belum panas, kan? Kata yang berpengalaman, antara salah satu cara untuk menjaga kereta atau menjaga enjin kereta adalah dengan memanaskan enjin seminit dua sebelum memulakan perjalanan. Diorang kata, kalau enjin tak cukup panas, mesti kereta cepat rosak. Sejauh mana kebenaran, aku pun tak pasti. Tanyalah pada yang pakar.

Azam tahun ni mesti nak jadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Tak nak berazam lebih-lebih. Takut tak tercapai pulak. Nanti diri sendiri yang merana.


Mood Yang Lembab Di Tahun Baru 2011


Hari ke 3 di tahun 2011.

Kalau korang tengok sekeliling, mungkin korang boleh nampak muka-muka ceria mereka menginjak tahun baru 2011.Mungkin ada benda yang membuatkan mereka gembira. Impian tercapai, boyfriend yang tiba-tiba ajak kahwin. Mungkin juga dapat durian runtuh.

Tapi, permulaan bagi tahun baru aku agak lembab. Mood masih tak menentu sejak akhir-akhir ini. Mungkin sedih terpaksa bertandang semula ke tempat orang. Dan mungkin juga ada sebab-sebab lain yang aku tak sedar. Tapi yang aku pasti, mood ke laut.

Mood nak menulis pun semakin menjauh. Lagipula, dah lama aku tak menjengah blog ni. Yalah kan, kat kampung aku takde line internet. So faham-faham sajalah. Sia-sia saja aku mengusung beruk Celcom kesana kemari. Tiada hasilnya.

Rasa hati nak beli hosting untuk blog ni, tapi dengan mood sekarang ni, baik tak payah. Kalau tak menulis, sia-sia saja kan?

Aku harap segalanya akan kembali teratur dan segalanya jadi seperti sedia kala. Aku nak lebih berusaha untuk tahun ni. Berusaha untuk diri sendiri dan mencapai impian di hati. Dan bila tiba masanya, mungkin blog ni pun akan berkubur sama.


Selamat Datang 2011, Selamat Tinggal 2010


Tanpa kita sedari, kita dah pun masuk tahun baru 2011. Seperti baru semalam tahun 2010 bermula, belum ada apa lagi yang dicapai dalam tahun 2010, ia pergi pula meninggalkan kita. Namun, apa yang pasti, biar beratus kali tahun silih berganti, kehidupan harus diteruskan. 

Kegagalan dan kekecewaan tahun 2010 usahlah dikenang lagi. Jadikan ianya satu inspirasi dan suatu yang memberi kita semangat untuk terus berjuang. Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang harus kita hadapi. Jadi jangan mudah mengalah dan putus asa. Tanamkan azam dan berusahalah untuk mencapainya. Walaupun pada akhirnya kita tidak mampu mencapainya, akan tetapi ada juga sedikit pencapaian yang kita perolehi.

Terlalu banyak keinginan yang aku nak capai untuk tahun ni, namun apakah mampu untuk mencapainya? Berusaha sajalah dan berdoa agar segala usaha yang kita ambil membuahkan hasil. Semoga di tahun baru ini dapat memberi sesuatu kepada kita semua, suatu yang bermakna dalam hidup kita.