Penyakit Lupa-Lupa Ingat

Bila otak beku, sure takde benda nak tulis. Tak update la blog ni. Kalau update pun merapu entah takde maknanya entri yang ditulis. Sekadar untuk memuaskan nafsu seks untuk menulis dan yang penting istilah update blog tu dapat dipenuhi. Betul atau tidak? Korang sendiri lah yang tentukan ya. Aku tak pernah. hihi. Dan paling tak boleh blah, bila otak kering takde idea, senang je bukak news online, copy paste berita yang dirasakan hangat untuk dijadikan bahan untuk update blog. hehe.


Muka tekanan, tapi masih mau control macho. hihi

Tapi yang paling bengang, bila korang tengah jakan kat luar, atau tengah sibuk, bila teringat blog, idea datang mencurah-mencurah untuk update. Tapi bila sampai depan komputer, bukak blog dan bersedia untuk update, idea tiba-tiba hilang entah kemana. Bengang ke tak? Aku tak bengang, aku relax je. haha.

So, kalau korang selalu menghadapi simptom yang aku panggil lupa-lupa ingat ni, aku nak sarankan agar korang bawa nota kecil kemana saja korang pergi dan sediakan juga sebatang pen. kegunaannya? Untuk menulis tajuk entri yang tiba-tiba muncul dikala korang tak berada depan laptop atau tidak berada dalam keadaan yang membuatkan kita sempat nak curahkan idea tu. hihi

Sebagai seorang blogger, kenalah bersedia setiap masa kan, kot idea datang tiba-tiba. Kamera yang besar berat tu korang sanggup angkut ke hulu ke hilir, kenapa pula nota kecil korang tak sanggup nak bawa ke sana kemari?

p/s Aku selalu mengalami simptom lupa-lupa ingat ni, sebab tulah memerlukan sekeping nota kecil untuk merekod idea yang datang tanpa diundang. hihi


Alangkah Baiknya Jika Manusia Boleh Hidup Macam Ni

Kalau manusia, ada saja yang tidak pas hati, pergaduhan dan dendam diantara sesama manusia. Manusia dianugerahkan akal untuk berfikir baik dan buruk, agar menjauhi sesuatu yang buruk. Tapi kadang, manusia seperti tidak menggunakan akal yang diberikan. Lainlah kalau binatang. Tak kisah kau siapa, dia bunuh saja demi diri sendiri.

Aku pernah nampak seekor kucing peliharaan aku dulu. Dia ni betina. Lepas tu, kucing  kami pun mengandung dan melahirkan anak. Dan yang paling aku terkejut, lepas anak kucing tu dewasa dan baligh, Anak kucing tu melakukan hubungan seks dengan maknya! Aku agak-agak, si kucing tu dah baligh sebab pandai buat seks!

Tapi kadang-kadang binatang lebih baik dari manusia. Kalau manusia bergaduh, mesti disamakan dengan anjing dan kucing. Macam waktu aku kecil dulu. Selalu saja bergaduh dengan adik-adik aku. Tak sah kalau tak bergaduh setiap hari. Tapi dah namanya budak kan, mesti kuat bergaduh. Dan masa tu, mesti mak aku cakap,

"Kamu ni, asyik-asyik bergaduh, macam anjing dengan kucing je"

Tapi memang betul la kan, kalau kucing dan anjing bertemu, mesti diorang bercakaran. heh! Memang musuh tradisi. Tapi kalau korang tengok gambar-gambar dibawah ni, apa korang nak kata.










Alangkah baiknya kalau manusia macam ni kan? Tak payah nak bermusuh-musuh. Tak payah nak bunuh orang demi kepentingan diri. Hidup aman damai penuh kasih sayang.


Amber Chia Dah Dapat Baby, Baru Korang Nak Cari Siapa Husband Dia

Dah ramai kan orang dok cerita pasal Amber Cia bersalin hari tu. Nampaknya si Amber Chia dan husband dia, Adrian Wong pun dah bergelar mama dan papa. hihihi. Menurut sumber, baby diorang ni mirip bapanya, Adrian Wong. Mesti comel gitu baby diorang. ehehe. Meh tengok jap gambar baby Amber Chia dan husbandnya, Adrian Wong.


Bila dah besar, kulit dia ni putih melepak, sebab kata orang kalau bayi yang baru lahir kulit warna merah mesti bila dah besar, kulit diorang putih. Kalau warna putih pula mesti jadi gelap bila dah besar. Tapi aku tak tahu la pula betul ke tak. Ni kata orang, bukan aku. hehe

Balik pada tajuk, bila si Amber bersalin, tiba-tiba saja orang nak cari siapa husband si Amber Chia ni. Masa diorang kahwin dulu, tiada pula. Entri pun dah lama ditulis, beberapa bulan yang lalu lagi.

keyword yang masuk blog ni

Tengok kat atas, itulah keyword yang masuk blog ni sejak amber Chia melahirkan anak hari tu. Padahal amber Chia dan si Adrian Wong dah lama pun berkhawin, dah berapa bulan dah. Keyword ni mesti datang dari entri Pengantin Berharga RM2 Juta ni. Ke diorang ni tak up to date? hihi Baby dah keluar, baru nak cari siapa bapa baby tu ye. Kesian kat Amber. haha

Apapun tahniah diucapkan kepada Amber dan suami, Adrian sebab dah jadi ibu bapa. :)
p/s Bila pula turn aku nak kawen nih!


Planet Menyerupai Bumi Ditemui

Wah ada planet baru ditemui yang dikatakan menyerupai bumi. Sepasukan saintis yang diketuai oleh ahli kaji bintang dari University Of California dan Carnegie Institution of Washington mengumukan penemuan ni. Diorang kata, Planet menyerupai bumi ni adalah sebesar saiz bumi dan beratnya 3 kali ganda berat Planet Bumi.

Gambar Dipetik Dari sini

Planet baru ni juga didakwa oleh saintis ni, boleh menampung kehidupan kerana didakwa mempunyai sumber asas untuk kehidupan seperti udara, dan air serta suhunya yang sesuai untuk kehidupan. Penemuan ini adalah hasil daripada pemerhatian selama 11 tahun oleh kumpulan saintis berkenaan.

Wah, kalau benar dakwaan diorang ni kan, ada peluanglah kita nak melancong kat angkasa nanti kan? Atau macam dalam cerita star wars ke, mengembara ka angkasa. Dan kalau betul la benda ni, memang tak lama lagi Bumi yang kita tinggal sekarang ni akan musnah. Sebabnya? Dah ada tempat baru yang boleh manusia pergi, so mesti tak mensyukuri apa yang ada sekarang ni. haiya.

So, Apa pendapat korang pula? kalau benar benda ni, ok ke tak?

Tips Cinta: Bagaimana Untuk Mencintai

Kasih sayang adalah anugerah yang paling indah dikurniakan kepada manusia. Hidupan lain tidak mengenal erti cinta dan kasih sayang, hanya manusia yang mengenalinya. Jadi hargailah cinta, selagi kita memilikinya. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk menunjukkan kasih sayang kita pada sidia. Kali ni, aku akan berkongsi beberapa tips bagaimana untuk menunjukkan kita mencintai seseorang.



1. Tulis nota cinta untuk sidia. Melakukannya adalah mudah. Tulislah ungkapan cinta dan luahkan perasaan kamu diatas sekeping kertas dan selitkan pada buku nota, dalam beg duit atau mana-mana saja yang mudah untuk sidia jumpa. Sudah pasti mereka senyum dari pagi sampai ke petang. 

2. Temani sidia bersiar-siar Luangkan masa dengan teman anda untuk bersiar-siar. Sebaiknya pergi ke tempat yang tenang seperti taman kea tau sebagainya untuk menikmati keindahan dan suasana aman bersama. Pastinya lebih romantik. 

3. Katakan "I love you" padanya. Ucapkan I Love You padanya tapi jangan terlalu kerap. Takut nanti ayat itu jadi tidak bermakna pula. Dan pastikan ianya ikhlas dari dalam hati. Ucapkannya dengan penuh perasaan. 

4. Dengar apa mereka cuba sampaikan. Biarkan pasangan anda bercerita tentang diri mereka atau apa yang mereka minat. Dengarkan apa yang mereka katakana dan tunjukkan minat terhadap perbualan tersebut. Jika anda tidak menunjukkan minat, mereka akan menyangka anda bosan dengan mereka. 

5. Beritahu apa yang anda suka, jangan Mengadu! Kalau anda tidak suka dengan apa yang mereka lakukan, katakannya secara lembut. Jangan mengadu dan mempersoalkan apa yang dia lakukan. 

6. Berikan pujian untuk apa yang telah mereka lakukan Tak salah untuk berikan pujian, tapi jangan melebih-lebih. Lain pula jadinya bila puji lebih-lebih. 

7. Senyum selalu dengan sidia Sebolehnya, lemparkan senyuman kepadanya apabila melihat sidia. Aku pernah melihat pasangan; asal saja mereka berjumpa, masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Menunjunkan hati mereka terhibur melihat insan yang dicintai.


Movie Review: Love Happens

Bosan dikala bersendirian membuatkan aku menyelongkar fail-fail lama dalam laptop aku dan terjumpa pula movie ni; Love Happens, lakonan mantap Aaron Eckhart dan Jennifer Aniston. hihi. Sebenarnya movie ni dah lama keluar, tahun 2009. Tahun lalu, dan dah lama gak aku download movie ni. Free je download. hihi. Dasar nak free saja semua kan?

Dan dalam mood nak jiwang sikit aku layan movie ni. Dah lama download tapi tak pernah pula aku tengok filem ni. Siapa yang jadi friend aku kat facebook, korang nampaklah status aku semalam yang lalu "is watching Love Happens" ehehe.
Filem ni mengisahkan bagaimana seorang lelaki kehilangan isterinya yang meninggal dalam kemalangan. Dan dalam pada itu juga, dia menulis sebuah buku yang kemudiannya laris di pasaran. Pada suatu hari, semasa dia mengendalikan seminar kat sebuah hotel, dia terjumpa dengans seorang wanita yang bekerja sebagai florist kat hotel tersebut. Dan bermula lah kisah mereka.

Jennifer Aniston Yang comel Dalam Movie ni

Bagi aku, movie ni sesuai bagi mereka yang suka dengan cerita yang romantik je. Dan nak tengok dengan kekasih hati pun best gak. ehehe. Tapi sayang, dah lama so tiada diayangkan kat cinema dah. So Dengan kebolehan googling anda, bolehlah cari kat mana-mana yang bagi free download services.

Dan aku paling suka tentang ayat ni" Sometimes, when you least expect it, Love Happens"

p/s Aku nak jiwang, boleh tak?

Update: Siapa yang berminat nak download Movie ni secara percuma, boleh try cari kat WarezForum. Tapi aku tak jamin movie ni ada ke tak, just register dan cari dalam column movie k. Moga-moga ada lah movie ni :)


Sifu Aku Dalam Dunia Blog

Masa korang semua mula-mula berjinak dengan dunia blog, siapa yang perkenalkan blog ni dengan korang? Dah kenal pula, siapa yang banyak beri tunjuk ajar kat korang. Kalau tak pun korang jadikan blog diorang sebagai singgahan untuk dapat blogging inspiration?

Masa aku mula-mula blogging dulu, kenal blog sebab sendiri cari dan belajar. Dan mula-mula jadi blogger dulu, aku tak tau apa benda pun. Nak tulis apa aku tak tau, nak buat itu ini dan segala macam yang korang nampak kat belog ni, depa tak tau! Serius aku tipu! lalala~

 Header Yang Mantap!

Blogger pertama yang aku kenal korang nak tahu siapa? Dialah pemilik fitrihadi.com tu. Aku ingat lagi mula-mula aku kenal masa aku nak pasang favicon tu. hehe. Aku pasang pertama kali tak menjadi. Aku komen kat belog lama dia kat fitrihadi blogspot tu. Lepas tu dia lak tolong aku sampai aku dapat pasang favicon tu. Serius aku tak tipu!

Sekarang dah pandai pasang sendiri aku tak lah bergantung pada orang lain selain pakcik google. ehehe. Dan sejak tu, aku jadi silent reader kat belog lama dia tu. Kadang je nak komen. hehe. Dah sekarang pula rezeki dia dalam blog ni pun nampaknya ada baik punya, tukar pulak domain dan hosting sendiri. Itu pasal la aku pun nak jugak, sebab nak ikut sifu! ehehe.

Dan bab yang paling tak boleh blah ialah bab edit-edit gambar. Dia ni memang terrer bab edit gambar beb. Korang tak percaya? Pi la tengok kat belog dia, sekarang! kat Fitrihadi.com! Belog dia memang cool.

Dalam diam, dia nilah sifu aku sebenarnya, aku banyak rujuk belog dia untuk mantapkan lagi belog aku ni. ehehe. Jangan marah ya fit, nanti cepat tua! ahaha

p/s korang lak siapa yang jadi bahan eksperimen rujukan korang?


Oh, Dah Kahwin Rupanya

Nampaknya Penyanyi Dia Fadila kini teleh menamatkan zaman bujangnya semalam selepas, Dia Fadila dan pasangannya, Redza Abdullah Sanusi melangsungkan perkhawinan semalam. Pasangan ni memilih 1 Oktober untuk melangsungkan perkhawinan mereka bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran Redza Abdullah Sanusi.

 
So, siapa-siapa yang menyimpan perasaan kat Dia Fadila ni, korang buanglah jauh-jauh. Dia dah jadi milik orang. haha

Sementara itu, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau nama glamer, jejai yang banyak  kontroversi gitu akhirnya muncul di khalayak ramai selepas lama mendiamkan diri. Fasha Sandha dan pasangan kontroversinya, jejai ditemui dengan aksi mesra dalam 1 majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Wah, Fasha kalau dah berkenan, jangan ditunggu lagi. Langsungkan saja. Nanti kalau lama sangat tak baik. Nanti jadi macam kes Norman dan Memey itu. Lagipun tiada halangan kan. So apa salahnya dipermudahkan benda baik.


Aku Gembira Dalam Kesedihan

Andai seseorang itu tersenyum, adakah korang akan kata; "Oh, dia tengah bergembira"
Atau andai seseorang itu menangis, adakah korang akan kata; "Oh, dia tengah bersedih"

Dunia ini tidak seindah yang kita sangka. Tidak semudah yang kita impikan. Ada saja dugaan yang dilalui. Ada saja laluan berduri yang harus diharungi.

Sewaktu masih kecil, tiada benda yang kita tahu. Tau makan dan main saja. Tidak pernah faham erti kesedihan. Tidak faham erti kesusahan dan kesengseraan. Tidak pernah merasa susah walau secubit pun. Yang kita tahu hanya ada beberapa benda; main, makan, rasa sakit dan menangis.

Bila tidak mendapat benda yang kita mahukan, mulalah menangis meraung-raung. Lepas dipujuk sejam dua, barulah tangisan itu reda. Ibu bapa dan rumah, itulah dunia yang kita tahu. Bila umur semakin naik, kita mula merasa banyak perkara. Bercinta, kekecewaan, kegagalan dan macam-macam lagi yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Dunia pari-pari yang kita impikan macam dalam filem Cinderella sebenarnya tidak pernah wujud! Kegembiraan mutlak tidak pernah kita kecapi! Kita mulai merasa kesusahan dan kesengsaraan. Dan merasai betapa hidup ini begitu susah, penuh dengan liku. Penuh dengan penipuan dan kesengseraan! Kegembiraan mutlak hanya ada dalam filem dan novel!

Sewaktu zaman kanak-kanak, kita teringin sangat untuk jadi dewasa. Entah kenapa, tapi setahu aku, dulu aku nak jadi dewasa sebab aku boleh buat apa saja yang aku suka. Tidak perlu mengikut telunjuk orang lain. Tapi setuju tak korang semua, rata-rata kita teringin untuk kembali menjadi kanak-kanak. yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan, yang tidak mengerti apa-apa tentang kesusahan dan kesengsaraan. Ingin lari dari semua masalah yang kita hadapi.

Dan buktinya, banyak sekali orang yang mengambil keputusan untuk menamatkan sendiri nyawa mereka dikala mereka menghadapi bebanan hidup yang berlebihan. Mungkinkah, sewaktu malaikat maut datang menjemput, mereka insaf seketika dan menyesal mengambil keputusan sedemikian? Kita tidak pernah tahu.

Tabah menghadapi segalanya, Sabar menempuhi segala dugaan. Itulah kunci kepada kehidupan kita.Tanpa semua itu, kita tidak mungkin mampu menghadapi segala sesuatu. Dan yang paling penting, kita berbalik kepada sang pencipta yang menciptakan langit dan bumi, Dia, yang mencipta segala kehidupan di muka bumi. Hanya dia yang memberi pengharapan kepada kehidupan manusia.

Kehidupan yang gembira, dan penuh dengan kasih sayang; itulah impian semua orang.


Ada Bakat Nak Jadi Pelukis Hebat Macam Pelukis Ujang

Haha, tak tahu mana nak mula, semalam, member aku hantar mesej kat aku guna iPhone 4 yang tengah hot sekarang tu. Tapi malangnya aku tipu je. haha. Dia tak guna iPhone 4 tu, cuma guna Nokia 3310 tu. Korang tak kenal? ala, yang comel tu. hihihi. Ok, serius; bunyi sms dia macam ni,

"Bro, ko memang hebatlah kalau ko dapat hantar soalan assignment tu kat aku, aku hilangkan soalan tu tak dapat buat assignment ni"

"Macamana aku nak hantar soalan tu? Ko jauh beribu batu dari tempat aku" Aku tambah la nak gurau dengan dia. ehehe

"ala, ko hantar je mesej kat aku" disertai gelak tawanya. Tapi aku tak tau dia ketawa betul ke tak. Sebab dalam mesej tu je ketawa memanjang macam ni,

"hahahahaha"

"Ko ni bengong ke? macamana aku nak hantar soalan assignment tu dengan mesej? dah la soalan melukis"

Soalan tu sebenarnya assignment untuk lukisan engineering. So korang bayangkan macamana aku nak hantar soalan tu delam mesej kan. Dahlah handphone pun cap ayam. Lainlah kalau aku pakai iPhone 4 tu kan? ehehe

So, dengan selamba aku jawab, "tunggu kejap, aku upload kat facebook"


Dan dengan jayanya, aku bukak application paint, lepas tu dengan jayanya aku lukis benda kat atas tu, dan upload kat facebook. Tag gambar ni kat si member aku tu, dah siap. haha.

Cantik tak lukisan aku? Ada bakat tak nak jadi pelukis terunggul di zaman ni? hahaha