Bersedia Menghadapi Cabaran


Bulan pertama di tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya. Kini ada 11 bulan, bersamaan dengan 335 hari lagi kita berada dalam tahun 2011. Semakin kita bergerak ke depan mengikut arus masa, tekanan semakin dirasai. Dunia yang semakin maju, segalanya bergerak semakin pantas. Kita juga kena pantas menyambar semua peluang yang ada. Terleka sedikit pasti mengundang padah!


Kita pastinya inginkan yang terbaik dalam semua hal. Semua mengejar sesuatu yang terbaik buat diri sendiri, mahupun untuk keluarga tercinta. Tidak kira dalam kerjaya, mahupun dalam kehidupan harian. Begitu juga dengan aku.

Aku inginkan yang terbaik, berusaha sedaya upaya sambil mengharapkan hasilnya juga setimpal dengan usaha. Namun kadang-kadang, apa yang kita usahakan tidak membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.


Sebelum ini, aku berjanji kepada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik. Dalam pelajaran, mahupun dalam dunia Blogging ni. Namun belum pasti hajat hati ini akan terlaksana dengan jayanya. Untuk pelajaran? Itu sudah pasti akan aku lakukan sebaik mungkin. Tapi untuk blog ini? Tiada jaminan.

Pernah suatu ketika aku berjanji untuk berusaha lebih gigih dengan blog, mengimpikan rezeki seperti redmummy, mahupun kennysia. Kalau tak sampai separuh dari apa yang diorang dapat dari blog, mungkin 1 per 5 pun sudah memadai.

Tapi seperti hangat-hangat tahi ayam. Permulaan tahun ini, aku jarang sangat menulis. Apatah lagi untuk membalas komen-komen dan membalas kunjungan mereka yang berkunjung ke blog ini. Masa seperti mencemburui aku. Balik sahaja dari kelas, niat dihati nak menulis sesuatu dan melawat rakan-rakan alam maya. Namun diri terasa penat. Jadi, masa yang ada hanya digunakan untuk tidur dan menelaah pelajaran.


Mungkin aku perlukan sedikit perubahan, menyelaraskan segalanya dan menyusun kehidupan supaya lebih teratur. Ada masa untuk melakukan semua hajat dihati. Bak kata lecturer aku,

Everybody has 24 hours a day, 7 days a week. Why you can't do it but they can?

Cabaran dalam hidup, adalah 1 lumrah alam. Itulah yang menjadikan hidup ini menarik. Oleh sebab itulah cabaran harus dihadapi untuk menikmati hidup yang menarik.

4 comments:

  1. hohohoho
    insyaallah
    satu masa nanti mungkin angan2 kamu tu akan menjadi kenyataan abang botak
    jgn cepat mengalah

    Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

    ReplyDelete
  2. insyaalah.. pasti tercapai nanti... kena sabar dan tingkatkan usaha

    ReplyDelete
  3. priority tiap org ta sama, ability tiap org ta sama. minat tiap org ta sama. so dont ask why they can do but we cant ;D

    ReplyDelete