The Flying Swords of Dragon Gate Disember Ini Di Malaysia



Dah lama nampaknya aku tak menulis tentang movie-movie baru. Ok hari ni nak cerita tentang filem China terbaru, The Flying Swords of Dragon Gate lakonan Jet Li dan arahan Tsui Hark yang akan ditayangkan di Malaysia 22 Disember ini. Ok serius aku tak kenal dengan Tsui Hark tapi Jet Li? Serius kenal! Dia antara pelakon kegemaran aku selain beberapa nama termasuk Jackie Chan.


Kalau dengan nama Jet Li pasti terfikir adegan bertumbuk, berlawan kung fu yang tak habis-habis. Filem The Flying Swords of Dragon Gate ini juga begitu. Jet Li memang salah seorang pelakon kegemaran aku kalau bab kung fu dan bertumbuk sejak dari dulu lagi.

Sedikit Sinopsis filem ni;

Dalam kerajaan China Zaman dulu, biasalah terdapat sida-sida atau pegawai kerajaan. Malangnya sida-sida ini bukan seperti yang diharapkan. Mereka adalah golongan jahat yang gilakan kuasa dan kekayaan. Mereka menubuhkan pasukan Polis Rahsia yang kejam dan bersenjatakan senjata pelik untuk mencapai impian jahat mereka.

 Picture @ wikipedia

Bekas general yang memimpin kumpulan baik pula dilucutkan jawatan oleh kumpulan sida yang jahat. Demi melindungi orang-orang yang tidak bersalah, General yang dilucutkan jawatan bangkit menentng kumpulan sida jahat.

Kemuncak konflik berlaku di sebuah rumah tumpangan, Dragon Inn dalam kawasan padang pasir negara tersebut. Disinilah pertarungan terakhir yang akan menentukan hidup dan mati mereka.




Filem ini akan ditayangkan pada 22 Disember 2011 Di malayia dalam 2 bahasa iaitu Mandarin dan Cantonese dalam 3D dan dikategorikan sebagai 13PG. So tak boleh bagi tengok pada budak-budak :)

Korang dah tengok Twilight Saga Breaking Dawn Part 1? Kepada Kaki wayang, nantikan pula cerita ni yang akan muncul di Panggung pada 22 Disember ini!


No comments:

Post a Comment