Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang hidup pasti pergi dan yang masih bernafas meneruskan kehidupan. Dan sepeniggalan pada yang pergi, pasti akan ada yang baru, lahir ke dunia yang fana ini. Mungkin ramai yang tak sedar, kehidupan di dunia ini silih berganti.
Hari ini adalah hari membersihkan bilik kediaman kolej aku. yeay! Sebab beberapa hari lagi aku akan balik rumah. Memandangkan rumah jauh, bukan macam korang. 1 langkah saja dah sampai rumah. Aku terpaksa meredah lautan api manusia, berenang merentasi laut cina selatan. Ceh!
Dan terpaksa den mengurangkan beban lebih. Dan yang menjadi mangsa adalah seluar jeans aku yang berusia 5 tahun. Huh. aku masih sayangkan seluar tu walaupun dah lusuh.
Dah buruk kan? Lubang sana sini. Tapi ni seluar jeans pertama aku beli dengan duit hasil kerja aku yang pertama! Memang lah aku sayang. Tapi sebab ianya dah lusuh dan rasa sempit pula. Aku putuskan untuk menamatkan riwayat si seluar ni kat dalam tong sampah.
Masa seluar ni dibeli, badan aku masih kurus semacam. Sampaikan member aku masa tu panggil aku si kurus. Memang sangat lah kurus. Bila aja pakai seluar ni, mesti nak cari tali pinggang. Kalau tak, masa kau jalan, tiba-tiba aja seluar ni jatuh. haha. Terbogel lah aku nanti!
Tapi sekarang dah berisi sikit, seluar ni pun dah sempit semacam. Haha. Ianya menampakkan punggung ku yang seksi bila memakainya! Auuwww!
Begitulah berakhirnya riwayat sehelai seluar. Tamatlah riwayat seluar ni selepas 5 tahun berkhidmat dengan aku menutup segala bahagian yang perlu ditutup di badanku ni. Nampak macam dah tak berguna kan.
Hidup kita, jangan jadikan macam seluar ni. Bila aja sampai masanya, ianya dicampakkan ke dalam tong sampah. Jadilah kita insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Suatu hari nanti bila sampai masanya kita meninggalkan dunia yang fana ini, kita akan di ingat dan disanjung atas apa yang kita lakukan, bukan dihina dan dikeji atas apa pernuatan kita.
KB selalu kalau kain baju cenggini, buat kain buruk atau lap kaki jer...hehe
ReplyDeletekesian seluar jeans tu
ReplyDelete"ko tak mengenang budi,"kata si seluar jeans pada bekas tuannya
hahahaha
Aku Bagi Dia 2 Pilihan! Sama Ada KLCC Atau Aku! Dia Pilih KLCC Dowhh! - Sang Durjana
Wuuuuuuuuuu....Maaflah! Wuuuuuu...Sob Sob Sob! - Si Cetek Minda
Apa Kejadah Lah Ini Semua!
5 tahun je... ok la tu. aku yea lg ler. tak smpai 2 tahun dah tak muat nk pakai. hakhak xDDD
ReplyDeletefuyooo lama angat dah 5 tahun.. saya tak de suar jean..percaya?
ReplyDelete@Kancilbiru
ReplyDeletehehehe. ni kes syg sgt ni kak. hhehe. syg nk buang
@hans
ReplyDeletehaha. dah nasib dia mcm tu. nk buat cmana? hik3
@maisyara Pot! Pot!
ReplyDeletehaha. aduhai. yg tu mesti kes melantak tiap hari. ye tak? ngehehehe
@AiN Z
ReplyDeletex caye :P
I think one of your advertisements caused my internet browser to resize, you might want to put that on your blacklist.
ReplyDelete