Blogger : We care

Tadi tengah aku lawat blog Mr Great Teacher Onizuka, Aku terbaca post terbaru dari abang ni tentang adik Ammar. Betul kata Abang GTO tu, dalam kita bergembira, ada juga orang tengah mengalami kesusahan.
Puan Azmaniza bt Mohammad Kamal rakan blogger dan nuffnangers perlukan bantuan kita disebabkan anaknya yang mengalami masalah jantung, Patent Ductus Arteriosus (PDA) sejak lahir.

 

Adik Ammar ni perlu menjalankan pembedahan yang dijangkakan pada 22 Februari 2010. Marilah kita  sama-sama cuba membantu adik Ammar dan keluarga dalam bentuk apa pun yang kita mampu. Buat entry  untuk blog pun boleh.

Semua rakan-rakan blogger, mari kita sama-sama menjayakan nuffnang charity projek

kalau nak buat sumbangan peribadi, boleh la didermakan pada (Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank))

Mungkin hari ni, adik Ammar yang perlukan bantuan kita. Manatau, esok hari kita pula.

P/s tolong menolong amalan mulia.. 

Wanita Seksi tunjuk Punggung!!


Tadi, masa googling nak cari gambar,

Tiba-tiba aku terserempak kat seorang minah ni.

Tak tau asal mana, seksi gitu loo..

Dan perangai dia pelik sangat..

Aku yang terkejut gila tak tau nak buat apa sikit punya nak pengsan beb.

dia tak tengok pun kat aku, tapi dia tunjuk bontot kat aku!!

Mestila aku nak pengsan, aku tak pernah lagi tengok tau

Aku sempat tangkap gambar lagi...

Tengok la di bawah tu...




Betul kan perangai dia pelik. Dah tu tunjuk bontot lak... ish3

Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni ye..


P/s wei, korang jangan ingat aku nak letak gambar gadis bogel yang betul kat sini. Blog aku bukan blog porno!!


Untitled

Tiada apa aku nak cerita disini kali ni. Just want to share a few words that really touch me..

Dont pretend to be someone else. Be yourself. It will be a burden for you if you are trying to be someone else that you are not. Dalam kehidupan sehari-hari, dalam hubungan, mahupun dalam blogging ni.



 

Bila kita menghadapi masalah, atau kita kurang keyakinan diri, remember you can do it!!
Percaya pada diri sendiri. Kalau kita tak percaya pada diri sendiri, pada keupayaan dan kebolehan kita, siapa lagi yang nak percaya kita? You just teach yourself to be useless. But the fact is, you are more than what you know about you!!





Jangan larikan diri dari masalah. Hadapilah ia dengan tabah sehingga ia selesai. Jika kita cuba melarikan diri dari masalah itu, ianya tidak akan pergi tapi ianya akan kekal dengan kita. Dan jika kita hadapinya, kita sedang melatih diri kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya.


 
Hidup kita ini hanya sementara. Kita tidak mampu untuk hidup selama-lamanya walaupun dengan ilmu sains yang terhebat manusia pernah ada. Hargai orang di sekeliling kita, hargai orang yang kita sayang. Jangan bila dia telah pergi baru menyesal.rebut la peluang yang ada di depan mata, mungkin ianya akan menberi sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Keputusan kita hari ini mencorakkan siapa kita di masa hadapan.





Dan yang paling penting sekali, jangan sesekali lupa untuk berdoa. Tidak pernah ada agama di dunia ini yang melarang kita berdoa. Malahan berdoa amatlah digalakkan. Bila kita menghadapi masalah, jangan pula lupakanNYA. Walau siapapun kita, walau sehebat manapun kita, kita tetap ciptaan dia. Kita tetap kalah kerana nyawa kita dalam tanganNYA.


**mcm kasar je bahasa aku kali ni... ish3.. sorry ye kalau korang rasa ianya kasar..

Kalau Dah Cinta, yang buruk itu jadi baik. Betul kah?

Dah masuk bulan mood cintan cintun ni, semua entri pun mood cintan cintun juga.. Perlu ka? :D
ah, lantak la..

Entri kemarin aku bercerita tentang cinta itu ketawa dan air mata.

Kali ini pula aku nak cerita sikit bagaimana kalau seseorang tu dah jatuh cinta secinta-cintanya.. (eh, ada kesalahan tatabahasa kah?)

Banyak orang berkata, kalau dah bercinta, 

yang cacat itu jadi sempurna,
yang buta itu dapat melihat,
yang hodoh itu jadi cantik,
yang jahat itu jadi baik,
yang salah jadi betul.

Pendek kata, semua yang buruk itu jadi baik. Pernah juga ada seorang yang berkata, kalau dah cinta itu, seseorang itu tutup sebelah mata. Tak nampak pun keburukan pasangan mereka itu. Benar kah?

 
Makaseh Pak cik Google

Pada pandangan aku, mungkin ada betulnya benda ni. Kalau tak, kenapa pula ada pepatah mengatakan cinta itu buta. Cinta itu membutakan mata dan hati setiap insan yang dilanda badai asmara.

Tapi yang sedihnya, bila dah kahwin dan ada anak, mereka tak lagi buta. Mata terbuka luas, semua pun kelihatan.Kalau masa bercinta dulu, suara halus macam nak habis bateri saja. Bila dah kawin, gegendang telinga macam nak pecah bila dengar dia bercakap.

Masa bercinta dulu, tiap hari puji sidia. "abang hensem la hari ni" "sayang cantik la hari ni". bila dah kawin, tu semua dah tak ada. Paling pun "awak ni tak mandi ke, apasal bau semacam je ni." (ada ka sampai macam ni?)

Kepada yang dah melalui alam perkhawinan, tentu korang lebih banyak pengalaman kan?

Apa pendapat korang pula?

Cinta itu ketawa dan airmata



Hari ini, aku terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang cinta. Aku ni belum layak nak memperkatakan tentang cinta, namun aku teringin luahkan apa yang terbuku dihati dan tersimpan di kepalaku ketika ini.

Selama aku buat Blogwalking, selalu sangat aku terbaca entri berkaitan dengan cinta. Berbagai cerita, berbagai pendapat. Dan ya, aku akui, semua orang mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing. Begitu juga aku.

Percaya tak korang bila aku katakan cinta itu adalah ketawa dan airmata?

Mungkin ada diluar sana yang tak percaya, tapi itu memang hakikatnya dan kita harus menerimanya.
Kalau dah nak bercinta tu, anda harus ingat bahawa anda telah merelakan diri anda untuk dilukai dan disakiti. Tak pernah ada hubungan yang akan bahagia sepanjang masa, Pasti ada masalah di tengah jalan. Pasti ada yang berderai airmata angkara pasangan masing-masing.


Kadang anda akan sangat bencikan mereka pada suatu ketika, dan pada masa yang lain, dialah satu-satunya insan yang anda paling perlu ketika itu.

Setiap insan memiliki cinta, tetapi bukan semua orang akan dapat bersama insan yang dicintai. Itu adalah hakikat. Tapi ini bukan bermaksud kita tidak akan bersama dengan setiap orang yang kita cintai. Akan tiba masanya suatu hari nanti kita akan bertemu dengan seseorang yang telah dijadikan untuk kita, dan kebahagiaan itu akan menjadi milik kita. Itu sudah pasti, namun kebahagiaan itu sendiri bukan datang bergolek macam bola, tapi kita harus berusaha untuk memilikinya.

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul supaya, bila kita menemui orang yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dan menghargainya.

 


Cinta itu, menyakitkan, cinta itu juga membahagiakan. bagi yang putus cinta, memang akan terasa peritnya. Aku pernah berjanji dulu aku takan bercinta lagi selepas aku kehilangan cinta. Namun, bila masa berlalu pergi, aku terlupa kesakitan itu.

Ada orang berkata, apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka bagi kita, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang lain telah terbuka untuk kita.

Pada yang memilikinya, hargailah dan jagalah sebaik mungkin. Cinta itu suatu yang amat halus dan perlu dijaga dan dibajai. Jika tidak, maka hilanglah ia.

Pada yang tidak memiliki, carilah ia. Cinta itu milik setiap insan. ia diciptakan dan dikurniakan untuk kita.


P/s Sorry ye, entah apa-apa je aku  mengarut ni. entri aku yang terpanjang ke ni? :D

Lelaki Cium Ayam??

Alahai, apa nak jadi la dengan dunia kita sekarang ni. macam-macam benda pelik terjadi. Hari tu masa baca berita online, aku terjumpa berita tentang Bayi berkepala dua. Kali ni pula ada berita pelik lelaki cium Ayam!!?? Apa dah jadi ni main cium-cium ayam? Kalau ya pun cium la girlfriend ka boyfriend korang ke kan? Masuk akal juga, ni cium ayam? uuuweeekk!!

Gambar lelaki tersebut bergurau senda dengan ayam tu

Dah cukup, korang jangan muntah kat blog aku  ni... jom baca berita ni... :D


NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.

Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.
"Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.

Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.
Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.
Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

*Petikan berita dan gambar dari Kosmo!!

p/s Keadaan dunia sekarang ni membuatkan aku bingung sebingung-bingungnya...

p/s/s korang jangan hairan ya, aku memang suka benda yang pelik-pelik... :D

 

Sekitar Hari Membuang Undi MPP UiTM Sabah

Hari yang dinantikan oleh calon mpp UiTM sabah dah sampai. Hari ini adalah hari membuang undi untuk kampus aku ni.(28/01/2010)

Heh, merasa la juga macamana perasaanya bila kita nak mengundi.. we all belum cukup umur lah nak mengundi untuk pemimpin negara!!!  :(

Anyway, aku sempat tangkap gambar curi-curi masa nak mengundi tu. aku memang suka tangkap gambar tapi tak berapa suka nak bergambar. Pelik kan?



Tempat mengundi Bagi Fakulti aku. Lengang saja. Eh, mana pengundi ni... tak turun la dorang ni.. ish3
tak menunaikan tanggungjawab.



Wah, dorang dah mengundi ni.. eh, siap kena bagi bun lepas mengundi. Bagusnya.. Pasni nak selalu mengundi la... hehe


eleh, korang senyum-senyum tu kenapa? dah mengundi ke?


melepak selepas mengundi. eh, takan mengundi pun dah penat kot.
 Fakulti aku... tapi salah lak dorang letak.. sepatutnya Fakulti sains Gunaan la.. ish3..


Daripada pemerhatian, hanya sebilangan kecil sahaja pengundi yang turun mengundi. Ini menunjukkan bahawa mereka belum sedar kepentingan suara dan undi mereka ni. memang tak patut berlaku kan?

Kang, ada masalah mula lah nak menyalahkan badan mpp, padahal semasa nak buang undi, batang hidung pun tak kelihatan.. ish3

tapi kawasan mengundi yang lagi satu tu, agak meriah jugalah. Tapi sayang, aku tak sempat nak snap gambar kat sana..

So, semoga semua ahli majlis perwakilan pelajar yang baru dipilih ni dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik..

Tapi apapun, majula blogger untuk semua!! hehehe..

sekian dari bilik berita Everything Beautiful..

Geng kelas Aku yang comel loteh

Tiap orang pasti akan bertemu dengan kawan baru, mungkin bukan selalu tetapi sepanjang kita hidup pasti kita akan ada masanya kita akan bertemu dengan mereka..

 
Thanks pak cik Google untuk gambar ni


Aku juga mengalaminya semasa mula-mula menginjakkan kaki ke universiti. Mula-mula tu, memang sangat asing bagiku yang langsung tiada kenalan ketika itu. So, masuk kelas pun semua muka stranger saja. Dan bermula la kisah perkenalan aku dengan member-member kelas aku yang biol-biol, best-best dan macam-macam ragam lagi lah.

Sekarang aku dah masuk semester akhir, aku nak tampal muka rakan-rakan aku kat dalam blog aku ni sebagai kenangan yang aku pernah kenal dorang semua ni masa aku belajar.

Meh tengok kawan-kawan aku ni.. :D



azfa, wawa, niks. yang ni model jeans terbaru.. hehe



 
nah, tengok, siap peragakan jeans lagi.Kepada syarikat diluar sana yang perlukan model, sila contact aku, tapi untuk seluar jeans je ya.. hehe
eh, korang beli kat mana tu? kat pasar malam di luar kampus tu ya?




eh, ni ada model baju kurung.. cantik menarik, kau memang kena bomm!! hahaha
Shila and sara... jangan marah



Alahai kesian kat sorang ni.. kenapa tu, sakit? dah makan ubat? Ke rindu kat abang sayang, si Gutz?
yang ni model lab coat.. hehe
jangan marah ya lin.. :D



weh, yang ni member tengah study kuat.. bagus-bagus, teruskan usaha.. (Korang nak lawan aku ke ni masa final nanti?hehehe...)
ida dan farizan, korang jangan marah ye... keluar muka korang dalam blog aku..



alahai, abang manis dan adik cantik... :D
is, comel la ko dengan abang sha.. :D



Abang Nysius tengah bagi ucapan... abang tengok la kt kamera ni... jangan la malu-malu... hehehe :D




Abang Aaron pun tengah berucap juga.. wah, muka yang nampak sangat bersemangat... :D

 
clarice, gadis dusun dari sabah..

Ni sajalah muka kawan-kawan aku yang sempat aku curi nak letak kat dalam blog aku ni. Orang yang paling aku sayang juga ada kat sini... Cuba teka yang mana satu kalau korang tahu...hehehe

Gambar aku nantila aku letak kat sini... mesti ada entri special kalau nak letak gambar aku kat sini... hahaha

Anyway, to all my friends, i hope our friendship will last forever. Not only during our study buat until the end of my breath, you will be my friend!!! :D

p/s entah apa dorang nak buat kat aku pasni kalau dorang tahu muka dorang ni jadi tatapan kat sini....


Perbuatan Yang memalukan lelaki!!!

Entri kali ni adalah khas untuk lelaki je, girls is not allowed, sebab ni adalah kisah benar dan aku rasakan benda ni memang sangat memalukan bagi kaum lelaki.

Tapi if girls readers nak juga baca, jangan pula korang nak kutuk lelaki sebab setiap manusia mempunyai kekurangan masing-masing.



Kisah ni berlaku dengan seorang rakan wanita aku. aku bagi nama si X je la. kang aku bagi nama sebenar, dia pula yang famous, bukan pula si kyuubi ni.. hehehe.. gurau je..

Ok, nak dijadikan cerita, 2 hari yang lepas, selepas habis kelas, kawan aku si X ni nak pulang rumah. Nak pulang rumah, dia kena naik bus. Masa, dalam perjalanan tu, si X ni pun tertidur kerana mungkin kepenatan kot dia ni. aku tak tanya pula..

Masa dia tidur tu, dia terjaga bila menyedari ada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya. Lelaki tu katanya tak boleh duduk diam dan seperti sedang melakukan sesuatu. Bila kawan aku si X ni tengok.. Makkk oooiii!!!! Si lelaki tu tengah melancap @ Onani di sebelahnya!!!

Dan, lelaki tu katanya tak malu nak bagi dia tengok kemaluannya tu?

wei, dah tak tahan sangat ka sampai nak buat macam tu depan orang??? Kalau ya pun nak buat benda tu, buat la kat tempat yang tak ada orang, ni depan orang lain, dah tu perempuan lak tu.. Buat malu kaum lelaki je..

Buat benda tu dosa tau, dia tak tau ke tu, ke tau tapi buat-buat tak tau pula?

Aku yang dengar ni pun malu sangat dah, apa lagi nak buat depan orang.. Tak patut betul la benda ni berlaku..

Tak tau la apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni..


P/s lelaki di luar sana, tolong la jangan malukan kaum kita ni.

Written by no one...


Give me a whisper,
And give me a sigh,
Give me a kiss before you tell me goodbye,


Don't you take it so hard now,
and please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
and times we had baby..


and don't you cry tonight
don' you cry tonight,
don't you cry tonight,


There's a heaven above you baby,
and don't you cry tonight..