Keputusan Penuh Dan Terkini Perlawanan Liga Perdana Inggeris (27 November 2011)
Semalam berlangsung 8 perlawanan Liga Perdana Inggeris manakala hari ini berlangsung 2 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris. Beberapa keputusan mengejutkan dilihat bila Juara Bertahan, Manchester United hanya mampu seri dengan Newcastle di Old Trafford, Arsenal pula hanya seri dengan Fulham dan Pendahulu Liga hanya mampu seri dengan Liverpool.
Perlawanan Semalam (26hb november 2011) membabitkan 16 pasukan dan berikut adalah keputusan perlawanan:
Stoke City Vs Blackburn Rovers
Stoke City menang 3-1. Gol Stoke City dijaringkan oleh Rory Delap(28') Glenn Whelan(58') Peter Crouch(72'). Gol Saguhati Blackburn Dijaringkan oleh Ruben Rochina(86')
Bolton Wanderers Vs Everton
Everton Menang 2-0. Gol Everton Dijaringkan oleh Marouane Fellaini(49') Apostolos Vellios(78')
Chelsea Vs Wolverhampton Wanderers
Chelsea Menang 3-0. Jaringan oleh John Terry(7') Daniel Sturridge(29') Juan Matta(45')
Manchester United Vs Newcastle United
Keputusan Seri 1-1. Gol Manchester United Oleh Chicarito(49') Dan gol Newcastle Oleh Demba Ba(64' penalty)
Norwich City Vs QPR
Norwich City Menang 2-1. Jaringan Norwich City oleh Russel Martin(14') Grant Holt(73') dan jaringan QPR oleh Luke Young(59')
Sunderland Vs Wigan Athletic
Wigan menang 2-1. Jaringan Wigan oleh Jordi Gomez(44' Penalty) Franco Di Santo(90') dan jaringan Sunderland oleh Sebastian Larsson(8')
West Bromwich Albion Vs Tottenham Hotspurs
Tottenham menang 3-1. Jaringan Tottenham oleh Emmanuel Adebayor(25' dan 90') Jermain Defoe(81') dan jaringan West Brom oleh Youssuf Mulumbu(10')
Arsenal Vs Fulham
Seri 1-1. jaringan Arsenal oleh Thomas Vermaelen(82') dan jaringan Thomas Vermaelen(65' og) untuk Fulham
Perlawanan Hari Ini (27hb november) pula membabitkan 4 pasukan;
Swansea City Vs Aston Villa
Seri 0-0
Liverpool Vs Manchester City
Seri 1-1. Jaringan Manchester City oleh Vincent Kompany (31') dan jaringan Liverpool oleh Joleon Lescott(33' og)
Sumber: Espn
Siapa Wanita Paling Seksi Asia?
Kareena Kapoor dinobatkan sebagai Wanita Asia Paling Seksi Di Dunia dalam satu (1) survey yang dijalankan oleh majalah Eastern Eye. Kareena menewaskan pemenang tahun lalu (2010) Katrina Kaif.
Pada yang tak tahu lagi siapa Kareena Kapoor, dia adalah antara pelakon wanita Bollywood yang popular. Pernah membintangi lebih kurang 40 buah filem Bollywood. Mantap gitu!
Pernah menduduki Ranking ke 4 dalam senarai Asia's Sexiest Women pada tahun 2009, dia juga digambarkan sebagai Wanita Paling Cantik Di India oleh Majalah People Pada tahun 2010.
Sumber: Eastern Eye
(Video) Sexy And I Know It Yang Wajib Tonton
Selalunya orang mempersoalkan penggunaan wanita dalam wayang atau dalam video clip lebih-lebih lagi dengan adegan dan pakaian seksi. Apa pula pendapat anda bila mereka menggunakan lelaki untuk adegan yang sama?
Jom layan Clip Video Sexy and I Know it by LMFAO.
Movie Review - Twilight Saga Breaking Dawn Part 1
Twilight Saga kembali lagi kali ini dengan cerita yang penuh debaran: Breaking Dawn Part 1. Tayangan pembukaan di Malaysia pada 24 November iaitu semalam. Pada yang mengikuti siri Twilight ni, sudah pasti anda dapat mengagak jalan cerita, kisah percintaan Puntianak dan Manusia ni.
Siri kali ini lebih membawakan kisah percintaan romantik berbanding siri terdahulu yang lebih kepada aksi: Antara clan puntianak.
Sinopsis
Kisah bermula dengan perkhawinan antara Bella Swan dengan Kekasih puntianaknya, Edward Cullen. Kisah romantik berterusan bila Bella dan Suaminya, Edwad pergi berbulan madu. Seorang puntianak bersama dengan seorang manusia biasa pastinya ada perbezaan, lebih-lebih lagi Edward memiliki tenaga yang tidak dimiliki oleh manusa biasa.
Menyedari hakikat itu, Edward cuba mengawal dirinya terhadap Bella, walaupun Bella sedikit "gatal" dengannya. Ingatkan Panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Tanpa disangka, Bella akhirnya mengandungkan anak Edward, suatu yang diluar jangkaan. Terkejut dengan berita tersebut Edward kembali dari bulan madu kepada keluarga Cullen. Bella pula dalam keadaan yang teruk dimana anak dalam kandungannya memberi kesan buruk pada dirinya; Anak campuran darah anusia biasa dan seorang puntianak.
Kembali ke tempat lama, Bella pula diancam oleh puak serigala apabila mengetahui dia mengandungkan anak Edward disebabkan mereka percaya anak tersebut membaw ancaman kepada puak serigala dan penduduk Bandar Forks.
Dan disaat Bella ingin melahirkan anaknya, nyawanya berada dalam bahaya. Hanya terdapat 2 pilihan yang ada: menukar Bella kepada puntianak atau membiarkan dia sebagai seorang manusia biasa tetapi dia akan terbunuh: saat yang sangat mendebarkan!
Pada pandangan aku sebagai seorang peminat siri Twilight, pada keseluruhannya Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 ini tidak jauh bezanya dari siri terdahulu, Twilight Saga: New Moon (2009) dan Twilight Saga: Eclipse (2010).
Jika dibandingkan dengan siri terdahulu, bahagian kali ini nampak kurang aksi. Mungkin aksi lebih menarik akan dipaparkan pada Breaking Dawn Part 2 nanti.
Bagi aku, terdapat beberapa babak yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dalam 1 adegan atas katil, yang kelihatan hanya mereka bermesra. Tapi apa yang kelihatan pada keesokan harinya, katil patah, tilam dan bantal koyak. Terdapat juga lebam pada badan Bella. Apa yang berlaku?
Apapun, berbaloi juga menonton filem ni walaupun tak sehebat yang disangkakan. Aku berharap lebih banyak aksi dan kejutan dalam siri kali ini, namun ternyata harapan tinggal harapan.
Mungkin Bahagian 2 yang akan dilancarkan pada tahun 2012 membawa lebih umph. Dapat juga kita kehidupan Bella sebagai Puntianak buat kali pertama dan anak mereka, separuh puntianak-separuh manusia, Renesmee.
(Gambar) Evolusi Menjerit Petr Cech Dari Keluang Man Kepada Darth Vadder!
Serius lucu tapi itulah kebenarannya. Daripada retak kepala hingga retak hidung, itulah yang berlaku kepada Petr Cech sejak tahun 2009. Jom kita lihat gambar Evolusi Petr Cech dari tahun 2009 hingga tahun 2012, daripada keluang Man kepada Darth Vadder!

Semasa Petr Cech masih sihat walafiat di zaman dahulu kala tahun 2009
Semasa Petr Cech mengalami keretakan kepala tahun 2010
Selepas beliau mengalami retak Hidung tahun 2011
Err, Seriously yang ini aku tak tahu apa akan berlaku. Patah rusuk kot. haha!
Just for fun!
Sumber gambar: Chelsea FC
Padan Muka Mu Buat Assignment Last Minute
Biasalah kalau dah namanya student, memang ada saja kesibukan. Dengan assignment, nak kuiz, test lagi. Bila nak buat assignment yang berlambak? Nak study untuk kuiz dan test? Lepas tu nak ready untuk final exam lagi. Tapi biasalah, kalau dah namanya student ada saja alasan sibuk, walaupun pada hakikatnya tak sibuk pun. :)
Seriously, Student university yang cemerlang sebenarnya tak sibuk. Macam aku? haha! Diorang sendiri yang menyibukkan diri dengan berjoli, habiskan duit PTPTN. Lepas tu bila duit PTPTN dan habis, mula la call mak ayah nak minta dut, sebab duit dah habis. Alasan? Banyak beli buku, banyak kerja yang perlu beli barang..bla bla bla bla...so duit cepat habis.
Lepas tu, bila tarikh akhir nak hantar assignment tinggal 2 hari lagi, barulah sibuk sana sini cari bahan. Google sana sini, cari buku sana sini. Lepas tu, Bila encik Google tak dapat berikan maklumat yang diperolehi, mula maki hamun encik google. Seriously, yang ni member aku pernah buat. Sebab tu aku tahu. Esok nak hantar assignment, malam ni baru google mengGoogleKan diri. Bila benda tak keluar, dia maki hamun;
Apa Google ni. Aku cari benda satu pun takde. Please la!
Aku tak buat benda-benda macam ni. Aku student yang rajin. haha! Seriously! Sebab tulah sekarang ni aku dah pening nak siapkan assignment. Minggu ni saja ada 3 assignment nak kena submit. Lepas tu nak test lagi. ada 2 test kot!
Tajuk dah lama diberi, tapi kata orang, mood nak buat kerja belum tiba. Mood online fb dan berjoli je ada. Esok nak hantar baru mood datang; baru nak start buat.Lepas tu tak tidur 1 malam gara-gara assignment yang 1 tu. Typical university student style. haha!
Pernah sekali, gara-gara terlalu asyik berseronok, terlupa nak buat assignment. Pukul 12 malam waktu Malaysia baru start buat kerja. Pukul 8.30 keesokan hari kena submit. So anyone, guess what i got for that assignment? Lulus kot!
Sebagai ingatan kepada diri sendiri, rakan taulan, rakan facebook, rakan blogger, rakan twitter, adik-adik yang baru berfikir nak masuk University, kuatkan iman pasang tekad. Jangan buat Assigment last minute, nanti padan mukamu jadi macam panda.
Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris: Pertembungan Antara Tottenham Hotspur Dan Aston Villa
Awal pagi tadi Jam 4.00 (22.11.2011) waktu Malaysia (8.00 PM 21.11.2011 waktu London) berlangsung 1 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris Pertembungan antara Tottenham Hotspur dan Aston Villa di Stadium White Hart Lane yang menyaksikan kemenangan 2-0 Hotspur ke atas Aston Villa.

Tottenham yang beraksi di tempat sendiri memanfaatkan kelebihan apabila menewaskan Aston Villa 2-0 sekaligus melonjakkan kedudukan pada tangga ke 2 liga, 9 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
Kedua-dua gol Spurs dijaringkan oleh Emmanuel Adebayor pada minit ke 14 dengan tendangan ala-ala sepak takraw dan gol ke 2 pada minit ke 40.
Laman Sesawang Harian Malaysia Digodam Selepas Indonesia Kalah Dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea
Mungkin peminat yang tidak dapat menerima tamparan di atas kekalahan Indonesia dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea terhadap Malaysia, laman berita Harian Malaysia digodam sejurus perlawanan tamat yang berkesudahan Indonesia Tewas 4-3 dalam penentuan Sepakan Penalti.
Carian Google Sebelum Digodam
Carian Google Sejurus Digodam
Laman web Harian Malaysia di http://harianmalaysia.my/ tidak dapat diakses selepas perlawanan tamat. Mungkin Geram dengan kekalahan pasukan kesayangan, apatah lagi ini kekalahan kali ke 2 ke atas Malaysia Di gelanggang sendiri selepas mengalami kekalahan dalam Piala Suzuki yang lalu. Hackers menggodam Laman web ini.
Laman Tidak Dapat Diakses Hanya Tulisan Ini yang Muncul
dan Ditulis Dalam Bahasa Indonesia
Tidak pasti sejauh mana kebenaran dan siapa pelaku sebenar yang menggodam laman sesawang ini. Sesiapa pun mampu melakukannya dan mungkin juga ada pihak yang ingin mengeruhkan hubungan kedua negara. Just think Positif.
Apa yang kita harapkan hanyalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain mahupun peminat diluar padang, dalam apa jua permainan, apa jua sukan. Kalah atau menang adat permainan. Kalau tak kalah, tak mungkin dapat mencari kesilapan, dan kalau tak menang, cara penyelesaian terhadap masalah tidak berkesan.
Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea Edisi Ke 26: Malaysia Juara!
Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA Antara Malaysia Menentang Musuh Tradisi, Indonesia berpihak kepada Malaysia apabila Malaysia menang Melalui Sepakan Penalti. Syabas Harimau Muda Malaysia!
Impian Malaysia untuk menjadi juara Sukan SEA menjadi kenyataan untuk edisi ke 26 malam ni. Walaupun Pasukan Indonesia berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 5 perlawanan, semangat menentang pasukan Malaysia tidak goyah. Serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia menyumbat gol penyamaan minit ke 53.
Gol pasukan Indonesia berpunca dari sepakan sudut dan tandukan pemain pertahanan Indonesia, Gunawan yang tidak dikawal terus masuk ke gawang gol Pasukan Malaysia. Pada minit ke 35 perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asrarudin Putra. Kedudukan berlanjutan hingga masa tambahan yang masih terikat dengan kedudukan 1-1.
Dan penentuan Sepakan penalti berpihak kepada Malaysia apabila menang 4-3 sepakan penalti. Syabas Harimau Muda! Dengan kemenangan ini, Malaysia memegang Emas untuk edisi 26 Sukan SEA.
Walaubagaimanapun dari apa yang aku tengok, masih terdapat banyak ruang untuk improvement. banyak kesilapan dan kelemahan yang masih boleh diperbaiki. Pasukan Indonesia juga tidak kurang hebatnya, namun mungkin Tuah memihak Malaysia untuk Edisi kali ini.
Juara asia Tenggara sudah menjadi milik Malaysia untuk kali ke 2 berturut-turut. So kepada pasukan Bola Sepak Malaysia, lepas ni target untuk Piala Asia Pula!
Subscribe to:
Posts (Atom)













