Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris: Chelsea vs Manchester City



Perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris untuk minggu ni berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia dimana pasukan Chelsea menerima kunjungan pendahulu liga, Manchester City. Chelsea akhirnya mengaibkan Manchester City buat pertama kali musim ini dengan menewaskan Manchester City. berikut keputusan penuh perlawanan.


Chelsea   vs   Manchester City ( 2 - 1 )

Raul Meireles 34'        Mario Balotelli 2'
Lampard 83' (pen)      Gael Clichy (Red Card) 58'


Dengan keputusan ini, Manchester City hanya dipisahkan 2 mata dari Manchester United manakala Chelsea melonjak naik ke kedudukan ke 3 dengan 5 mata di belakang Manchester United.

Keputusan lain Liga Perdana Inggeris minggu ni:

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 10 Disember 2011


(Gambar) Evolusi Menjerit Petr Cech Dari Keluang Man Kepada Darth Vadder!



Serius lucu tapi itulah kebenarannya. Daripada retak kepala hingga retak hidung, itulah yang berlaku kepada Petr Cech sejak tahun 2009. Jom kita lihat gambar Evolusi Petr Cech dari tahun 2009 hingga tahun 2012, daripada keluang Man kepada Darth Vadder!


Semasa Petr Cech masih sihat walafiat di zaman dahulu kala tahun 2009



Semasa Petr Cech mengalami keretakan kepala tahun 2010



Selepas beliau mengalami retak Hidung tahun 2011



Err, Seriously yang ini aku tak tahu apa akan berlaku. Patah rusuk kot. haha!

Just for fun!

Sumber gambar: Chelsea FC


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris Hari Ini Pusingan 12 Ahad 20.11. 2011



Setelah berlangsung 8 Perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam, hari Ini (20.11.2011) berlangsung 1 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan Pasukan Chelsea menentang Liverpool di Stadium Stanford Bridge. Jom ikuti Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris Hari Ini.

Chelsea FC vs Liverpool FC


Chelsea yang melayan kunjungan Liverpool di tempat sendiri tidak mampu memanfaatkan kelebihan apabila tewas 1-2 kepada Liverpool. Banyak peluang yang dihasilkan namun tidak ada sentuhan yang mampu mengegarkan jaring pasukan Liverpool. Pada pertengahan babak pertama, bola kelihatan masuk ke gawang Liverpool namun ianya hanyalah deflection dari belakang gawang gol.

Gol pertama Liverpool hadir pada minit ke 33 melalui Maxi Rodriguez hasil daripada kesilapan pertahanan Chelsea dan gol kedua melalui Glen Johnson pada minit 87. Gol saguhati Chelsea pula hadir pada minit 55 melalui Daniel Sturridge.