Di zaman yang serba modern ni, semua benda boleh didapati dengan mudah dengan hanya 1 klik sahaja melalui satu jaringan yang kita panggil internet. Cakap saja nak apa; semua ada. Begitu juga dengan p0rn0grafi. Cakap saja nak style apa, semua ada. Itu semua adalah kenikmatan yang mungkin dicari oleh semua orang tapi ada benda yang kita tidak tahu disebalik kenikmatan itu.
Menurut 1 kajian yang dijalankan, p0rnografi menyebabkan sang lelaki tidak dapat perform dengan baik di bilik tidur. Kenapa? Ini disebabkan oleh pendedahan yang berterusan kepada gambar dan filem-filem erotica atau S€ks menyebabkan kesensitifan berkurangan. Mereka lebih teruja bila menonton filem atau gambar-gambar p0rnografi.
Keadaan ini menyebabkan lelaki kurang teruja bila bersama dengan wanita sebenar dalam keadaan yang biasa. Masalah ini disebabkan oleh ransangan berlebihan dan berterusan terhadap hormon Dopamine, sejenis neurotransmitter yang mengaktifkan tindak balas badan terhadap keseronokan seksual semasa menikmati p0rnografi.
Disebabkan oleh ransangan berterusan, otak akhirnya akan kehilangan keupayaan untuk bertindak balas terhadap isyarat dari Dopamine. Tidak hairanlah jika terdapat lelaki di zaman ini yang kehilangan keupaayan seksual atau mati pucuk di usia pertengahan walaupun mereka mempunyai kesihatan yang baik.
Tengok gambar macam ni pun dah cukup. Tak payah ekstrem sangat :p
Keadaan ini memang suatu merisaukan dan menakutkan bagi kaum lelaki apatah lagi jika kehilangan keupaayan "itu". Lelaki yang kehilangan keupayaan itu akan dipandang rendah apatah lagi oleh kaum wanita. Betulkan aku jika aku tersilap.
Menonton p0rnografi pun bukan untung apa pun. Hanya menambah dosa yang ada, so kalau dah terjebak dengan p0rnografi baik perlahan-lahan kurangkan tabiat ni. Jangan nanti bila dah terkena, baru nak menyesal.
sumber: www.dailymail.co.uk
fuhh last week heboh pasal pic drpd kabus berdarah... sampai fb sy pon kena tempias... dah ler anak sedara saya ramai, klo dorang tertengok kan bahaya.. takut terpengaruh.. fb pun dah banyak pengaruh budak2 supaya malas belajar.. macam2 dunia skang ni.. huhu~~
ReplyDelete@Azmie
ReplyDeletetulah pasal. dunia dah semakin tua dan menuju kehancuran