Awas! Love Bite Atau Gigitan Cinta Sebabkan Strok


Orang kata cinta itu mengasyikkan dan kadangkala cinta itu juga menyakitkan. Tapi itu hanyalah sakit secara batin dan bukan secara fizikal. Tapi apa yang berlaku di Auckland, New Zealand sesuatau yang mengejutkan. Seorang wanita menjadi separuh lumpuh akibat daripada gigitan cinta atau lovebite dari kekasihnya.

*Gambar hiasan dipetik dari Google

Dalam satu kes, seorang wanita berumur 44 tahun dihantar ke hospital dan menderita strok akibat dari lovebite dari kekasihnya. Daripada kajian, doktor mendapati akibat dari lovebite tersebut, saluran darah wanita berkenaan mengalami kerosakan dan menyebabkan pembekuan darah berlaku.

Darah beku yang terbentuk pula bergerak sehingga sampai ke dalam hati wanita berkenaan yang kemudiannya menyebabkan dia diserang strok.

Mungkin bagi sesetengah orang, lovebite adalah salah satu cara untuk mereka menunjukkan cinta dan bermesra, namun harus diingat; jangan kerana terlalu asyik melayan perasaan dan gelodak nafsu sehingga tidak berpada-pada dalam aktiviti tersebut, walaupun dengan isteri ataupun suami anda sendiri. Ianya mungkin menyebabkan kemudaratan.

Kepada mereka yang suka menghadiahkan lovebite atau gigitan cinta pada pasangan masing-masing termasuklah suami atau isteri, sentiasalah berwaspada. Jangan sampai kuasa menghisap tu keterlaluan dan mengakibatkan kemudaratan pada pasangan masing-masing.



No comments:

Post a Comment