Tinggal Di kejauhan

Selama ni, pengalaman hidup aku kiranya mematangkan diri aku ni. Dari umur 13 tahun, aku dah belajar hidup sendiri. Masa tu masuk sekolah menengah, aku terpaksa tinggal di asrama sekolah disebabkan jarak sekolah dan rumah aku tu jauh. Ditambah lagi dengan masalah kenderaan menyebabkan aku terpaksa tinggal kat asrama tu sehingga aku tamat tingkatan 6. Dan dengan pengalaman tingal di asrama bertahun lamanya dan menguruskan hidup sendiri, aku kira aku dah cukup bekalan untuk berjauhan dari tempat asal aku tu.

Namun, jangkaan aku meleset sama sekali. Rupanya, tinggal jauh dari tempat asal lain rasanya dari tinggal di tempat sendiri. Dulu aku pelik bila ada orang kata homesick dan macam-macam lagi. Namun kini, aku pula mengalami benda tu. Aku rindukan rumah. Dulu aku tinggal kat asrama, tapi kat kawasan asal aku juga. So tak la rasa semacam. Tapi kini, keadaan persekitaran aku completely different.

Aku rindukan rakan-rakan yang aku tinggalkan, rindukan parents, rindukan anak kucing kat rumah yang suka berak sana sini. haha. Aku rindukan si dia yang pergi jauh. Pendek kata aku rindukan semuanya!

Tapi kata orang, untuk berjaya kita perlukan perubahan. Dan mungkin perubahan yang aku perlu lakukan untuk berjaya ialah apa yang aku tengah hadapi sekarang ni. Dan moga apa yang aku lakukan ni akan memberikan kejayaan aku aku idamkan suatu hari nanti!

3 comments:

  1. Salam

    Jauh perjalanan luas pengalaman, luas minda dan pastinya lebih yakin menghadapi sebuah kehidupan yg pelbagai liku. Semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. Lama-lama nanti kamu mesti boleh cope.. Saya yakin.. Heehee.. :)

    Kalau rindu, kami semua kan ada.. :)

    ReplyDelete
  3. nie kes rindu kat awek yang lebih nie....

    ReplyDelete