Baru nak merasa tempat orang, dah jatuh sakit pula. Kalau korang ada baca hari tu dalam post ni, aku sebenarnya dapat tawaran untuk menyambung pengajian kat UiTM Shah Alam. Aku dah terima tawaran tu. Hari ahad yang lalu aku dah mendaftar dan sekarang dah sah jadi student Kat UiTM Shah Alam ni.
Tapi yang sedihnya, baru sehari aku di Shah Alam ni, aku dah demam. Mungkin perubahan cuaca kot sebab kat kampung aku kat Sabah, sejuk je. Lepas sampai sini panas la pula. Tapi tak tau la kalau ada sebab lain. Yang aku risau manalah tau ada benda yang lagi serius dari setakat demam biasa je.
Tapi so far, masih ok lagi. Tapi badan masih penat nak sampai sini. Banyak benda belum settle lagi. Kira nak escape je kelas untuk beberapa hari tapi, aku ni kan budak baik. haha. So harap-harap lepas ni demam aku reda. Boleh lah nak tumpukan perhatian untuk study.
Lorr.. Jaga kesihatan leklok.. Semenanjung memang cuaca tak menentu.. Kalau panas tu memang panas gila.. Huhu..
ReplyDeleteget well soon! ngee^^
ReplyDeletejaga kesihatan baik2... cuaca kat semenanjung nie memang panas sikit...
ReplyDelete