PTPTN Buat Aku Pening

Sebelum aku katakan apa-apa disini, aku nak bagitau aku bukannya pening sebab dapat pinjam duit beribu dengan PTPTN ok :D

Beberapa ketika yang lalu, pernah disuarakan bahawa kepada mereka yang miskin dan tak ada duit nak lanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang tinggi atau Universiti, jangan lah terlalu risau dan gundah gulana. Dan diminta juga agar mereka meneruskan pengajian mereka kerana kita mempunyai badan yang membantu memberikan pinjaman pembiayaan pendidikan kepada yang memerlukan terutamanya PTPTN.

Kedengaran memang menyenangkan. Pelajar-pelajar yang miskin juga kini boleh tersenyum gembira kerana mereka kini berpeluang untuk menyambung pengajian kerana masalah kewangan kiranya boleh diatasi dengan adanya badan yang memberi pinjaman selain mengharap pada biasiswa pada pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Aku juga sebenarnya tergolong dalam kalangan yang memang memerlukan pinjaman kewangan ni. Kalau aku tak pinjam duit dengan PTPTN, memang amat payah untuk aku meneruskan pengajian. Dahlah kos sara hidup yang mahal, nak beli buku lagi. Korang bayangkan, aku ada 7 mata pelajaran setiap semester dan rata-rata harga buku dalam lingkungan RM60 hingga RM80. Aku dah habis lebih kurang RM500 untuk buku. Itu adalah anggaran kasar. Belum termasuk kos nak beli alat tulis.

Yuran kolej dicampur dengan yuran pengajian dan duit nak beli buku, boleh habis dalam seribu lebih beb! Mungkin bagi orang berada, jumlah tu tak banyak mana pun. Tak sampai separuh gaji bulanan. Tapi bagi mereka yang ibu bapa tak berpendapatan tinggi, memang akan merasa juga nak bagi duit belanja banyak ni. Dan memang mengharapkan pinjaman terutamanya PTPTN.

Tapi yang aku sedih, diorang ni macam tak sistematik dalam pengurusan nak bagi pinjaman. Hari tu aku beli nombor pin nak mohon untuk kelompok pertama, tapi disebabkan aku tahu lewat, tinggal 2 hari tarikh tutup permohonan untuk kelompok pertama, makanya laman web untuk permohonan mengalami masalah dan aku gagal nak mohon untuk kelompok pertama. Tapi aku masih boleh bertahan.

Selepas itu, aku pun buat permohonan untuk kelompok kedua. Dan aku lega! tak risau lagi pasal duit biarpun duit yang ada dalam tangan semakin hari semakin habis. Tapi yang menyedihkan, bila tarikh approval untuk permohonan kelompok ke 2 keluar dan aku cek status permohonan, nama aku tak tersenarai pun dalam senarai pemprosesan! rupanya permohonan mesti menggunakan laman web lain. Sebab tu permohonan aku dan rakan-rakan yang lain tidak diproses!

Kalau lah diorang tak gunakan laman web tu lagi, kenapa tak delete atau buat sementara waktu, blok website tersebut supaya kitorang yang nak mohon tidak silap buat permohonan kan? Mungkin kitorang boleh mohon untuk kelompok ke 3, tapi itu dah dikira terlalu lewat. Kitorang dah risau fikir nak guna duit mana sebelum pinjaman diluluskan. Kata nak bagi senang yang tak mampu. Tapi ni dah bagi orang susah.

Tolonglah, kalau laman tu tidak digunakan, jangan upload ke server dulu, biar laman yang digunakan je yang diupload agar tak ramai yang tersilap nanti.

10 comments:

  1. @jane, aku tak lah sampai hate dorang coz aku tetap pinjam dgn dorang ni, tapi mmg tak suka lah diorg ni tak sistematik la..

    ReplyDelete
  2. ptptn mmg mcm tu heh bengang je an

    ReplyDelete
  3. huhuuu sabar je laa.. belum upgrade jd sistematik lg kut. ;D

    ReplyDelete
  4. ler diorang takde bagi notification psl tukar website baru ke?

    ReplyDelete
  5. Itu la kelemahan dgn badan-badan macam ni. Selalu menyusahkan pengguna. Bukan nak condemn tapi kalau nak jadi negara berpendapatan tinggi, mentaliti juga kena tinggi sama taraf.

    ReplyDelete