Aku Menang Nescafe Contest!

Yeay! Aku menang cabutan bertuah dari Nescafe U contest! begitulah bunyinya sms yang aku terima tengahari tadi. Tapi hati aku sedikitpun tidak teruja biarpun dah menang cabutan bertuah. Sebabnya aku tak percaya langsung sms tu!

Korang bayangkan, sms yang aku terima tu menggunakan bahasa rojak. Melayu dan English. Korang fikir syarikat Nescafe nak malukan diri ke nak hantar sms dengan bahasa rojak? Betul tak?
Dah tu, aku tak pernah join mana-mana cabutan bertuah atau prtandingan atau daftarkan number hp aku ni kat mana-mana pertandingan. Macamana pula tetiba je number aku boleh menang cabutan bertuah kan? Licik ah dorang ni nak tipu. Sekarang ni pun banyak kes tipu macam ni.

Hah ni sms penuh yang aku terima dari number phone ni (+6285210921125) tengahari tadi.
Competition info: NESCAFE contest, your phone number menang hadiah RM27.00 From cabutan b'tuah "Nescafe"u/ Info sila call; +6287842711377

Hah korang baca sms tu, korang percaya tak? Dahlah banyak kesalahan ayat tu kan? Aku baca sekali je dah tak percaya. Nasihat aku la kan, jangan lah mudah sangat percaya pada apa-apa sahaja sms yang kita terima apatah lagi jika membabitkan wang ringgit. Nanti mengharap dapat duit yang dijanjikan, akhirnya duit kita yg lesap.

9 comments:

  1. jgn pecaye..no tel indon :P

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kawan aku dapat "Anda menang cabutan bertuah RM10.000" Hahaha dah lah RM10.000 bukan RM10,000. Penipu besar!

    Latest Updated From Me: Body Shop (Kedai Badan) ;)

    ReplyDelete
  4. haha!aritu pon ade no indon gak anto,tahniah anda berjaya memenangi produa.eja perodua pon xbetol,ade ati nk kasi adiah keta kt org.kihkihkih!

    ReplyDelete
  5. haha your phone no menang. Indonesia kalau kita tulis 100,000 dia tulis 100.000

    kekekekeke

    ReplyDelete
  6. tengok la nombor tue... lain macam jer...

    ReplyDelete
  7. hahahahhhaaha
    aku pernh dpt sms tahniah mng poweroot

    pdhal tk prnh mnum pun
    ceh je

    ReplyDelete
  8. hik3..saya pun pernah..scam camnila..petronas..siap nak pi telefon lagi..tgk2 no handset..terus saya gertak mamattu..hak3..

    ReplyDelete
  9. Kalau ko tak pernah join kontest tu, sah-sah tipu.

    ReplyDelete