Aku Menang Nescafe Contest!

Yeay! Aku menang cabutan bertuah dari Nescafe U contest! begitulah bunyinya sms yang aku terima tengahari tadi. Tapi hati aku sedikitpun tidak teruja biarpun dah menang cabutan bertuah. Sebabnya aku tak percaya langsung sms tu!

Korang bayangkan, sms yang aku terima tu menggunakan bahasa rojak. Melayu dan English. Korang fikir syarikat Nescafe nak malukan diri ke nak hantar sms dengan bahasa rojak? Betul tak?
Dah tu, aku tak pernah join mana-mana cabutan bertuah atau prtandingan atau daftarkan number hp aku ni kat mana-mana pertandingan. Macamana pula tetiba je number aku boleh menang cabutan bertuah kan? Licik ah dorang ni nak tipu. Sekarang ni pun banyak kes tipu macam ni.

Hah ni sms penuh yang aku terima dari number phone ni (+6285210921125) tengahari tadi.
Competition info: NESCAFE contest, your phone number menang hadiah RM27.00 From cabutan b'tuah "Nescafe"u/ Info sila call; +6287842711377

Hah korang baca sms tu, korang percaya tak? Dahlah banyak kesalahan ayat tu kan? Aku baca sekali je dah tak percaya. Nasihat aku la kan, jangan lah mudah sangat percaya pada apa-apa sahaja sms yang kita terima apatah lagi jika membabitkan wang ringgit. Nanti mengharap dapat duit yang dijanjikan, akhirnya duit kita yg lesap.

PTPTN Buat Aku Pening

Sebelum aku katakan apa-apa disini, aku nak bagitau aku bukannya pening sebab dapat pinjam duit beribu dengan PTPTN ok :D

Beberapa ketika yang lalu, pernah disuarakan bahawa kepada mereka yang miskin dan tak ada duit nak lanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang tinggi atau Universiti, jangan lah terlalu risau dan gundah gulana. Dan diminta juga agar mereka meneruskan pengajian mereka kerana kita mempunyai badan yang membantu memberikan pinjaman pembiayaan pendidikan kepada yang memerlukan terutamanya PTPTN.

Kedengaran memang menyenangkan. Pelajar-pelajar yang miskin juga kini boleh tersenyum gembira kerana mereka kini berpeluang untuk menyambung pengajian kerana masalah kewangan kiranya boleh diatasi dengan adanya badan yang memberi pinjaman selain mengharap pada biasiswa pada pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Aku juga sebenarnya tergolong dalam kalangan yang memang memerlukan pinjaman kewangan ni. Kalau aku tak pinjam duit dengan PTPTN, memang amat payah untuk aku meneruskan pengajian. Dahlah kos sara hidup yang mahal, nak beli buku lagi. Korang bayangkan, aku ada 7 mata pelajaran setiap semester dan rata-rata harga buku dalam lingkungan RM60 hingga RM80. Aku dah habis lebih kurang RM500 untuk buku. Itu adalah anggaran kasar. Belum termasuk kos nak beli alat tulis.

Yuran kolej dicampur dengan yuran pengajian dan duit nak beli buku, boleh habis dalam seribu lebih beb! Mungkin bagi orang berada, jumlah tu tak banyak mana pun. Tak sampai separuh gaji bulanan. Tapi bagi mereka yang ibu bapa tak berpendapatan tinggi, memang akan merasa juga nak bagi duit belanja banyak ni. Dan memang mengharapkan pinjaman terutamanya PTPTN.

Tapi yang aku sedih, diorang ni macam tak sistematik dalam pengurusan nak bagi pinjaman. Hari tu aku beli nombor pin nak mohon untuk kelompok pertama, tapi disebabkan aku tahu lewat, tinggal 2 hari tarikh tutup permohonan untuk kelompok pertama, makanya laman web untuk permohonan mengalami masalah dan aku gagal nak mohon untuk kelompok pertama. Tapi aku masih boleh bertahan.

Selepas itu, aku pun buat permohonan untuk kelompok kedua. Dan aku lega! tak risau lagi pasal duit biarpun duit yang ada dalam tangan semakin hari semakin habis. Tapi yang menyedihkan, bila tarikh approval untuk permohonan kelompok ke 2 keluar dan aku cek status permohonan, nama aku tak tersenarai pun dalam senarai pemprosesan! rupanya permohonan mesti menggunakan laman web lain. Sebab tu permohonan aku dan rakan-rakan yang lain tidak diproses!

Kalau lah diorang tak gunakan laman web tu lagi, kenapa tak delete atau buat sementara waktu, blok website tersebut supaya kitorang yang nak mohon tidak silap buat permohonan kan? Mungkin kitorang boleh mohon untuk kelompok ke 3, tapi itu dah dikira terlalu lewat. Kitorang dah risau fikir nak guna duit mana sebelum pinjaman diluluskan. Kata nak bagi senang yang tak mampu. Tapi ni dah bagi orang susah.

Tolonglah, kalau laman tu tidak digunakan, jangan upload ke server dulu, biar laman yang digunakan je yang diupload agar tak ramai yang tersilap nanti.

Nuffnang Masih Sayang Aku

Salam 1 Malaysia semua. :D

Rasanya, sekarang aku dah jarang menulis. Korang pun nampak, dalam seminggu mungkin adalah 2 atau 3 post baru aku. Tapi itu bukan bermakna aku dah tak minat menulis, tapi disebabkan beberapa masalah menyebabkan aku malas nak menulis. Laptop yang sentiasa menemani aku dah rosak pula, so memang susah lah nak online.

Namun dalam aku tak aktif menulis ni, dalam sebulan lebih nuffnang tetap sayangkan aku. Haha. Aku masih dapat beberapa biji buffered ads. Walaupun tak banyak yang aku dapat, diorang tetap nak bagi aku buffered ads. Masa aku aktif dulu, tak pula diorang letak ads. Sekarang pengunjung pun dalam lingkungan 10 orang je sehari, so memang tak banyak dapat pun. So memang rezeki aku la tu.

Nanti bila masalah laptop tu dah selesai, mungkin baru aku aktif balik menulis. Tapi itu pun belum pasti bilakah masanya akan tiba. Mungkin masih lama lagi akan berlaku. Sebab, yang sebenarnya, aku nak jadi blogger tegar sepanjang zaman!


Tinggal Di kejauhan

Selama ni, pengalaman hidup aku kiranya mematangkan diri aku ni. Dari umur 13 tahun, aku dah belajar hidup sendiri. Masa tu masuk sekolah menengah, aku terpaksa tinggal di asrama sekolah disebabkan jarak sekolah dan rumah aku tu jauh. Ditambah lagi dengan masalah kenderaan menyebabkan aku terpaksa tinggal kat asrama tu sehingga aku tamat tingkatan 6. Dan dengan pengalaman tingal di asrama bertahun lamanya dan menguruskan hidup sendiri, aku kira aku dah cukup bekalan untuk berjauhan dari tempat asal aku tu.

Namun, jangkaan aku meleset sama sekali. Rupanya, tinggal jauh dari tempat asal lain rasanya dari tinggal di tempat sendiri. Dulu aku pelik bila ada orang kata homesick dan macam-macam lagi. Namun kini, aku pula mengalami benda tu. Aku rindukan rumah. Dulu aku tinggal kat asrama, tapi kat kawasan asal aku juga. So tak la rasa semacam. Tapi kini, keadaan persekitaran aku completely different.

Aku rindukan rakan-rakan yang aku tinggalkan, rindukan parents, rindukan anak kucing kat rumah yang suka berak sana sini. haha. Aku rindukan si dia yang pergi jauh. Pendek kata aku rindukan semuanya!

Tapi kata orang, untuk berjaya kita perlukan perubahan. Dan mungkin perubahan yang aku perlu lakukan untuk berjaya ialah apa yang aku tengah hadapi sekarang ni. Dan moga apa yang aku lakukan ni akan memberikan kejayaan aku aku idamkan suatu hari nanti!

Penyakit Takut Jarum

Sekarang nampaknya aku dah jarang dapat menulis. Dah la duduk kat tempat orang kan, pastu laptop pula buat hal. Nak tunggu ada budget baru boleh nak dibaiki. Lantaran itu, agak lama lah sarang ni sunyi sepi. Yang ada pun mungkin binatang buas yang sesat kat sini. haha

Ok, balik kepada penyakit takut jarum suntikan. Bukanlah takut jarum suntikan sebenarnya, tapi alahan pada jarum suntikan :D. Ada ke penyakit macam ni? Kalau takut kena suntikan tu adalah. Tapi hari tu, kalau orang baca post aku sebelum ni, aku tak berapa sihat. So, aku bertandanglah ke pusat kesihatan dengan hajat nak minta ubat.


Lepas jumpa doktor, aku disuruh ke bahagian makmal nak ambil sampel darah buat ujian, manalah tau ada penyakit serius yang lain kan. So leps saja proses ambil darah selesai, aku balik ke bilik doktor tu sambil menunggu dipanggil. Tapi lepas je dalam 5 minit, tiba-tiba je aku pengsan kat tempat tu. Memang lepas ambil darah tu, aku rasa pening sikit, tapi tak sangka la pula boleh pengsan.

Sebenarnya dah 3 kali aku pengsan lepas dapat suntikan. Bukan ambil sampel darah je. Hari tu, aku diberi suntikan sebab tangan aku luka. Lepas beberapa minit je, aku pitam kat tempat tu juga. Ni berlaku kat sabah lagi. Bila aku bagitau kat doktor tu, dia kata aku ada masalah dengan jarum suntikan. So maksudnya aku ni tak boleh suka hati je nak suntik. hehe. kang pengsan sapa susah?

Tapi aku tak taulah nama sakit tu. Betul ke ada benda macam ni? Aku pun tak tau. Hanya doktor je yang tau. Dan mungkin juga Akak Dr Farhana ni tau kan? :D

Im Not Feeling Well

Baru nak merasa tempat orang, dah jatuh sakit pula. Kalau korang ada baca hari tu dalam post ni, aku sebenarnya dapat tawaran untuk menyambung pengajian kat UiTM Shah Alam. Aku dah terima tawaran tu. Hari ahad yang lalu aku dah mendaftar dan sekarang dah sah jadi student Kat UiTM Shah Alam ni.

Tapi yang sedihnya, baru sehari aku di Shah Alam ni, aku dah demam. Mungkin perubahan cuaca kot sebab kat kampung aku kat Sabah, sejuk je. Lepas sampai sini panas la pula. Tapi tak tau la kalau ada sebab lain. Yang aku risau manalah tau ada benda yang lagi serius dari setakat demam biasa je.

Tapi so far, masih ok lagi. Tapi badan masih penat nak sampai sini. Banyak benda belum settle lagi. Kira nak escape je kelas untuk beberapa hari tapi, aku ni kan budak baik. haha. So harap-harap lepas ni demam aku reda. Boleh lah nak tumpukan perhatian untuk study.