Naib Canselor UiTM Yang Baru : Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Rasanya semua dah tahu bahawa Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah bertukar daripada Tan Sri Dato' Seri Professor Dr Ibrahim Abu Shah kepada Naib Canselor yang baru iaitu Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Sebenarnya pertukaran ni berkuatkuasa pada 1 januari yang lalu. Dah nak dekat 3 bulan dah. Kira dah lama la tu. Dan memandangkan aku ni student UiTM juga, aku nak juga tulis pasal ni. Kalau korang student UiTM pasti tahu perkara ni kan? :D



Pemilihan Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor UiTM yang baru rasanya sangat bertepatan memandangkan beliau sendiri adalah hasil UiTM sendiri. Beliau juga telah lama berkhidmat dengan UiTM dalam pelbagai bahagian antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Tahniah atas pemilihan Datuk sebagai Naib Canselor UiTM yang Baru. Kami Pelajar UiTM amat berbesar hati menerima  Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor UiTM. Semoga kita bersama dapat membawa kemajuan kepada UiTM.