Korang tahu tak Proton akan mengeluarkan model kereta terbaru yang diberi nama Proton Emas? Teruja tak korang? haha. Tengok nama je, aku dah pelik. Proton Emas? Tapi lepas aku tanya pak cik Google tentang benda ni, ya memang betul Proton akan mengeluarkan Model Proton EMAS. Dan menurut berita lagi, pengeluaran model EMAS ni akan bermula pada tahun 2012. Tak lama lagi kan? Ada 3 tahun lagi untuk kita melihat satu lagi kereta nasional akan dikeluarkan selepas Proton Exora. EMAS sebenarnya adalah akronim bagi Eco Mobility Advance solution.Wah, nama pun cukup hebat. Semoga kereta ni pun sehebat namanya. :D
Inilah Model kereta terbaru dari Proton iaitu, Proton EMAS
Sebenarnya model kereta ini telah pun dilancarkan semasa international motor show di Geneva, Switzerland dan pelancaran tersebut disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun pihak pengurusan Proton Holding menyatakan bahawa masih memerlukan masa untuk memulakan pengeluaran Proton emas untuk dipasarkan.
Terdapat 3 variants untuk kereta ini iaitu, 5-doors/4-seater EMAS, 3-door/4-seater EMAS3 and Emas Country yang boleh memuatkan 5 penumpang. Kereta ni juga akan dikeluarkan dalam 3 jenis sumber tenaga iaitu dengan jenis pertama yang menggunakan sepenuhnya elektrik, yang kedua hybrid dan yang ketiga menggunakan petrol atau diesel.
Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Model EMAS
Proton sekarang berada dalam fasa terakhir dalam menentukan rekaan untuk model ni dan diharapkan agar mereka dapat memulakan fasa pembuatan secepat mungkin.
Wah, memang model yang dikeluarkan kali ni berbeza dari model-model yang terdahulu. Dengan pengeluaran model ni juga, proton berharap dapat bersaing di peringkat antarabangsa. dalam pasaran kereta Semoga pihat Proton berjaya dalam misi mereka kali ni.
Syabas Proton!
kesimpulannya
ReplyDeletebelilah barangan buatan malaysia ..
ngahahhahaha ~~~
smart la keter nih..
ReplyDeletekaler putih lak tu, cun..
eh, design die mcm keta mercedez compact tu, mcm kete hantar sushi kat jepun pon ade gak..hahahahaah
ReplyDeletetp cute, cun gak..
senang nak parking neh
kereta emas.... hanya orang beremas jer dapat beli.... namapak cam mahal...
ReplyDeleteeh kyuubi, nama tun tu ada salah ckit la ejaannya.. tolong betulkan ye... :D tapi apapun, keta tu cute...if i have money... i wan 1...hehe
ReplyDeletewow!!..
ReplyDeletetapi nak tunggu lagi 3 thn
huhu
mesti mahal.. kot
bagos2
satu pintu je ke?
ReplyDeleteaiseh..
design da smart dah
kenapa pelik sangat rupa dia? macam futuristik sangat je. haha
ReplyDeletesaya suka gak tengok...mcm ala2 smart car body nyer...
ReplyDeleteOohh.. kalau single cam kita sesuai la..
ReplyDeletekalau yg ada family ramai, x muat tu.. hehehe...
smart ah kete tu! tp msh ingn memiliki satria neo cps...hehe
ReplyDeleteku mahu kancil..
ReplyDeleteckup utk masa ni..
nnt mintak hntaran bmw..
ok??
deal??
hahaha
macam best jep? tp, sayang yea tk leh bawak keta.. T____T sob! sob~~~
ReplyDelete