Kerana Terlalu Kelaparan

Korang pernah tak berada dalam kelaparan yang teramat sangat? Badan rasa lemah dan sedikit menggeletar? hah, tu baru dalam keadaan kelaparan namanya. Aku pernah, dan selalu berada dalam keadaan demikian disebabkan kekangan masa dan kesibukan, aku selalu terlepas nak makan. Tapi kadang-kadang sengaja tak makan. Hehe.

Pernah sekali tu, dahlah pagi tu tak sarapan. Pastu tengahari pula aku makan biskut kering saja. Manakan tak lapar tahap dewa kan? Sampai badan tu terasa seram sejuk tak ada tenaga. haha. Ok, nak dijadikan cerita, selepas habis kelas hari tu, aku terus balik ke bilik. Dan kerana tahap kelaparan yang melampaui tahap dewata tingkat ke 18, Aku singgah terus ke cafe nak beli makanan. Aku berjanji pada diri aku mesti bagi perut aku ni penuh. Betul-betul penuh selepas seharian berhempas pulas tak makan. Tapi tu pun salah aku juga, tak makan. Hahaha




Siap sahaja beli makanan, aku terus balik bilik dengan hasrat nak makan. Dan bila aku buka bungkusan makanan tu, ala sikit sangat nasi yang kakak tu bagi. Masa aku lapar, tak pula dia bagi banyak. masa aku tak berapa lapar, macam gunung pula nasi kakak tu bagi. huh!

Memandangkan nasi aku rasa tak cukup, maggie menjadi sasaran. Aku sambar sebungkus maggi dan terus aku masak. Tak sampai 5 minit, siaplah hidangan maggi aku. Siap masukkan segala perasa yang perlu, aku terus melahap makanan yang ada depan mata. Tapi, bila aku makan maggi aku tu, rasa pelik. Tapi aku tak hairan. Kali kedua aku jamah maggi tu, baru aku hairan. Kenapa maggie aku ni tak sedap. Nama saja jenama maggi sedap perisa soto ayam, tapi tak sedap Ceh! aku makan lagi, heemm, tak cukup rasa. Mulalah aku mencaci maggie ni. Nama saja maggie sedap, tapi tak sedap, getus hatiku. Namun kerana kelaparan, aku terus saja makan hingga habis dengan perasaan yang pelik sebab tak pernah sekalipun dalam hidup aku maggi jadi rasa macam tu. Tawar!

Selepas habis makan, aku pun berehat kejap. Dalam aku berehat tu, tiba-tiba aku terjumpa sesuatu kat atas meja aku tu. Korang tahu apa bendanya tu? ianya adalah perasa maggie tadi tu!! perencah sup maggie tu aku terlupa nak letak dalam sup. Patutlah pelik saja rasanya, rupanya perencah tak ada! cis! haha