Konsep Rekaan iPhone 5 Yang Supercool


Produk Apple, iPhone dah jadi 1 fenomena baru dalam dunia teknologi. Dulu, sebelum iPhone 4S dilancarkan, banyak rumors tentang rekaan dan design yang nampak gila-gila dan futuristic. Dan ianya bukan iPhone 4S seperti yang ada sekarang ni, ianya iPhone 5!
Namun, yang pasti bila Apple lancarkan produk tersebut, ianya jadi iPhone 4S. Pasti peminat iPhone yang ternanti-nanti kemunculan iPhone ni terkecewa.



Apple iPhone 5 tidak akan keluar dalam masa yang terdekat, namun dah banyak design dari perekacipta yang cuba meneka rekaan iPhone 5 ni. Terbaru, pereka dari Itali Federico Ciccarese merekacipta versi iPhone 5 beliau.


 Rekaan ni nampak supercool dan comel. Kelihatan seperti Apple mouse.




Ini bukanlah rekaan iPhone 5 yang sebenar, tapi hanya imaginasi dari perekacipta Itali, Federico Ciccarese. Namun begitu rekaan ni nampak supercool dan hebat.

Bagaimanalah rupa sebenar iPhone 5 jika ianya dilancarkan?



Keputusan Kelayakan Bola Sepak Sukan Olimpik London 2012: Malaysia Tewas Kepada Jepun


Gambar dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2012


Mungkin belum tiba masanya lagi Pasukan Harimau Malaya untuk pergi lebih jauh lagi dalam arena bola sepak antarabangsa. Pasukan Harimau Malaya terpaksa akur dengan kehebatan Jepun dalam Saingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 Zon Asia apabila tewas 0-4.

Gol-gol Jepun dijaringkan oleh Sakai Hiroki (35'), Osako Yuya (44'), Haraguchi Genki (55') dan Saito Manabu (60').

Malaysia yang berada dalam kumpulan C bersama Jepun sebelum ni tewas kepada Jepun 0-2 dalam perlawanan pertama pada september 2011. Perlawanan ke 2 di Bukit Jalil juga menyaksikan Malaysia tewas 0-4, keputusan yang menyedihkan buat semua penyokong Psukan Harimau Malaya. Namun apakan daya, kita dah menyokong habisan-habisan tapi mereka yang beraksi di tengah padang.

Aku sempat juga menonton minit-minit terakhir perlawanan tersebut; Dan ternyata pasukan Malaysia belum mampu menyaingi gergasi bola sepak Asia ini.

Daripada apa yang aku tengok, banyak kelemahan yang boleh diperbiki, skill perlu dipertingkatkan. Pemain juga harus berfikiran tajam dan mampu membuat keputusan bijak dan cepat. Bukan perlu tahu tendang bola saja.

Semangat dah ada, cuma mungkin pemain perlukan lebih pendedahan. Mungkin sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak kita memikirkan langkah bagaimana untuk menaikkan keupayaan bola sepak Malaysia, bukan setakat mampu jadi jaguh kampung sahaja.

Rest In Peace 2011! Gadis Hot menanti di 2012!



So it's new Year already!

Bermula lagi tahun yang baru, dan seperti kebiasaannya kebanyakan orang sangat teruja dengan kedatangan tahun baru. Teruja sebab? Hei the only things yang berubah adalah nombor! 2011 to 2012!



So bermacam azam dilemparkan semoga menjadi kenyataan di tahun ini, seperti tahun-tahun yang sudah. Nak jadi baik, tapi tetap kutuk orang. Nak simpan duit tapi tetap boros berbelanja. Tapi bak kata Sheila On 7, itu aku.

Walauapapun, perubahan nombor 1 ke 2 itu sepatutnya juga kita membawa perubahan kepada diri juga. Tinggalkan 2011. Lupakan yang pahit, simpan yang manis. Kegagalan kita jadikan semangat untuk berjaya, kejayaan kita jadikan motivasi untuk lebih berjaya.

Tahniah Lisa Surihani kerana akan berkahwin tahun ini, Lupakan Jepun yang dilanda Tsunami dan malapetaka Nuklear tahun lalu. Simpan sebagai kenangan Malaysia jadi juara bola sepak sukan Sea tahun 2011.

Lupakan ex-girlfriend dan ex-boyfriend kalau korang putus cinta tahun 2011. Pastinya 2012 ada banyak wanita hot dan jejaka kacak korang akan jumpa.

Dan lupakan History Channel siarkan Dokumentary tahun 2012 adalah doomsday.

Live life unto the fullest!


Keputusan Liga Perdana Inggeris 01 Disember 2012


Gambar dari https://www.ents24.com/


2 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung hari ini dan yang menjadi tumpuan ialah perlawanan Manchester City menentang Sunderland. Namun nampaknya prestasi City semakin turun akhir-akhir ini bila beberapa perlawanan akhir mereka tidak memihak kepada City.

Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Hari Ini;


West Bromwich Albion   ( 0 - 1 )   Everton


Sunderland     ( 1 - 0 )     Manchester City


Keputusan ini tidak membawa perubahan besar terhadap kedudukan pasukan-pasukan dalam carta Liga Perdana Inggeris, namun ianya masih memberi ruang yang besar untuk Manchester United untuk memintas City.




Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 31 Disember 2011



Gambar dari https://www.ents24.com/

Sempena hujung tahun 2011, 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung untuk penutup tirai 2011. Dan menyedihkan untuk penyokong Manchester United apabila mereka tidak dapat meneruskan kemaraan menang besar ke atas kelab bahwahan Liga Perdana. Chelsea Pula diaibkan di tempat sendiri.

Berikut adalah Keputusan Penuh dan Terkini Liga Perdana Inggeris Hari Ini;



Manchester United       (2 - 3 )     Blackburn Rovers





Arsenal      ( 1 - 0 )     QPR




Bolton Wanderers      ( 1 - 0 )      Wolverhampton Wanderers




Chelsea      ( 1 - 3 )    Aston Villa




Norwich City    ( 1- 1 ) Fulham




Stoke City   ( 2 - 2 ) Wigan Athletic




Swansea City ( 1 - 1 ) Tottenham Hotspurs




Masih Ada Kah Toyol Di Zaman Ini?



Teringat filem Jangan Pandang Belakang Congkak beberapa tahun dulu, 2009 kalau tak silap aku, di mana Cat Farish berlakon sebagai seorang toyol. Zaman dulu mungkinlah toyol tu wujud, tapi zaman sekarang ni, masih wujudkah toyol? Masih ada kah yang memelihara toyol?



Persoalan ni timbul bila berlaku kecurian kat rumah sewa aku hari ni. Dan yang peliknya, pencuri tu hanya mencuri sebiji Handphone i-Phone 4, duit RM50. Laptop aku dan member yang lain tak terusik pun walaupun laptop kitorang bertempiaran dalam rumah.

Pencuri mana yang sanggup tinggalkan laptop dan hanya mencuri wang RM50 dan sebiji i-phone model lama?

Terkejut juga bila bangun pagi tadi, member bagitau ada kecurian kat bilik diorang, tapi nasib juga bilik aku tak terusik pun. Walaupun pintu bilik tak terkunci dan tingkap terbuka luas masa kitorang tidur.

Kitorang fikir, ada member lain dalam rumah yang buat hal memandangkan ada member menyewa yang baru masuk. Tapi ada kemustahilan disitu disebabkan beberapa bilik lain pula juga dimasuki cuma bantal dan katil saja yang berubah. Tak hilang benda pun. So muncul pula idea toyol ni.

Beberapa hari sebelum ni, kitorang memang sangat bising selama 2 hari kat rumah. So mungkin ada jiran yang tak puas hati dengan kitorang dan hantar toyol diorang ganggu kitorang kat rumah. Tapi itu cuma andaian, tak tahu betul atau tak. Tapi possibility tu ada.

Memandangkan benda dah jadi, redha sajalah. Kalau benar toyol yang buat, memang tak boleh nak buat apa. Cuma aku terfikir, benarkah toyol ni wujud dan masih wujudkah di zaman ini?

Tapi kalau ni perbuatan manusia, semoga orang tu mendapat balasan yang setimpal.


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 28 Disember 2011


Gambar dari https://www.ents24.com/

Hari ini berlangsung lagi 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan 6 pasukan. Dan tumpuan pastilah terarah kepada pertembungan Arsenal dan Wolverhampton Wanderers di Emirates Stadium, England dan pertembungan Swansea City dan kelab yang dibeli Datuk Tony Fernandez, Queens Park Rangers.

Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 28 Disember 2011;


Arsenal ( 1 - 1 )  Wolverhampton Wanderers
Gervinho (7')          Steven Fletcher (38')


Swansea City     ( 1 - 1 )     Queens Park Rangers
Danny Graham (14')              Jamie Mackie (58')

Norwich City   ( 0 - 2 )   Tottenham Hotspur
                                        Gareth Bale (55')
                                        Gareth Bale (67')


Keputusan Lain Liga Perdana Inggeris;

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 26 Disember 2011


 




Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 26 Disember 2011



Selepas Christmas semalam 25 Disember 2011, Liga Perdana Inggeris terus membuka tirai dengan 7 lagi perlawanan berlangsung membabitkan 14 pasukan.

Perlawanan tumpuan pastilah pendahulu Liga, Manchester City menentang West Brom. Beberapa perlawanan tumpuan termasuklah Chelsea menentang Fulham, Manchester United menentang Wigan dan Liverpool menentang Blackburn Rovers.

Berikut adalah perlawanan yang berlangsung malam ini dan Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris;


Chelsea        vs      Fulham ( 1 - 1 )
Juan Matta (47')           Clint Dempsey (56')


   Bolton Wanderers    vs      Newcastle United ( 0 - 2 )
                                     Hatem Ben Arfa (69')
                             Demba Ba (71')


        Liverpool           vs     Blackburn Rovers ( 1 - 1 ) 
Charlie Adam (45' og)           Maxi Rodriquez (53')      


Manchester United v Wigan Athletic ( 5 - 0 )
Park Ji Sung (8')                                           
 Dimitar Berbatov (41')                                    
  Dimitar Berbatov (58')                                     
    Antonio Valencia (75')                                        
  Dimitar Berbatov (78' Pen)                               


Sunderland         vs            Everton ( 1 - 1 )
         Jack Colback (26')               Leighton Baines (51')     


West Bromwich Albion    vs     Manchester City ( 0 - 0 )


Stoke City     vs     Aston Villa ( 0 - 0 )



Malang bagi Manchester City yang terpaksa akur dengan West Bromwich apabila hanya mampu seri. Keputusan ini merapatkan jurang kedudukan dengan hanya perbezaan gol yang membezakan Manchester City sebagai pendahulu liga dengan Manchester United yang mengekori rapat.


HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akhirnya Mengumumkan Tarikh Perkhawinan Mereka



Berita HOT!

Seperti yang kami tulis semalam tentang pengumuman tarikh pernikahan Yusri dan Lisa Surihani, hari ini Yusri dan Lisa akhirnya meleraikan teka teki tentang tarikh perkhawinan mereka.

Bertempat di Hotel Mariot Putrajaya, Yusri dan Lisa membuat pengumuman kepada media mengenai tarikh pernikahan mereka.


Seperti yang dijangka semua pihak, mereka bakal bernikah awal tahun depan iaitu pada 23 february 2012. Majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Majlis Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Majlis resepsi perkhawinan pula pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Tahniahlah kami ucapkan pada Lisa Surihani walaupun banyak jejaka di Malaysia akan patah hati buat seketika dan tahniah juga pada Yusri. Jangan jadi dulu ok :)



HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akan Mengumumkan Tarikh Pernikahan Mereka Sabtu Ini



Berita hot!

Pelakon hot Lisa Surihani dan Yusri dikhabarkan akan mengumumkan Tarikh Pernikahan mereka selepas lama membisu mengenai tarikh Pernikahan diorang ni. Mereka akan mengumukannya Sabtu ini iaitu esok.

Gambar @ mStar Online


Lisa Surihani dan Yusri yang membuat pengakuan mengenai hubungan cintan cintun mereka Jun lalu dikatakan akan melangsungkan pernikahan awal tahun depan, Tahun 2012.

Tahniah atas berita ini. Hmm, semoga lah hubungan akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. Jangan lah jadi macam yang dulu ye Yusri? :)

Hmm, Lisa pula janganlah nak sembunyi-sembunyi pasal kahwin ni. Ramai jejaka akan terluka dan patah hati tau. :)