Jadi Jutawan Shiba Inu Coin!

Dengan minat terbaru melabur dalam pasaran saham dan crytocurrency, akhirnya saya menjadi Jutawan. Bukan la jutawan mana pun, hanya jadi Jutawan Shiba Inu coin. Dengan harga $0.00006, sy melaburkan dalam $70~RM290, dah dapat pegangan 1 Juta SHIB.

Sebenarnya saya pun tak buat research sangat tentang coin Shiba Inu ni, tapi hanya for fun sahaja. Kalau tiba-tiba coin ni jatuh harga ke $0.00, saya akan rugi RM290.00, tapi andai tiba-tiba harga melonjak, saya akan membuat sedikit keuntungan.



Bahaya sebenarnya melabur dalam coin ini, disebabkan oleh supply yg terlalu banyak (1 Quadrillion~1,000 Trillion), agak mustahil untuk harga Shiba Inu coin ini untuk naik lebih jauh lagi. Namun dengan developer team yang kata akan burn (Keluarkan sejumah coin dari circulation dan masukkan ke dalam wallet yg tidak dapat diakses), ada kemungkinan harga akan naik. Tapi tiada siapa yg tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Kita hanya mampu untuk mengawal risiko sahaja.

Sesiapa yg berminat untuk melabur dalam pasaran saham mahupun cryptocurrency, harga aset jenis ini bergerak agak pantas. Bukan seperti harga rumah, yg mana kalau kita beli dengan Harga RM500K, kemungkinan harga jatuh agak rendah. Harga akan jatuh sekiranya berlaku krisis, atau lambakan rumah yg tidak terjual dan mungkin mengakibatkan harga rumah menurun.

Bagi pasaran saham, harga saham akan sentiasa bergerak turun atau naik semasa pasaran saham dibuka, manakala pasaran crytocurrency yg dibuka sepanjang masa akan bergerak naik dan turun setiap saat.

Agak berisiko untuk melabur dalam aset ini, namun pulangan juga agak lumayan jika mempunyai ilmu yang betul.

Semoga project Shiba Inu ini berjalan baik dan memberikan pulangan yang baik juga, Selamat menjadi Jutawan Shiba Inu!


Minat Terbaru - Investing Dalam Pasaran Saham Dan Cryptocurrency

Orang kata, cari la 3 minat.
Minat pertama, untuk membuatkan kita sihat, minat ke dua adalah untuk membuat kita sentiasa kreatif dan yang ke tiga adalah untuk kita buat duit.

Sebenarnya bukan itu sebabnya nak invest dalam pasaran saham atau cryptocurrency ni. Sebab utama adalah untuk Membuat simpanan untuk masa depan dan biarkan duit kita dalam akaun pelaburan untuk bertambah.




Bagaimana pula duit bertambah dalam akaun pelaburan?

Bila kita melaburkan duit dalam saham sesebuah syarikat contohnya, kita adalah pemilik syarikat tersebut mengikut peratusan saham yg kita miliki.
Sebagai Contoh, syarikat ABC mengeluarkan 100 saham dan kita membeli 1 unit saham, kita adalah pemilik syarikat tersebut sebanyak 10%.

Apabila business syarikat tersebut semakin dan menjana semakin banyak pendapatan dan profit, semakin ramai orang yang akan berminat untuk memiliki sebahagian syarikat tersebut. Dengan minat pembelian semakin bertambah, harga saham syarikat akan semakin bertambah disebabkan oleh prinsip supply and demand. Economy Class 101.

Bukan itu sahaja, bila syarikat tersebut semakin menjana keuntungan, syarikat tersebut akan memberikan dividend kepada pelabur.

Begitu juga yang akan berlaku dalam pasaran cryptocurrency dimana harga akan semakin meningkat dengan keinginan pembelian daripada pelabur.

Apabila harga meningkat, kita boleh menjual pegangan saham dengan harga yang lebih tinggi. Dari sinilah kita dapat menjana keuntungan dari penjualan saham tersebut.


Kenapa pula perlu buat pelaburan?

Disebabkan Covid-19, nampak ramai yang mengalami masalah disebabkan business merundum. Tak kurang juga yang dibuang kerja. Dalam keadaan ini dimana mereka kehilangan kerja, sangat penitng untuk mempunyai duit yang boleh digunakan di masa-masa memerlukan macam ni. Tapi mana nak cari?
Jawapan adalah menabung dan melaburkan duit yang ada untuk memberikannya masa untuk membiak.

Saya bukan lah pakar kewangan mahunpun pandai dalam pelaburan atau trading, tetapi perlahan-lahan belajar untuk mencari ilmu.

Saya semakin minat untuk melabur dalam pasaran saham Bursa Malaysia dan Juga pasaran saham Amerika Syarikat.

Saya juga mula berjinak dengan Cryptocurrency dengan harapan semua ini akan membuah kan hasil dan menjana sedikit keuntungan untuk disimpan dan digunakan di masa depan.

Diharapkan dengan minat ini juga dapat la mencapai financial independence dimana tak perlu risau lagi jika tidak mempunyai kerja atau pendapatan dalam jangka masa yang pendek.

Terlalu banyak yang perlu dipelajari dalam bidang ini, mungkin perlu slow and steady. Harap korang juga akan ada minat yg dapat memberi banyak manfaat dalam hidup.


Jalan-Jalan Di Central i-City Shopping Center Shah Alam

So selepas beberapa bulan duduk rumah terperap asyik keluar rumah ke Giant untuk beli barangan peribadi dan makanan, hari ini saya buat keputusan untuk mengunjungi Central i-City Shopping Centre.

Masih dalam MCO tapi masih dalam daerah so tak bermasalah pun kalau nak pergi.

Nampak keadaan di Central i-City shopping centre ni agak busy. Masih ramai orang yang ke sana kesini masa ini.

Kedai banyak yg tutup awal semasa MCO ni. Kedai pakaian Uniqlo tutup pada pukul 8 tadi.

So hanya sempat untuk bersiar-siar seketika dan makan.

Pemandangan di pintu masuk utama i-City Shopping center. Siap dengan kolam air.

So bahagian bawah adalah tempat makanan berada which is ground floor. Banyak kedai makan berada di situ. So kalau nak cari makanan, boleh la turun ke bahagian ground floor.

Antara kedai makanan yang ada.


1. Dunkin Donut.

Siapa yang suka makan dunkin donut, boleh la serbu kedai ni.



2. Jom Laksa.

Peminat laksa boleh la datang sini.


3. Siapa yang tak kenal dengan McDonald.
Tapi yg ni rasanya hanya jual ice cream. Tak pasti kalau ada kedai yang biasa jual makanan.
Rasanya bahagian atas tu ada.



4. Food Court.

Ada macam-macam termasuk nasi campur, goreng dan banyak lagi makanan.
Ala makanan yang biasa jumpa d food court la kan.



5. 4 Fingers Chicken

Yang ni tak pasti kesedapan dia sebab tak pernah try.



6. Sukiya

Aha! Yang ni makanan ala jepun. Sedap juga makanan sini.



7. Marry Brown

Yang ni macam KFC je.



8. Little Nyonya.

Menghidangkan makanan nyonya kalau tak silap.
So kitorang makan kat sini, makanan okay, harga pun okay juga.
Tak la sedap sangat, dan harga pun tak la mahal sangat.
Just Okay.



So ni la antara menu kedai Little Nyonya ni.






Ni pula makanan kitorang.


Ni adalah nasi goreng petai.
Not bad.




9. Tealive

Yeah, dah puas makan boleh la minum pulak.



Jarang datang ke Shopping Mall ni, kadang-kadang kalau teringin baru datang. Tujuan sebenarnya nak makan je. Haha.

Mungkin next time terjah shopping mall lain pula.



Bicara Hati Yang Tak Pernah Kedengaran

Kadang- hidup ni penuh dengan kepura-puraan. Terasa berlakon setiap masa. Pada masa kita bersedih, kita tetap mengukir senyuman di hadapan semua orang. Semua orang mengandaikan bahawa kita gembira, tapi sebenarnya hanya senyuman yangterukir d bibir. Di dalam tak siapa yang tahu.

Masih ingat lagi pada tahun 2018, ketika ayah meninggal dunia kerana kanser paru-paru, ramai yang bertanya

"Awak okay tak"?

And I jawab, ye okay je. Padahal, dalam hati, ada perasaan yang sukar untuk digambarkan.




Dan bila orang sekeliling sedar akan perubahan kita, ramai yang akan bertanya, "Awak okay tak"?

Tapi tak ramai yang benar mengambil berat untuk mengetahui apa yang terjadi dan memahami perasaan kita. Pertanyaan itu hanyalah satu gesture atau kebiasaan yang kita selalu lalui dan perbuat, bukan?

I pun x faham, kenapa dengan hati ini. Sentiasa sedih.Sentiasa rasa tersakiti. Sentiasa rasa sendirian. Sukar difahami. Kadang-kadang, berusaha untuk gembira. Kadang-kadang berusaha untuk tidak bersedih, namun semuanya hanya sementara. Kesedihan akan berkunjung ke dalam hidup.

So andai kalian perhatikan orang sekeliling, orang-orang yang kita sayang, yang kita rapat sentiasa gembira, jangan beranggapan mereka betul-betul gembira sehingga ianya terbukti.

Dan andai mereka kelihatan bersedih, jangan pernah pedulikan mereka. Ambil tahu dan ambil berat. Mungkin anda adalah insan yang mereka perlukan di saat itu.

Stress

Picture from everydayhealth.com


Hidup ini kadang-kadang sangat stress. pernah dulu lecturer pernah tanya

"what do you think about life"

Dan saya menjawab,

"Life is how you see it"

Dan kata lecturer itu, jawapan sangat berfalsafah.
Yes betul, hidup memang akan menurut bagimana pandangan kita. kalau kita fikir hidup itu indah dan gembira, fun, senang. Of course ianya akan jadi seperti yang kita fikirkan.

kalau kita fikir hidup itu susah dan stress, hidup akan jadi stress.

kata orang "is the law of attraction"

apa yang kita fikir akan "materialize" dalam hidup.

Tapi kadang-kadang, benda yang terjadi dalam hidup, yang tidak dijangka akan mengganggu hala tuju hidup kita. ianya sediki sebanyak membuat hidup kita kucar kacir.

stress dengan kerja, dengan kewangan, hubungan dengan pasangan dan macam-macam lagi.

dalam beberapa bulan ni, hidup terasa terlalu stress. kerja semakin jadi stress dengan kerja melambak dan melayan karenah orang. Hutang pula datang mengejar tetapi duit tidak datang mengejar.

Badan terasa semakin tua dan tidak sihat padahal umur baru 30tahun. kata orang masih bertenaga lagi.
berada di kemuncak namun semua itu tidak terasa.

entah bagaimana untuk harus menangkis semua ini. kerja, duit dan keluarga.

hanya mampu berdoa setiap hari supaya hidup akan lebih terasa indah.


Kemalangan

Picture from https://www.onmanorama.com/


Orang kata malang itu x berbau. memang betul. Siapa yang boleh menghidu kemalangan, betul tak? Sebab itu kita kena berhati-hati ketika memandu sebab kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan tempat.

Sebenarnya aku baru pandai bawa motosikal, start bulan november 2015. Itu pun kerana terpaksa, kalau tidak sampai ke tua pun tak akan pandai bawa motosikal. So dah lebih kurang 5 bulan la bawa motosikal. Tapi bila dah pandai bawa, mula la bawa laju. dulu baru pandai bawa, jalan 40km/hr sampai 60km/hr je. sekarang dah pandai bawa sampai 100km/hr.

dijadikan cerita, hari rabu pagi masa dalam perjalanan nak ke tempat kerja, hujan turun. so nak cepat lagipun tempat kerja lagi 1km nk sampai. So dalam x sedar, pulas je throttle sampai x tahu berapa kelajuan.

bila nak sampai ke simpang, cuba tekan brek belakang tapi sebab baru hujan dan jalan licin, motosikal terus buat drift yang tak jadi dan aku pula terhumban dalam 2 meter. Nasib juga la motorsikal x teruk dan aku pun x teruk sangat cuma kaki cedera, so sekarang ni kaki masih lagi lebam. doktor pun bagi antibiotik je, katanya nak bunuh bakteria.dah insaf, x nak bawa laju lagi dah.

Konsep Rekaan iPhone 5 Yang Supercool


Produk Apple, iPhone dah jadi 1 fenomena baru dalam dunia teknologi. Dulu, sebelum iPhone 4S dilancarkan, banyak rumors tentang rekaan dan design yang nampak gila-gila dan futuristic. Dan ianya bukan iPhone 4S seperti yang ada sekarang ni, ianya iPhone 5!
Namun, yang pasti bila Apple lancarkan produk tersebut, ianya jadi iPhone 4S. Pasti peminat iPhone yang ternanti-nanti kemunculan iPhone ni terkecewa.



Apple iPhone 5 tidak akan keluar dalam masa yang terdekat, namun dah banyak design dari perekacipta yang cuba meneka rekaan iPhone 5 ni. Terbaru, pereka dari Itali Federico Ciccarese merekacipta versi iPhone 5 beliau.


 Rekaan ni nampak supercool dan comel. Kelihatan seperti Apple mouse.




Ini bukanlah rekaan iPhone 5 yang sebenar, tapi hanya imaginasi dari perekacipta Itali, Federico Ciccarese. Namun begitu rekaan ni nampak supercool dan hebat.

Bagaimanalah rupa sebenar iPhone 5 jika ianya dilancarkan?



Keputusan Kelayakan Bola Sepak Sukan Olimpik London 2012: Malaysia Tewas Kepada Jepun


Gambar dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2012


Mungkin belum tiba masanya lagi Pasukan Harimau Malaya untuk pergi lebih jauh lagi dalam arena bola sepak antarabangsa. Pasukan Harimau Malaya terpaksa akur dengan kehebatan Jepun dalam Saingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 Zon Asia apabila tewas 0-4.

Gol-gol Jepun dijaringkan oleh Sakai Hiroki (35'), Osako Yuya (44'), Haraguchi Genki (55') dan Saito Manabu (60').

Malaysia yang berada dalam kumpulan C bersama Jepun sebelum ni tewas kepada Jepun 0-2 dalam perlawanan pertama pada september 2011. Perlawanan ke 2 di Bukit Jalil juga menyaksikan Malaysia tewas 0-4, keputusan yang menyedihkan buat semua penyokong Psukan Harimau Malaya. Namun apakan daya, kita dah menyokong habisan-habisan tapi mereka yang beraksi di tengah padang.

Aku sempat juga menonton minit-minit terakhir perlawanan tersebut; Dan ternyata pasukan Malaysia belum mampu menyaingi gergasi bola sepak Asia ini.

Daripada apa yang aku tengok, banyak kelemahan yang boleh diperbiki, skill perlu dipertingkatkan. Pemain juga harus berfikiran tajam dan mampu membuat keputusan bijak dan cepat. Bukan perlu tahu tendang bola saja.

Semangat dah ada, cuma mungkin pemain perlukan lebih pendedahan. Mungkin sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak kita memikirkan langkah bagaimana untuk menaikkan keupayaan bola sepak Malaysia, bukan setakat mampu jadi jaguh kampung sahaja.

Rest In Peace 2011! Gadis Hot menanti di 2012!



So it's new Year already!

Bermula lagi tahun yang baru, dan seperti kebiasaannya kebanyakan orang sangat teruja dengan kedatangan tahun baru. Teruja sebab? Hei the only things yang berubah adalah nombor! 2011 to 2012!



So bermacam azam dilemparkan semoga menjadi kenyataan di tahun ini, seperti tahun-tahun yang sudah. Nak jadi baik, tapi tetap kutuk orang. Nak simpan duit tapi tetap boros berbelanja. Tapi bak kata Sheila On 7, itu aku.

Walauapapun, perubahan nombor 1 ke 2 itu sepatutnya juga kita membawa perubahan kepada diri juga. Tinggalkan 2011. Lupakan yang pahit, simpan yang manis. Kegagalan kita jadikan semangat untuk berjaya, kejayaan kita jadikan motivasi untuk lebih berjaya.

Tahniah Lisa Surihani kerana akan berkahwin tahun ini, Lupakan Jepun yang dilanda Tsunami dan malapetaka Nuklear tahun lalu. Simpan sebagai kenangan Malaysia jadi juara bola sepak sukan Sea tahun 2011.

Lupakan ex-girlfriend dan ex-boyfriend kalau korang putus cinta tahun 2011. Pastinya 2012 ada banyak wanita hot dan jejaka kacak korang akan jumpa.

Dan lupakan History Channel siarkan Dokumentary tahun 2012 adalah doomsday.

Live life unto the fullest!


Keputusan Liga Perdana Inggeris 01 Disember 2012


Gambar dari https://www.ents24.com/


2 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung hari ini dan yang menjadi tumpuan ialah perlawanan Manchester City menentang Sunderland. Namun nampaknya prestasi City semakin turun akhir-akhir ini bila beberapa perlawanan akhir mereka tidak memihak kepada City.

Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Hari Ini;


West Bromwich Albion   ( 0 - 1 )   Everton


Sunderland     ( 1 - 0 )     Manchester City


Keputusan ini tidak membawa perubahan besar terhadap kedudukan pasukan-pasukan dalam carta Liga Perdana Inggeris, namun ianya masih memberi ruang yang besar untuk Manchester United untuk memintas City.