Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts

Siapa Kata Kamera Murah tak Boleh Tangkap Gambar Cantik


Korang teringin tak nak ambil gambar cantik? Tapi bila fikir balik, korang tak ada kamera mahal tu. Yalah, DSLR tu, siapa yang tak tahu kan. Tanya je kat mana-mana photographer di luar sana. Yang profesional ke tak profesional ke semua tahu. DSLR stand for Digital Single-Lens Reflex Camera adalah menjadi pilihan kerana kualiti gambar yang hebat. Cakap saja nak tangkap gambar cantik, pasti orang akan terfikirkan kamera DSLR tu. Ada yang tak terfikir ke?

Tapi tahu kah anda bahawa kamera murah pun boleh tangkap gambar yang cantik? Kalau korang perhatikan betul-betul gambar-gambar yang diambil oleh photographer prpfesional mahupun amatur, mereka lebih banyak bermain dengan zoom dia kan? bermain dengan ton cahaya. Eh, aku tak tau sebab aku bukan photographer. Tapi minat juga. :D

Jadi, untuk menangkap gambar yang cantik, korang perlu mencari sudut yang betul serta jarak yang sesuai dari objek. Disini aku akan share beberapa gambar yang aku tangkap menggunakan kamera murah aku ni iaitu Sony DSC-S650. Kamera biasa je. Keupayaan kamera ni hanyalah 7.2 megapixel lens, 3 times optical zoom dan high sensitivity ISO 1000. Siapa yang tak kenal model ni hah tengok gambar kamera ni.

Amacam? sekarang dah kenal ke?

Kamera ni lah yang aku guna semasa penghasilan karya ni. haha, aku berkarya ke? So, jom tengok gambar-gambar yang aku tangkap dan korang bagilah pendapat sama ada ok ke tak. Boleh juga aku belajar sesuatu.




































Entah apa-apa gambar yang aku tangkap kan? haha. So, ok tak gambar-gambar yang aku ambil ni? Ini hanyalah gambar percubaan yang aku buat. Tak pandai sangat lagi sebab baru belajar. :D

So, korang rasa, boleh tak tangkap gambar menggunakan kamera yang murah?