Selalunya, jumlah tidur yang paling sesuai menurut semua orang adalah 8 jam sehari. Ada juga yang bagitau kat aku, 5 jam pun dah cukup. dan waktunya? Tentu sekali waktu malam. Takan nak tidur waktu siang, dan bangun waktu malam? Itu zombie!
Bagi aku pula, waktu tidur yang paling sesuai bagi diri aku adalah 14 jam! lala~ korang jangan hairan. hihi. Aku spesies manusia yang perlukan tidur lebih lama dari korang semua. Sebabnya? Aku pun tak tahu. Dulu masa kat sekolah menengah, aku dipanggil raja tidur oleh member-member sebab asyik tidur saja. Sekarang pun macam tu juga. hihi.
Itu adalah waktu tidur normal. Tapi pernah tak korang tengok waktu tidur seorang student kat universiti? Waktu tidur seorang student adalah yang paling fleksibel! hihi. Rasanya korang semua sedia maklum kenapa aku kata demikian.
Rata-rata student, paling awal pun diorang tidur adalah sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Itu kebiasaannya. Tapi ada juga yang tidur lebih awal dari tu. :)
Dan yang paling teruk, tak tidur langsung! Ni adalah kes minggu test, kuiz dan tarikh akhir hantar assignment adalah keesokan harinya. hihi. Asal sampai masa ni, memang sure, confirm korang nampak mata diorang kuyu dan merah. Bukan sebab hisap dadah ye, tapi kes tak cukup tidur.
Kalau buat assignment, tak kisah sangatlah kan. Tapi ada satu sebab lagi kenapa diorang ni tak tidur awal. antaranya adalah;
1. Berlatih menjadi penembak tepat dengan Game Counter strike
2. Berlatih menjadi pemain bola sepak handalan, tapi dalam game Winning Eleven saja
3. Belajar mengatur strategy serangan dengan Dota
Dan kalau terjadi kes seperti ini, jangan hairan kalau student ni tak tidur seharian pada hujung minggu ye. Biasanya hujung minggu adalah waktu tidur marathon. hihi.
p/s bercakap melalui pengalaman. :)