Showing posts with label Perkhawinan Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perkhawinan Artis Malaysia. Show all posts

Ezlynn Kahwin 11.11.11


Kalau saja aku sebut Ezlynn, pasti semua orang kenal dengan penyanyi yang popular ni. Kalau dah popular macam tu siapa tak kenal kan? Kalau macam aku ni, mana ada orang yang kenal. Mak bapa aku saja yang kenal kot.

Ok, kita balik dengan cerita si Ezlynn, dikhabarkan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline binti Ariffin akan berkhawin pada tahun depan iaitu pada 11.11.11. Wah nampak gaya dia pun bertarung nak kahwin pada tarikh yang glamour gitu kan? Tahun 2010 ni, ramai saja yang buat majlis kahwin glamour pada tarikh 10.10.10. heh! Tapi jangan korang tak tahu, tarikh tu adalah tarikh pilihan mak Ezlynn.

[ Gambar ]

Namun begitu, insan bertuah yang bakal menakhluk Ezlynn belum diketahui siapakah gerangannya sebab si Ezlynn pun masih tak nak reveal siapa bakal suaminya tu. So jom kita tunggu sajalah tarik keramat 11.11.11 ye. Masih ada setahun lagi nak tunggu tu. Lama lagi wooo..

So, jom sama-sama doakan agar si Ezlynn selamat berumah tangga dan jangan jadi macam pasangan artis yang lain. Buat majlis kahwin glamour nak mampus. Lepas setahun 2 dah bercerai berai.

Semua orang nak kahwin pada tarik glamour gitu. Kalau kahwin tahun depan, 2011 mesti pilih 01.01.11 atau 11.11.11 kan? Kalau tahun 2012 pula pilih lah 12.12.12 kan? Kalau tahun 2013? Ada ke tarikh 13.13.13? Adakah Bulan yang ke 13?

sumber: Kosmo Online
 

Tahniah | Penyanyi Elyana Nikah 19 November 2010


Tahniah Blogger 20 Sen nak ucapkan pada Erneelya Elyana Emrizal atau nama glamour Elyana yang bakal menamakan zaman bujangnya. Elyana akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Khairul Anuar. Elyana dan pasangannya ni akan melangsungkan pernikahan pada 19 November manakala persandingannya pula pada keesokan harinya 20 November 2010 di Duchess Place, Ampang, selangor

[ Gambar ]

Hmm, ramai pula artis nak khawin kan. Hari tu giliran Mohd zaquan dan Ayu Raudhah Akan Berkhawin. Kali ni giliran elyana pula yang akan melangsungkan perkhawinan. Takan jeles dengan Nana XFM yang dah melahirkan anak perempuan ni. hmm

Apapun, kami ingin mengucapkan tahniah lah sekali lagi. Semoga bahagia hingga ke anak cucu ya Elyana. Kalau dah teringin, baik dipercepatkan majlis tu kan. Benda baik buat apa nak dilengahkan. Dari pada tak khawin, nanti jadi macam kes khalwat Norman Dan Memey ni.

Dan pada Bakal suami Elyana, Khairul Anuar, sila jaga baik-baik bakal isterin ko tu. Kang aku kebas baru padan muka. haha. Tak pun jadi macam kes bakal pengantin yang hilang, Rozaliya Mat Lazim ni. kan payah :)