Showing posts with label Mozilla Firefox. Show all posts
Showing posts with label Mozilla Firefox. Show all posts

Review : Mozilla Firefox Yang Bermasalah


Firefox merupakan salah satu web browser yang terkenal selain dari Internet Explorer, Google Chrome, Safari, Opera dan banyak lagi web Browser lain. Sebenarnya dulu, sebelum aku kenal dengan Web Browser lain, Internet Explorer adalah program yang selalu aku gunakan untuk melayari internet. Namun Selepas mengenali Firefox, rasa best pula pakai firefox ni.

Selepas bertahun menggunakan Firefox, hingga pada hari ni, dah 5 tahun aku stick dengan Firefox. Kenapa? Sebab memang best nak guna. Dulu, versi awal Internet Explorer sangat lembab, dan sebab itulah aku tak guna Internet Explorer dan tukar kepada Firefox yang pada masa tu memang tip top performance dia. Lagi satu, dengan add-ons yang boleh diinstal, memang best.



Update terkini, Firefox mempunyai lebih dari 5000 adds on yang boleh dipilih! So memang sangat kaya dengan Adds on Firefox ni.

Tapi sejak akhir-akhir ni Firefox memberi masalah pada aku. Firefor versi 3.6.12 adalah versi terbaru Firefox. Dan sebagai pengguna Firefox yang setia dari dulu, aku menunjukkan kesetiaan ku pada Firefox dengan mengupdate kepada versi terbaru.

Namun, selepas mengupdate kepada versi terbaru, Mozilla Firefoz sering saja crash! Bila dia dah mula lembab tu menunjukkan tak lama lagi akan tertutup dengan sendirinya.

Bila aku bagitau dengan member seorang ni, korang tau tak? Dia dengan bengangnya bagi kata kat aku,

"FF is suck, king of crashes!"

heh. Sebelum ni ok aja. Tapi bila dah update versi terbaru, rasa macam nak tumbuk aja developer firefox ni. Aku terfikir nak tukar kepada web browser yang lain, tapi dalam masa terdekat ni, aku tak tahu nak guna yang mana satu. Setiap satu ada kebaikannya.

Kata orang, Internet Explorer versi 9 adalah superfast. Tapi bila aku cek, versi IE 9 hanya available untuk window 7 dan window vista service pack 2.

Susah juga nak pilih benda lain ni kalau dah terbiasa yang lama tu. Mungkinkah aku akan stick dengan firefox kerana firefox ada gadis sexy?

[ Gambar ]

Ataukah aku akan guna Internet Explorer sebab Internet Explorer kuat macam Superman?

[ Gambar ]

Tunggu dan lihat dululah. Kalau aku dah tak tahan dengan perangai firefox ni. Pasti kutukar kepada web browser yang lain. heh

Heh. sudahlah cerita musang ni, jom dengar lagu diorang ni best ke tak. Nak undi pun boleh. Dan jangan lupa RM2.4 juta dari CIMB untuk dimenangi!