Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Twilight Saga Kembali Dengan Siri Terbaru: Breaking Dawn Part 1



Twilight Saga kembali lagi selepas kejayaan 2 siri sebelum ini, Twilight Saga: New Moon (2009) dan Twilight Saga: Eclipse (2010), Siri ini kembali lagi dengan siri terbaru yang bakal ditayangkan bulan ini, Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 yang akan ditayangkan di Malaysia pada 24 November ini menurut IMDB.


Dalam siri kali ni, Bella (Kristen Stewart) dan Edward Cullen(Robert Pattinson) akan berkhawin. Namun Bella mendapati dia mengalami kehamilan yang mengejutkan dimana anak dalam kandungan tersebut dipercayai mempunyai kuasa yang mampu memberi ancaman kepada kumpulan serigala dan Puntianak.





Nampak gayanya, filem ni juga nak ikut style siri Harry Potter yang keluarkan siri terakhir dalam 2 bahagian. Twilight Breaking Dawn akan keluar dalam 2 siri. Siri ke 2 pula akan di release pada tahun 2012 nanti.

Jadi, kepada peminat Twilight, tunggu kemunculan filem ini di pawagam pada 24 November di Malaysia dan saksikan bagaimana kesudahan konflik yang berlaku. Sebelum itu, saksikan dulu trailer filem ini!