Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts

(Gambar) Lagi Bukti Dari Fasha Sandha Mengenai Laporan Polis


Selepas menunjukkan bukti mengenai perpisahannya dengan Jejai semalam, Fasha Sandha sekali lagi menunjukkan bukti mengenai dakwaan laporan polis yang dibuatnya untuk menyangkal dakwaan beberapa laporan blogger yang meragui kewujudan laporan polis berkenaan.

Dalam akaun twitternya semalam, Fasha Sandha ada menyebut tentang sms ugutan dari seorang perempuan yang tidak disebutkan namanya.

 

Ekoran tweet dari akaun twitter Fasha Sandha ni, wartawan rancangan jenayah TV3, Program 999 dan blogger,  Mazidul Akmal Sidik dan rakan beliau, Zulhazri Abu Bakar membuat pemeriksaan di Balai Polis Bukit Aman untuk mengetahui status laporan tersebut. Blog post mereka boleh dibaca di Polis 'Menyimpan' Laporan Kes Ugutan Terhadap Fasha Sandha? dan MANA LAPORAN POLIS FASHA SANDHA?

Mungkin kita faham, wartawan jenayah sememangnya sentiasa berminat terhadap kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang.

Berikutan entry dalam blog Mazidul Akmal dan Hazrey.com, blog gosip ohbulan.com pula menulis entry, Laporan Polis Fasha Sandha Diugut Tidak Ada?  menyebabkan Fasha seperti naik berang.


Screen Shot yang diambil dari akaun twitter menunjukkan tweet Fasha yang berbunyi agak panas disitu. Fasha Sandha juga menunjukkan bukti gambar salinan laporan polis yang dibuat olehnya pada tahun 2008. Namun gambar ini kelihatan agak kabur sedikit. Apa yang jelas, hanya nama Fasha, Nur Fasha Sandha Binti Hassan




Namun apa yang pelik, kenapa laporan dibuat pada tahun 2008 dan tiada tindakan pada masa tu? Kenapa sekarang baru nak selongkar? Dan dalam tweetnya lagi, Fasha menyebut Polis masih "menyimpan" kes tersebut.

Aku ni bukan arif bab undang-undang, apatah lagi benda yang berkaitan dengan polis ni. So  pada siapa yang  arif tentang undang-undang, boleh tolong jelaskan tak kenapa laporan dibuat tahun 2008 tapi tiada tindakan?


Dan screen shot diatas menunjukkan 1 tweet dari pelakon jelita ni semalam. Nampaknya dia ni dahagakan kemenangan. Nak sentiasa menang dalam semua hal. So, janganlah kita pedulikan dia ni lagi. Biarkan dia dengan dunia dia.

p/s: Mcm best pula ikut isu hangat Fasha Sandha ni. nak tengok apa akan terjadi di akhir rancangan :)


Fasha Sandha Tunjuk Bukti Berpisah Dengan Jejai, Nafi Kenyataan Nora



Fasha Sandha akhirnya menunjukkan bukti menyangkal dakwaan  Nora Danish bahawa Fasha Sandha dan Jejai berpisah lebih kurang 2 bulan yang lalu melalui akaun twitter Fasha dan juga kenyataannya dalam Akhbar harian Metro hari ini.

“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya. - myMetro

Fasha juga cuba untuk meyakinkan orang ramai dan peminat bahawa kenyataan Nora Danish semalam adalah salah. Siap upload gambar sms antara Jejai dan Fasha lagi.

 

Fasha cuba membuktikan bahawa dia dan Jejai masih berhubung dan mendakwa dia dan jejai bergayut selama sejam hampir setiap hari. Screen shoot dibawah pula menunjukkan beberapa tweet oleh Fasha, diambil dari akaun twitter milik Fasha Sandha.









Sah sudah Fasha Sandha dan Jejai telah berpisah, namun yang menjadi persoalan sekarang adakah benar dakwaan Nora Danish mengenai apa si Jejai bagitau kat dia, atau apa benarkah kenyataan Fasha Sandha. Siap tunjukkan bukti lagi.

Tapi yang pelik, apa sebenarnya motif Fasha mengeluarkan kenyataan ini? Adakah dia nak cover malu bila ditinggalkan dan meletakkannya segalanya atas Nora Danish atau adakah dia tak dapat terima kenyataan?



Daripada tweet Fasha diatas, Aku rasakan dia just nak cover malu saja. So, semua pun dah jelas bahawa si Fasha dan Jejai dah tak ada apa-apa lagi. Tak payah lah nak gaduh-gaduh lagi. Mungkin ada jodoh yang lebih baik diluar sana.